CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID (Guna Mata Ganjaran TikTok Rewards)

CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID (Guna Mata Ganjaran TikTok Rewards)

TIKTOK REWARDS

Kepada anda pengguna Tiktok, semestinya anda memperolehi ganjaran tersedia melalui Tiktok. Semestinya anda ingin mengetahui cara penebusan dan kadar nilai Tiktok Rewards. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU TIKTOK REWARDS

TikTok Rewards (Ganjaran TikTok) ialah tanda penghargaan daripada TikTok kepada komuniti penggunanya di seluruh dunia. Ia adalah mata wang ganjaran yang diperoleh di bawah program rujukan TikTok.

 

CARA DAPATKAN TIKTOK REWARDS

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan Ganjaran TikTok iaitu:

  1. Invite pengguna baharu
    • Boleh diperoleh apabila pengguna sedia ada menjemput pengguna baharu untuk menyertai platform. Sebaik sahaja pengguna baharu membuat profil dan masuk melalui kod jemputan rakan mereka, perujuk mula memperoleh pendapatan.
  2. Muat Naik Video
    • Untuk memperoleh lebih banyak lagi melalui TikTok Rewards, pengguna baharu boleh mengambil bahagian dalam tugas menonton video biasa yang boleh diakses daripada halaman aktiviti. Ini akan membolehkan pengguna baharu dan perujuk mereka memperoleh Ganjaran TikTok.
    • Aktiviti menonton video sebegini biasanya terikat pada masa. Oleh itu pengguna baharu mesti menonton video dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk kedua-dua pihak layak mendapat ganjaran. Teruskan menyemak halaman aktiviti untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran terkini!

 

CARA TEBUS TIKTOK REWARDS

Melalui ganjaran TikTok, anda dapat menebusnya seperti berikut:

  1. Anda boleh menebus ganjaran rujukan TikTok hasil titik peluh anda dengan wang sebenar ke dalam akaun bank.
  2. Anda juga boleh menebus ganjaran TikTok anda sebagai kupon atau tambah nilai mudah alih di negara tertentu. Ganjaran akan ditukar kepada wang tunai pada kadar tetap.

 

KADAR TEBUS TIKTOK REWARDS

Berikut adalah merupakan kadar penebusan ganjaran tiktok iaitu:

  • 100 mata ganjaran = RM0.01

Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai  10,000 mata ganjaran ianya bersamaan RM1.00

 

CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID GUNA TIKTOK REWARDS

Kepada anda yang ingin menebus ganjaran tiktok dengan menambah nila kredit prepaid anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Tiktok di telefon dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada profil yang berada di penjuru bawah kanan
  3. Seterusnya klik pada tiktok rewards yang terletak di penjuru atas kiri
  4. Pada bahagian ini akan memaparkan jumlah mata ganjaran terkumpul anda beserta beberapa maklumat tambahan lain seperti kod jemputan dan sebagainya.
  5. Klik pada bahagian mata ganjaran anda
  6. Pada laman ini anda diberi pilihan iaitu:
    • Mengeluarkan – untuk keluarkan mata ganjaran ke akaun bank anda
    • Tambah nilai – untuk menambah nilai kredit prepaid anda
  7. Klik pada Tambah Nilai.
  8. Pada bahagian mobile topup, masukkan no telefon anda pada ruangan tersedia dan jenis telco anda gunakan daripada senarai tersedia
  9. Jumlah tambah nilai yang dibenarkan ini bergantung kepada nilai ganjaran semasa anda. Pilih amaun tambah nilai yang tersedia
  10. Sahkan maklumat anda yang, pastikan maklumat tersebut betul dan klik Sahkan
  11. Paparan status transaksi akan tertera, klik pada kembali
  12. Selesai, anda hanya perlu menunggu tambah nilai tersebut masuk ke no prepaid anda. Anggaran masa kurang daripada seminit.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai TikTok Reward, anda boleh melayari portal rasmi TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA TAMBAH NILAI KREDIT PREPAID (Guna Mata Ganjaran TikTok Rewards)”

Leave a Comment