SKYBRIDGE KLCC HARGA TIKET(Cara Naik Melawat & Waktu Operasi)

SKYBRIDGE KLCC HARGA TIKET(Cara Naik Melawat & Waktu Operasi)

SKYBRIDGE KLCC HARGA TIKET

Semestinya anda ketahui bahawa Skybridge KLCC sememangnya dibuka kepada umum untuk naik dan untuk dilawati. Pastikan anda perlu ketahui bahawa untuk naik ke Skybridge harus mengikut masa yang ditetapkan dan terdapat bayaran yang dikenakan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara naik dan harga tiket Skybridge KLCC, semoga membantu.

 

APA ITU SKYBRIDGE KLCC

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) senonim dengan bangunan berkembar yang mana dihubungkan dengan sebuah jambatan atau skybridge di tingkat 41 daripada jumlah 88 tingkat pada KLCC tersebut.

 

LOKASI SKYBRIDGE KLCC

Skybridge berada di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang beralamat Suria KLCC,  201A-C, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

 

WAKTU OPERASI SKYBRIDGE KLCC

Berikut adalah merupakan waktu operasi Skybridge KLCC iaitu

HARIWAKTU OPERASI
Selasa – Ahad / Cuti Umum9.00 pagi hingga 9.00 malam.
IsninTutup (kecuali cuti umum)

 

AKTIVITI MENARIK SKYBRIDGE KLCC

Berikut adalah merupakan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan iaitu:

  • Mengambil gambar untuk kenangan. Anda boleh merakam momen dengan mengambil swafoto supaya anda boleh mendapatkan potret yang tidak dapat dilupakan di sini.
  • Bersantai melihat pemandangan bandar dari ketinggian yang betul supaya anda dapat merasai keindahan kota Kuala Lumpur.
  • Cipta kandungan menarik untuk dikongsi di media sosial.

 

HARGA TIKET SKYBRIDGE KLCC

Berikut adalah merupakan harga tiket terkini iaitu:

Harga Tiket Walk-InHari Minggu / Hujung Minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah
Warganegara (MyKad)Pelancong Asing (Non-MyKad)
Bayi (dua tahun kebawah)PercumaPercuma
Kanak-Kanak (3 – 12 Tahun)RM 17RM 50
DewasaRM 35RM 98
Warga Emas (61 Ke Atas)RM 17RM 50

 

CARA BELI TIKET SKYBRIDGE KLCC

Berikut adalah merupakan cara untuk membeli tiket iaitu:

Secara Walk-In

  • Beratur beli kat Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC

Secara Online

  • Layari pautan Admission & Ticketing Pertonas Twin Tower
  • Pilih tarikh dan masa anda inginkan
  • Pilih jumlah tiket yang diperlukan
  • Buat pembayaran sehingga selesai
  • Anda hanya perlu download tiket anda dan tunjukkan masa anda datang nanti.

 

CARA LAWATI SKYBRIDGE KLCC

Setelah anda membuat pembelian tiket, berikut adalah merupakan panduan untuk anda lawwati

  1. Pastikan anda hadir setengah jam awal daripada waktu tempahan anda
  2. Petugas akan cek tiket dan juga barangan yang anda bawa
  3. Lepas taklimat keselamatan, Satu trip akan ambil masa dalam 30-45 minit. P
  4. etugas akan bawa anda naik ke tingkat 41 (Skybridge) dengan menaikki lift.
  5. Sampai di skybridge,anda diberi masa 10-15 minit untuk bergambar dan berjalan-jalan atas jambatan setinggi 175m dari aras jalan & sepanjang 58m tu.
  6. Kemudian anda akan dibawa naik ke tingkat 83. Tukar lift untuk naik ke tingkat 86 pula. Di tingkat ini terdapat ruang pameran dan pandangan menara lagi satu.Terdapat juga teleskop yang boleh anda teropong pemandagan. Anda diberi masa 15 minit untuk bergambar dan berkeliaran.
  7. Akhir sekali, anda akan dibawa turun sampai lah ke kedai cenderamata.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Harga Ticket Skybridge KLCC, anda boleh layari portal rasmi  Pertonas Twin Tower

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “SKYBRIDGE KLCC HARGA TIKET(Cara Naik Melawat & Waktu Operasi)”

Leave a Comment