SENARAI HARGA YURAN TASKA TADIKA DI MALAYSIA 2023/2024(Pendaftaran & Bulanan)

SENARAI HARGA YURAN TASKA TADIKA DI MALAYSIA 2023/2024(Pendaftaran & Bulanan)

YURAN TASKA TADIKA

Kepada ibu bapa yang ingin menghantar tadika kepada anak anda, semestinya mencari pilihan tadika yang terbaik beserta harga yuran yang berbaloi. Pemilihan tadika yang terbaik dan bersesuai dengan bajet anda semestinya menjadi pilihan utama. Disini kami akan kongsikan senarai harga yuran taska dan tadika yang ada di Malaysia, semoga membantu.

 

FAKTOR PEMILIHAN TADIKA YANG TERBAIK

Pemilihan tadika yang terbaik kepada anak anda semesti mempunyai faktor yang perlu diambil kira seperti berikut :

  • Silibus yang bersesuai dan dapat merangsang minda anak.
  • Lokasi yang berdekatan dengan rumah/tempat kerja
  • Yuran bulanan yang berpatutan
  • Fleksibi masa atau caj add on masa
  • Keadaan / persekitaran tadika (kebersihan/cikgu)

 

PERBEZAAN ANTARA TADIKA KERAJAAN DAN SWASTA

Berikut adalah merupakan perbezaan antara tadika kerajaan dan swasta:

TADIKA KERAJAANTADIKA SWASTA
Lokasi sedikit jauhBoleh pilih lokasi dekat
Yuran murahYuran mahal
Silibus dari kerajaanAda silibus / course tersendiri
Tidak boleh tinggal lebih masaBoleh tinggal lebih masa dengan extra fee

Nota: Kebanyakkan ibu bapa akan beranggapan bahawa tadika swasta adalah lebih baik daripada tadika kerajaan. Walaubagaimanapun tadika kerajaan seperti KEMAS dan PASTI memiliki silibus dan pengajaran yang bagus dan sesuai dengan usia anak anda.

 

SENARAI HARGA YURAN TASKA TADIKA

Berikut adalah merupakan senarai harga pendaftaran dan yuran mengikut jenis tadika yang kebanyakan menjadi pilihan ibu bapa:

TADIKA/TASKAYURAN PENDAFTARANYURAN BULANAN
Little CaliphsRM2700.00RM350.00
Genius AuladRM1650.00RM320.00
KeedsflixRM1340.00RM290.00
Tadika Little EinsteinsRM4800.00RM400.00
Smart ReaderRM2742.00RM330.00
Brainy BunchRM1700.00RM345.00
Q-DeesRM1500.00RM370.00
Tadika ABSRM1180.00RM260.00
Tadika R.E.A.L KidsRM2000.00RM450.00
Tadika C.I.CRM1850.00RM320.00
Tadika Islam MAIWPRM350.00RM50.00
Tadika KEMASRM30.00RM10.00
Taska PASTIRM284.00RM90.00
Smart ReaderRM2742.00RM330.00

NOTA: Harga fee tadika atau taska adalah berbeza mengikut kelas, lokasi, program tambahan dan jam penjagaan anak. Kadar harga juga mungkin berubah mengikt keadaan semasa. Senarai ini hanyalah caj untuk separuh hari dan rujukan asas.

 

PILIHAN TADIKA YANG TERBAIK

Tadika KEMAS milik kerajaan memonopoli senarai tadika terbaik pilihan dari ibubapa. Mungkin ramai yang tidak tahu KEMAS memiliki silibus yang setanding dengan tadika-tadika swasta lain disamping bayaran yuran registration yang murah.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA SUNAT KHATAN LELAKI BAYI DEWASA TERKINI (Sunat Laser & Clamp)

3 thoughts on “SENARAI HARGA YURAN TASKA TADIKA DI MALAYSIA 2023/2024(Pendaftaran & Bulanan)”

Leave a Comment