SARAWAK CULTURAL VILLAGE (Harga Tiket & Waktu Operasi)

SARAWAK CULTURAL VILLAGE (Harga Tiket & Waktu Operasi)

SARAWAK CULTURAL VILLAGE

Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai budaya unik tersendiri. Sekiranya anda ingin melancong atau berjlana-jalan ke Sarawak, semestinya anda perlu ke Sarawak Cultural Village (SCV)untuk belajar dan mengenali budaya mereka. Disini kami akan kongsikan kepada lokasi, harga tiket dan waktu operasi, semoga membantu.

 

APA ITU SARAWAK CULTURAL VILLAGE

Kampung Budaya Sarawak ialah Muzium Hidupan yang memenangi anugerah yang merentasi tanah seluas 17 ekar betul-betul di seberang Damai Beach Resort and Hotels. Alami pengalaman Sarawak dalam Setengah hari di Kampung Budaya Sarawak dan pelajari tentang budaya dan gaya hidup tempatan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.

Di Kampung Budaya Sarawak, terdapat bangunan replika yang mewakili setiap kumpulan etnik utama di Sarawak terutamanya Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu & Cina. Semua bangunan dihuni oleh ahli kumpulan etnik dalam pakaian tradisional dan menjalankan aktiviti tradisional. Kakitangan bertindak sebagai pencerita yang menerangkan dan mentafsir cara hidup kita. Mereka juga akan bergambar dengan anda dengan gembira!

 

AKTIVITI MENARIK DI SARAWAK CULTURAL VILLAGE

Berikut adalah merupakan antara aktiviti menarik yang terdapat di sini iaitu:

  • Terdapat 9 bangunan replika yang dibina bagi menyerupai setiap kumpulan etnik di Sarawak iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu. Perkampungan Hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, Rumah Bandar Melayu, dan Rumah Ladang Cina & Pagoda.
  • Belajar tentang tarian, muzik, dan kraftangan manik Sarawak dan Pua Kumbur
  • Pelbagai jenis paparan yang anda boleh lihat di sini seperti pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama negeri ini.
  • Terdapat persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan dua kali sehari
  • Antara laluan yang perlu anda cuba adalah jambatan buluh

 

WAKTU OPERASI SARAWAK CULTURAL VILLAGE

  • SCV dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali pada cuti umum (mungkin berbeza).

Nota: Persembahan kebudayaan di Teater Kampung berjalan dua kali sehari pada pukul 11.30 pagi dan 4 petang.

 

LOKASI SARAWAK CULTURAL VILLAGE

  • SCV terletak di Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Sarawak

 

HARGA TIKET SARAWAK CULTURAL VILLAGE

Berikut adalah merupakan harga tiket SVC terkini mengikut katagori iaitu:

  • Tiket kemasukkan 1 Hari
    • Dewasa: RM85.00
    • Kanak-Kanak (2 – 12 Tahun): RM55.00
  • Tiket kemasukkan 1 Hari Beserta Makan Tengah Hari
    • Dewasa: RM117.00
    • Kanak-Kanak (2 – 12 Tahun): RM80.00

 

CARA BELI TIKET SARAWAK CULTURAL VILLAGE ONLINE

Anda juga boleh menempah tiket SVC secara online dengan lebih awal. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan SVC 2023 Entrance Fees
  2. Pilih katagori anda inginkan dan klik Select
  3. Masukkan bilangan tiket anda perlukan dan tarikh kemasukkan anda ingin lawati kemudian klik pada Book Now
  4. Paparan pengesahan harga akan tertera, sekiranya disahkan klik pada Proceed To Checkout
  5. Masuukan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia. Pastikan alamat email yang dimasukkan email yang sah, kemudian klik Place Order
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai dan pengesahan tiket akan dihantar ke email anda

 

MALUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sarawak Cultural vilage, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://scv.com.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment