TOYOTA EZ BELI (Review Plan Contoh Bayaran Ikut Model)

TOYOTA EZ BELI (Review Plan Contoh Bayaran Ikut Model)

TOYOTA EZ BELI

Kepada anda yang ingin memiliki kereta TOYOTA idaman hati dgn bayaran ansuran yg lebih rendah, anda kini boleh membuat pembelian menerusi pelan pembiayaan Toyota EZ Beli. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembelian dan kadar bayaran, semoga membantu.

 

APA ITU TOYOTA EZ BELI

Toyota EZ Bali adalah pelan pembiayaan kenderaan inovatif terkini daripada Toyota Capital – merupakan skim ansuran bulanan berbeza dari pinjaman konvensional. Pembiyaan pelan ini adalah merupakan pinjaman 9 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat kategori bagi kemudahan pelanggan kami.

 

FUNGSI TOYOTA EZ BELI

Berikut adalah merupakan fungsi bagi pelan ini iaitu:

  • Pelan pembiayaan kenderaan 9 tahun
  • Dibahagikan kepada 3 peringkat
    • Tahun 1-3 ansuran terendah
    • Tahun 4-6 ansuran meningkat sedikit
    • Tahun7-9 ansuran lebih tinggi atau tukar kepada toyota baharu di tahun ke 6
  • Dan nikmati semula pemanduan Toyota Baharu

 

KELEBIHAN TOYOTA EZ BELI

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya menggunakan pelan pembiayaan ini iaitu:

  • Ansuran bulanan yang terendah dan kompetitif untuk 3 tahun pertama
  • Kenaikan ansuran dalam Peringkat 2 (Tahun ke-4 – 6) selari dengan perkembangan kerjaya anda
  • Pilihan fleksibel untuk Peringkat 3 (Tahun ke-7 – 9): meneruskan bayaran balik ATAU tukar kepada Toyota baharu

 

TEMPOH PEMBIAYAAN

Pelan ini menawarkan pembiayaan bagi tempoh 9 tahun untuk Toyota baharu menerusi 3 peringkat iaitu:

  • Peringkat 1 adalah tahun pertama hingga tahun ke-3,
  • Peringkat 2 adalah tahun ke-4 hingga ke-6
  • Peringkat 3 adalah tahun ke-7 hingga ke-9.

 

KADAR PEMBIAYAAN

Pinjaman maksimum adalah 90% dari harga kenderaan. Termasuk Insurans & Cukai Jalan.

 

SYARAT KELAYAKAN TOYOTA EZ BELI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi pembiayaan ini iaitu:

KelayakanIndividu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi
Margin pembiayaanPembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
Tempoh9 tahun sahaja

 

MODEL KERETA MENERUSI TOYOTA EZ BELI

Berikut adalah merupakan antara model kereta Toyota Baru yang boleh dibeli melalui pembiayaan ini iaitu:

  • Toyota Yaris
  • Toyota Vios
  • Toyota Avanza
  • Toyota Hilux
  • Toyota Innova
  • Toyota Rush

 

REVIEW PLAN KERETA TOYOTA EZ BELI

Gambar di bawah merupakan tawaran yang tersedia pada masa kini:

 

CONTOH BAYARAN ANSURAN TOYOTA EZ BELI

Berikut adalah merupakan contoh bayaran bulan menerusi pembiayaan ini mengikut model seperti jadual di bawah:

 

Sebagai contoh Toyota Yarris Spec  1.5J (AT)

  • Tahun 1-3: RM493
  • Tahun 4-6: RM820
  • Tahun 7-9: RM1,166

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TOYOTA EZ BELI

Apakah perbezaan antara pelan ini berbanding pelan sewa beli yang lain?

  • Pelan ini membolehkan anda menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 3 tahun pertama dalam tempoh pinjaman dan seterusnya peningkatan secara beransur selari dengan kemajuan kerjaya anda. Ia berbeza berbanding Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan yang memerlukan anda membayar ansuran bulanan sama sepanjang tempoh pinjaman.

Saya tertarik dengan bayaran bulanan yang lebih rendah bagi Peringkat 1. Adakah saya mampu membuat bayaran yang lebih tinggi bagi Peringkat 2 atau Peringkat 3 selepas itu?

  • Usah risau! Bayaran balik dalam Peringkat 2 hanya mempunyai kenaikan yang sederhana. Berikutan kemajuan kerjaya, anda mampu untuk membuat bayaran ansuran berkenaan. Pada akhir Peringkat 2, anda boleh memilih untuk ‘trade-in’ kereta berkenaan untuk mendapatkan Toyota baharu menerusi pelan ini.

Selepas Peringkat 2 berakhir, jika saya tidak mampu membuat bayaran lebih tinggi pada Peringkat 3, apakah pilihan saya?

  • Anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian awal pinjaman kereta. Hanya ‘trade-in’ kenderaan anda untuk mendapatkan Toyota baharu, dan nilai berkenaan boleh digunakan untuk mengimbangi baki pinjaman.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan Toyota EZ Bali, anda boleh melayari portal rasmi Toyota Capital

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “TOYOTA EZ BELI (Review Plan Contoh Bayaran Ikut Model)”

Leave a Comment