BERAPA JUMLAH PENALTI TERMINATE ASB LOAN (Cara Kira Mengikut Bank & Tempoh Masa)

BERAPA JUMLAH PENALTI TERMINATE ASB LOAN (Cara Kira Mengikut Bank & Tempoh Masa)

PENALTI TERMINATE ASB LOAN

Kepada para pelanggan ASB yang membuat pinjaman ASB, semestinya atas pelbagai sebab tertentu anda ingin terminate pinjaman tersebut. Sebagai panduan untuk anda disini kami akan kongsikan cara terminate dan jumlah penalti ASB Loan yang akan dikenakan, semoga membantu.

 

APA ITU ASB LOAN

Pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan Maybank,CIMB Bank dan RHB.

 

SEBAB INGIN TERMINATE ASB LOAN

Antara punya pelanggan ingin terminate akaun ASB adalah:

  • Pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah
  • Kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.

 

CARA TERMINATE ASB LOAN

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan pelbagai Bank iaitu:

  1. Proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
  2. Kunjungin mana-mana cawangan bank yang anda membuat ASB loan tersebut dan pastikan anda membawa kad pengenalan anda. Anda juga disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
  3. Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
  4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
  5. Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
  6. Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
  7. Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari. Selesai
  8. Untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

 

TEMPOH PROSES TERMINATE ASB LOAN

Tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank. Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.

 

KADAR PENALTI TERMINATE ASB LOAN

Untuk makluman anda, pada masa kini kesemua ASB dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun ASB tersebut baru setahun sahaja.

Tiada caj penalti dikenakan tetapi kemungkinan akan dikenakan shortfall iaitu baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.

 

CARA KIRA SHORTFALL ASB LOAN

Berikut adalah merupakan formula penggiraan Shortfall iaitu:

  • Nilai Sijil ASB – Baki Loan

Jika hasilnya ialah *Negatif* , maksudnya ada shortfall lah tu. Jika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.

 

CARA KIRA JUMLAH KELAYAKAN SELEPAS TERMINATE ASB LOAN

Untuk makluman anda terdapat dua perkara yang anda perlu lihat untuk penggiraaan kelayakan jumlah bersih ini iaitu:

  • Bayaran bulanan ASB Loan
  • Jumlah interest yang dikenakan.

Berikut adalah contoh kiraan yang boleh anda ambil seperti berikut:

  • Pinjaman: RM50,000
  • Tempoh Bayar balik: 20 Tahun
  • Bayaran Bulanan: RM336
  • Interest: (BR + 2.0%) = 3.2% + 2.0% = 5.2% setiap tahun
  • Terminate loan selepas 4 tahun

(a) Interest yang perlu dibayar: RM50K x 5.2% = RM2600 setahun.

(b) Bayaran bulanan setelah setahun: RM336 x 12 bulan = RM4032 setahun

Bayaran terlebih bayar: (b – a) RM4032 – RM2600 = RM1432

Jumlah wang yang anda dapat balik: RM1432 x 4 tahun =  RM5728.

 

RISIKO TERMINATE ASB LOAN AWAL

Berikut adalah merupakan antara risiko yang perlu anda ketahui iaitu:

  1. Lebihan bayaran takaful kena dibayar
    • Contohnya ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan RM103,000.
    • Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful
    • Jika terminte terlalu awal, lebihan itu dipanggil shortfall
  2. Cara elakkan shortfall
    • Ambil takaful minimum 5 tahun.
    • Untuk sijil RM100,000, bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620.
    • Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) ASB LOAN

Boleh ker terminate loan ASB secara online?

  • Tidak boleh

Apakah dokumen yang diperlukan untuk terminate ASB LOAN?

  • Kad pengenalan

Apa itu nombor akaun pinjaman ASB?

  • Ia adalah nombor rujukan untuk pinjaman ASB anda.

Adakah saya akan dapat terus duit selepas terminate ASB LOAN?

  • Bergantung kepada bank,ada yang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk dapat duit.

Adakah saya dikenalkan penalti jika terminat ASB LOAN?

  • Bergantung kepada kontrak yang dipersetujuan semasa memohon ASB LOAN,sila semak butiran ASB LOAN anda.

Adakah saya untung atau rugi jika terminate loan ASB?

  • Bergantung kepada pelaburan anda,sila buat semakan tentang pelaburan ASB LOAN anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penalti ASB Loan, anda boleh melayari portal rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment