HARGA STROLLER TRAVEL TERBAIK (Ringan & Berkualiti)

HARGA STROLLER TRAVEL TERBAIK (Ringan & Berkualiti)

STROLLER TRAVEL

Sekiranya anda yang suka melancong tetapi mempunyai anak kecil, semestinya anda akan memerlukan stroller atau kereta sorong bayi bagi memudahkan perjalanan anda. Untuk mencari stroller semestinya  anda akan membuat pilihan yang terbaik dan memudahkan anda tetapi berkualiti. Disini kami akan kongsikan kepada anda stroller travel yang ringin, mudah lipat dan berkualiti, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU ADA STROLLER TRAVEL

Dengan adanya stroller ini dapat mengurangkan beban kepenatan bagi seorang kanak-kanak untuk berjalan dan juga kepada ibu bapa. Disamping itu terdapat beberapa kelebihan seperti:

  • Memastikan keselamatan anak
  • Memudahkan ibu bapa ketika keluar berjalan-jalan atau melancong
  • Banyak barang boleh diletakkan dalam bakul stroller
  • Bayi boleh duduk & tidur dengan selesa ketika bersiar-siar
  • Boleh mengelakkan bayi daripada sakit belakang
  • Mudah dibawa ke mana-mana (stroller boleh dilipat)

 

CIRI-CIRI STROLLER TRAVEL

Berikut adalah merupakan ciri-ciri stroller untuk percutian iaitu:

  • Mudah kendali
    • Stroller yang lebih ringan supaya mudah untuk di angkat dan dialih kedudukannya seperti mengangkatnya untuk di letakkan di dalam bas atau kaunter check in penerbangan.
  • Boleh dilipat
    • Stroller yang boleh dilipat adalah yang paling sesuai untuk dimiliki ketika kembara bersama si kecil.
  • Pelindung cuaca
    • Stroller yang baik juga dinilai dari segi keselesaan untuk kanak-kanak. Anda perlu mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan lain seperti faktor cuaca. Ia sangat penting bagi melindungi kanak-kanak ketika cuaca yang tidak menentu seperti keadaan hujan, salji dan ketika matahari terik di atas kepala.

 

HARGA STROLLER TRAVEL

Berikut adalah merupakan harga bagi stroller mengikut  jenama yang terdapat dalam pasaran iaitu:

JENAMACIRI-CIRIHARGA
Otomo Baby Stroller S101
  • Ada brek
  • Boleh ditarik selepas dilipat
  • Ringan & mudah dibawa
  • Ada bakul barang besar
RM189.00
Recaro Stroller – Easylife Elite
  • Tayar boleh dikunci
  • Ringan, hanya 6 kg
  • Brek mudah ditekan
  • Mempunyai 8 tayar yang kukuh
  • Terdapat bakul di bawah tempat duduk
  • Bleh menampung berat sehingga 15kg
RM1,259.00
Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller
  • Ringan
  • Bersaiz kabin & kompak
  • Terdapat bakul simpan barang
  • Boleh dilipat dengan sebelah tangan sahaja
  • Sesuai bagi anak berusia 3 hingga 4 tahun
RM599.00
Beblum Micro Plus Ultra Light Compact Stroller
  • Mudah dibrek
  • Boleh dilipat dengan senang
  • Sesuai untuk bayi umur 6 bulan keatas
  • Mampu tahan berat hingga 20kg
  • Menyerap kejutan
RM459.00
Sweet Cherry Lightweight Cabin Size Stroller LD650
  • Tempat sandar belakang boleh diturunkan 165°
  • Pemegang depan boleh ditanggalkan
  • Mampu tahan berat 15 kg
  • Ada kelambu nyamuk
  • Fungsi auto-lock
RM349.00
Quinton Gold Stroller
  • Saiz kompak
  • Ringan, hanya 6.8kg
  • Terdapat brek mudah dikunci
  • Saiz Bakul penyimpanan besar
  • Tempat duduk selesa & lembut
RM799.00
Hauck Rapid 4R Plus Baby Stroller (25kg)
  • Tayar kalis pancit
  • Kanopi besar dengan UPF 50+
  • Ketinggian pemegang boleh dilaras
  • Ada cup holder
RM999.00
Mikubi (V6-1) Compact Cabin Stroller
  • Mampu tampung berat hingga 20kg
  • 3 pilihan warna, merah, hitam, kelabu
  • Armrest boleh ditanggalkan
  • Boleh bawa dalam kapal terbang
RM499.90
Quinny Zapp Flex
  • Design lawa
  • Mudah dilipat
  • Boleh digunakan hingga usia anak 5 tahun
RM1,730.00
Nuna TRIV Compact Urban Stroller
  • Brek mudah ditekan
  • Tayar kalis pancit
  • Boleh berdiri lepas dilipat
  • Ketinggian pemegang boleh dilaraskan
  • Mampu tampung berat hingga 20kg
RM3,499.00
BABYZEN YOYO² 6+ Stroller
  • Ringan, sekitar 6 kg
  • Mempunyai bakul simpan barang
  • Mampu tahan berat hingga 25kg
  • Boleh dilipat & dibuka dengan mudah
  • Terdapat kanopi untuk lindung bayi dari matahari
RM2,040.00
Joie Tourist Auto Fold Lightweight Compact Stroller
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Tayar depan boleh dikunci
  • Terdapat bakul besar
  • Bersaiz kabin
  • Mudah dilipat
RM699.00
Chicco Double Buggy OHlalà Twin Stroller
  • Boleh lipat dan buka dengan 1 tangan
  • Kain penutup stroller boleh dibasuh
  • Tempat letak kaki boleh dilaras
  • Terdapat bakul dan rain cover
RM1,199.00

 

TIPS PEMILIHAN STROLLER TRAVEL

Berikut adalah merupakan antara tips yang perlu anda ketahui sebelum membeli stroller ini iaitu:

  • Ketahanan & kekuatan untuk menampung berat anak
  • Ruangan simpanan barang
  • Perlindungan terhadapat anak
  • Berat stroller
  • Stroller mudah dilipat sekecil yang mungkin

ARTIKEL BERKAITAN

1 thought on “HARGA STROLLER TRAVEL TERBAIK (Ringan & Berkualiti)”

Leave a Comment