HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN (Senarai Lokasi Klinik Temujanji)

HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN (Senarai Lokasi Klinik Temujanji)

RAWATAN KESUBURAN LPPKN

Kepada pasangan suami isteri yang ingin membuat ujian kesuburan (Subfertiliti), anda boleh membuat ujian di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negra (LPPKN). Disini kami akan kongsikan senarai harga kos rawatan kesubran LPPKN ini, semoga membantu.

 

APA ITU KLINIK KESUBURAN (SUBFERTILITI) LPPKN

Perkihdmatan Subfertiliti LPPKN bermula sejak tahun 1979 bertujuan untuk menyediakan Kini perkhidmatan rawatan subfersiliti kepada pasangan yang menghadapi masalah untuk hamil.

Kini perkhidmatan Sufertiliti LPPKN merupakan salah satu perkhidmatan yang boleh dibanggakan kerana dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan, tulus serta mengambil kira faktor agama dan sosiabudaya masyarakat berbilang kaun di Malaysia

 

KATAGORI SUBFERTILITI

Terdapat dua katagori subferliti iaitu:

  1. Primer
    • Wanita yang tidak pernah hamil
  2. Sekunder
    • Wanita yang pernah hamil tetapi mempunyai maslaah untuk hamil semula

 

PENILAIAN KHUSUS SUBFERTILITI LPPKN

Berikut adalah merupakan penilain khusus bagi suami dan isteri:

SUAMIISTERI
  • Analisa air mani
  • Ujian saringan penyakit kelamin
  • Analisa kromosom (jika perlu)
  • Penyedutan sperma dari buah zakar (TESA/PESA/MESA – Jika perlu)
  • Profil hormon
  • Histerosalpingogram (HSG)
  • Ujian saringan penyakit kelamin
  • PAP Smear
  • Ultra bunyi
  • Pemantauan Ovalasi

 

PERKHIDMATAN SUBFERTILITI DI KLINIK LPPKN

Berikut adalah merupakan perkhdimatan tersedia di klinik ini:

  1. Intra-uterine Inseminas (IUI) – Permanian Beradas
  2. In-Vitro Fertilisation (IVF) – Teknologi Bantuan Konsepsi
  3. Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) – Teknologi Bantuan Konsepsi
  4. Sperm/Ebryo Cryopreservation – Penyejukbekuan Sperma dan Embrio

 

KADAR HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN

Berikut adalah merupakan kadar harga asas untuk ujian Subfertiliti ini:

PERKARAWARGANEGARABUKAN WARGANEGARA
PendaftaranRM 40.00RM 80.00
Ujian Air Mani (Semen Analysis)RM 25.00RM 50.00
Sperm Culture & SensitivityRM 25.00RM 50.00
Profit Hormon (Isteri)RM 40.00RM 80.00
STI (Suami/Isteri)RM 28.00 (Seorang)RM 56.00 (Seorang)

 

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN SUBFERTILITI LPPKN

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harganya:

  • IUI (Permanian Beradas) : RM 1,000 – RM 1,500
  • IVF (In Vitro Fertilization) : RM 10,000 – RM15,000
  • ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection) : RM10,000 – RM 15,000

Nota: Kadar harga mungkin berbeza berdasarkan situasi keadaan semasa

 

LOKASI RAWATAN KESUBURAN DI KLINIK LPPKN

Pada masa kini hanya terdapat 3 cawangan Klinik Subfertiliti LPPKN iaitu:

  • Klinik Subfertiliti LPPKN (Ibu Pejabat) : 03-2604 0081 / 0128
  • Klinik Subfertiliti LPPKN Johor Baharu : 07-558 8204
  • Klinik Subfertiliti LPPKN Bertam, Pulau Pinang : 04-575 5215

Nota: Selain daripada 3 klinik ini, kesemua cawangan LPPKN yang ada di setiap negeri turut menawarkan khidmat nasihat, kaunseling dan maklumat yang diperlukan bagi pasangan yang memerlukan konsultasi peringkat awal. Bagi mendapatkan temujanji pertama, hubungi Klinik LPPKN yang terdekat untuk anda kunjungi. Rujuk senarai klinik di SINI.

 

PRROSEDUR TEMUJANJI PERTAMA RAWATAN KESUBURAN LPPKN

  • Temujanji pertama dijangka mengambil masa selama 4-5 jam bagi mendapatkan profil kesuburan kedua-dua pasangan.
  • Hasil daripada temujanji pertama, keputusan akan dinilai bagi menentukan langkah seterusnya. Pasangan mungkin akan dirujuk ke Hospital bagi melakukan prosedur yang disarankan oleh doktor.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar harga ujian kesubukar LPPKN ini, sila layari website rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negra

 

ARTIKEL LAIN

HARGA VAKSIN KUCING ANJING DI MALAYSIA (Klinik Kerajaan & Swasta)

 

2 thoughts on “HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN (Senarai Lokasi Klinik Temujanji)”

Leave a Comment