CARA DAFTAR GUNA SUNWAY SUPER APP (Tebus Mata Ganjaran)

CARA DAFTAR GUNA SUNWAY SUPER APP (Tebus Mata Ganjaran)

SUNWAY SUPER APP

Kepada anda yang seringkali mengunjungi atau mengunakan perkhidmatan Sunway, kini pihak Sunway telah memperkenalkan satu aplikasi baharunya iaitu Sunway Super App bagi memudahkan urusan pelanggannya. Disini kami akan kongsikan kepada and acara mendaftar dan tebus mata ganjaran, semoga membantu.

 

APA ITU SUNWAY SUPER APP

Nikmati yang terbaik yang Sunway tawarkan dengan Sunway Supar App! Ia adalah aplikasi gaya hidup sehenti anda untuk ganjaran kesetiaan Sunway Pals, perkhidmatan pembayaran digital dan program gaya hidup anda. Dapatkan akses segera kepada tawaran terkini, promosi, tawaran dan banyak lagi daripada lebih 1,000 kedai runcit dan perniagaan Sunway hanya dengan satu ketukan jari anda. Pergi tanpa tunai dengan perkhidmatan pembayaran apl apabila anda membeli-belah di kedai saudagar Sunway atau membuat pembelian dalam apl.

 

MUAT TURUN APLIKASI SUNWAY SUPER APP

Terlebih dahulu anda seharusnya memuat turun aplikasi ini dan install terlebih dahulu, berikut adalah pautan aplikasinya:

  • Play store bagi penggunan Android
  • Apple store Bagi pengguna  IOS

 

PERKHIDMATAN SUNWAY SUPER APP

Berikut adalah merupakan perkhidmatan ayng tersedia melalui aplikasi ini iaitu:

  • Sunway Pals (Program Kesetiaan)
    • Ahli & Faedah
    • Dapat & Tebus Mata
    • Tawaran Pedagang
  • Sunway Pay (Pembayaran Digital)
    • Belanja Tanpa Tunai
  • Sunway Smart Parking (Tempat Letak Kereta Tanpa Tunai)
    • Parking Tanpa Tiket
    • Bayaran Yuran Tanpa Tunai
  • Program Saya (Perkhidmatan Gaya Hidup Harian)
    • My eMall: Dapatkan pengalaman e-belanja terbaik dengan Sunway eMalls
    • My Pharmacy: Semak perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang ditawarkan oleh Sunway Multicare
    • Penginapan Saya: Semak bilik yang tersedia dan buat tempahan untuk penginapan anda di Sunway Hotels and Resorts Perkhidmatan Taman Tema Sunway
    • Taman Tema Saya: Beli tiket anda untuk taman tema dan nikmati pakej taman tema eksklusif pada harga istimewa

 

KELEBIHAN SUNWAY SUPER APP

Melalui aplikasi ini, anda akan dapat akan mendapat kelebihan berikut iaitu:

  1. Mengumpul dan menebus mata ganjaran
  2. Promosi dan ganjaran ekslusif ahli
  3. Mata ganjaran boleh ditukar kepada kredit tempat letak kereta
  4. Manfaat hari lahir
  5. Akses acara ekslusif
  6. Akses Segera kepada Promosi & Faedah Ahli
  7. Pembayaran Digital Sunway Pay

 

CARA DAFTAR SUNWAY SUPER APP

Kepada pengguna kali pertama, seharusnya anda berdaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Sanway Super App
  2. Pada laman log masuk, klik pada Register
  3. Pada bahagian pendaftaran, isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    1. Nama
    2. Email
    3. No Telefon
    4. Kata Lalaun
    5. Pengesahan kata laluan
    6. Refferal (sekiranya berkaitan)
  4. Setelah lengkap, tick pada kotak persetujuan terma dan syarat dan klik Register
  5. Anda terus log masuk ke dalam aplikasi. Untuk lengkapkan proses pendaftaran, klik pada Account
  6. Seterusnya klik pada Edit My Info. Pada laman inilengkapkan segala butiran yang diperlukan pada ruangan tersedia
  7. Setelah lengkap klik submit. Selesai

 

CARA GUNA SUNWAY SUPER APP

Anda boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk pembelian barangan atau perkhidmatan di cawangan peniaga Sunway yang mengambil bahagian seperti:

  1. Sunway Malls
  2. Sunway Theme Parks
  3. Sunway Medical
  4. Sunway Education
  5. Sunway Property
  6. Other Sunway businesses.

 

KADAR MATA GANJARAN SUNWAY SUPER APP

Dapatkan 1 Mata Sunway untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di peniaga Sunway, melainkan dinyatakan sebaliknya. Sunway Points boleh digunakan untuk membayar pembelian di peniaga Sunway Supar App di mana setiap 100 Sunway Points boleh ditebus dengan harga RM1.

 

CARA TEBUS MATA GANJARAN SUNWAY SUPER APP

Berikut adalah merupakan cara untuk anda tebus mata ganjaran iaitu:

  1. Hadir ke cawangan sunway yang mengambil bahagian
  2. Untuk membuat pembayaran, pastikan anda gunakan Sunway Pay.
  3. Buka aplikasi Sanway Super APP dan log masuk akaun anda
  4. Dalam halaman ‘Laman Utama’, klik ikon QR imbasan di bawah ‘Bayar’.
  5. Imbas kod QR Sunway Pay di pedagang yang mengambil bahagian untuk membayar.
  6. Masukkan amaun pembayaran anda dan pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan.
  7. Klik ‘Pilih e-Points’ untuk menggunakan mata ganjaran yang anda inginkan.
  8. Amaun yang perlu dibayar anda akan secara automatik menolak mata ganjaran yang dipohon untuk jumlah bil yang lebih rendah.

 

MALUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sunway Super APP, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment