HARGA UBAT CACING KANAK-KANAK & DEWASA (Waktu Sesuai Makan)

HARGA UBAT CACING KANAK-KANAK & DEWASA (Waktu Sesuai Makan)

UBAT CACING

Masalah cacing kepada kalangan anak-anak kecil selalu menjadi situasi yang akan dihadapi oleh ibu bapa. Tetapi masalah cacing juga tidak mustahil akan terjadinya kepada golongan dewasa. Untuk mengatasinya semestinya anda memerlukan ubat cacing. Disini kami kongsikan kepada anda senarai harga ubat cacing terkini dan terbaik, semoga membantu.

 

JENIS JANGKITAN CACING

Berikut adlaah merupakan anatar jenis jangkitan cacing:

  • Jangkitan Cacing Rambu/Cacing Cambuk
  • Jangkitan Cacing Gelang
  • Jangkitan Cacing Jarum

 

TANDA JANGKITAN CACING

Berikut adalah merupakan tangda jangkitan cacing mengikut jenis:

JANGKITAN CACING RAMBU/CACING CAMBUK

 

JANGKITAN CACING GELANG

 

JANGKITAN CACING JARUM

 

Sakit perut.

Muntah.

Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)

Pucat (kurang darah).

Hilang selera makan.

Susut berat badan.

Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapse).

Pembesaran terencat.

Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.

Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut.

Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.

Ada kalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Terdapat cacing di dalam najis anak.

Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula. Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.

 

CARA PENCEGAHAN JANGKITAN CACING

Berikut adalah merupakan pencegahan untu elakkan jangkitan cacing yang harus ada amalkan:

  • Elakkan berkaki ayam bila keluar rumah.
  • Basuh buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dengan bersih sebelum dimasak.
  • Pastikan hidangan yang anda sediakan dimasak sepenuhnya.
  • Basuh tangan dengan bersih terutamanya di celah dan bawah kuku sebelum menyentuh makanan.
  • Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja. Pastikan mesin penapis air diselenggara dengan baik.
  • Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, gunakan sarung tangan apabila bersihkan najis haiwan.
  • Lakukan pembasmian cacing (deworming) secara berkala pada haiwan peliharaan. Dapatkan saranan daripada doktor haiwan.
  • Pastikan haiwan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Cuci tangan selepas memegang haiwan.

 

CARA MAKAN UBAT CACING

  • Kebiasaannya, dos albendazole yang disyorkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas adalah 400mg dos tunggal.
  • Manakala bagi kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 2 tahun, 200mg diberikan secara dos tunggal bergantung kepada keadaan pesakit.
  • Memberikan ubat cacing (deworming) selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali.

Nota: Perlu diingatkan bahawa ubat cacing ini TIDAK BOLEH diambil oleh wanita yang mengandung dan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun.

 

HARGA UBAT CACING

Berikut adalah merupakan harga ubat cacing berdasarkan katagori dan jenama:

KATAGORIJENAMAHARGA
Kanak-kanakUbat cacing ZentelRM12.90
Noxworm ChewtabRM4.90
Noxworm SuspensionRM5.60
M-ZoleRM3.99
Champs D-WormRM4.40
Hurixs Deworming SuspRM12.79
DewasaUbat Cacing Zentel Tablets 2’sRM10.90
Champs AlbendazoleRM12.00
Homecare Quemox 1’sRM4.99
Zentel SuspensionRM13.70

NOTA: Panduan Harga Pengguna (PHP) merupakan senarai harga ubat yang boleh dijadikan rujukan orang awam dalam pembelian ubat di sektor swasta. Maklumat ini bertujuan memberi panduan ketersediaan ubat dan harga pasaran bagi orang awam untuk membuat pilihan. Harga Panduan Pengguna bertindak sebagai panduan sahaja. Harga runcit di pasaran sebenar mungkin berbeza.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN (Senarai Lokasi Klinik Temujanji)

1 thought on “HARGA UBAT CACING KANAK-KANAK & DEWASA (Waktu Sesuai Makan)”

Leave a Comment