TEMUJANJI ONLINE KLINIK GIGI KERAJAAN (Scaling RM2 & RM1 Pendaftaran)

TEMUJANJI ONLINE KLINIK GIGI KERAJAAN (Scaling RM2 & RM1 Pendaftaran)

TEMUJANJI KLINIK GIGI

Untuk pengetahuan anda, kini MySejahtera telah ditambah baik fungsinya membuat temujanji klinik gigi dan beberapa temujanji yang lain. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat temujanji klinik gigi kerajaan secara online menerusi MySejahera, semoga membantu.

 

TARIKH PERLAKSANAAN TEMUJANJI ONLINE KLINIK GIGI

Mulai 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di aplikasi MySejahtera

 

KELEBIHAN TEMUJANJI KLINIK GIGI KERAJAAN

Berikut adalah nerupakan kelebihan menggunakan sistem temujanji ini iaitu:

  • Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  • Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  • Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  • Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan
  • Mempunyai fungsi auto reminder dengan memberikan notifikasi kepada pengguna untuk hadir pada masa dan tarikh yang ditempah

 

SENARAI PERKHIDMATAN TEMUJANJI KESIHATAN MYSEJAHTERA

Berikut adalah merupakan antara temujanji yang boleh dilakukan menerusi MySejahtera iaitu:

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

 

CARA BUAT TEMUJANJI MYSEJAHTERA KLINIK GIGI KERAJAAN

Kepada anda yang ingin membuat janji temu klinik gigi kerajaan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada Janji Temu
  3. Seterusnya klik pada nama anda
  4. Paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk scroll ke bawah dan klik pada “Pemeriksaan Kesihatan Pergigian
  5. Pada butang carian, taipkan lokasi anda. Kemudian pilih senarai Klinik Gigi untuk tempahan klinik gigi anda
  6. Kemudian pilih tarikh temujanji anda ingin pada slot yang terdapat ekkosongan. Akan dipaparkan sekiranya masih terdapat slot untuk tarikh tersebut
  7. Akhir sekali paparan akan menunjukkan status temu janji anda. Sekiranya ye klik pada Sahkan, selesai.

NOTA:

  • Kaedah Walk In di fasiliti kesihatan pergigian masih lagi diteruskan
  • Sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan di atur
  • Bagi kes-kes kecemasan pergigian, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu.

 

KADAR HARGA TEMUJANJI KLINIK GIGI KERAJAAN

Untuk makluman anda, tiada pembayaran dikenakan untuk membuat tempahan janji temu secara online. Tetapi anda akan dikenakan bayaran semasa hadir temujanji seperti berikut:

  • Pendaftaran: RM1
  • Scaling Gigi: RM2

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut, mengenai Janji Temu Online Klinik Gigi Kerajaan, anda boleh melayari portlal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment