HARGA PASANG SOLAR DI RUMAH TNB (Pakej Solar NEM GSPARX)

HARGA PASANG SOLAR DI RUMAH TNB (Pakej Solar NEM GSPARX)

HARGA PASANG SOLAR

Kepada anda yang ingin membuat pemasangan solar, semestinya anda ingin mentehaui kadar harga yang diperlukan dan kelebihannya. Pada masa kini terdapat dua program tersedia iaitu itu NEM dan GSPARX. Disini kami akan kongsikan kepada nada maklumat lanjut pakej program ini dan harga pasang Solar di Malaysia, semoga membantu

 

APA ITU SOLAR

Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan. Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan.

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PASANG SOLAR

Berikut addalah merupakan antara kelebihan dan kekurangan penggunaan tenaga solar ini iaitu:

KELEBIHAN KEKURANGAN
Mengurangkan penggunaan kos elektrik di rumah.Agak kompleks untuk memahami tentang kos dan penjimatan yang berkaitan.
Menjana elektrik bersih yang mengurangkan keperluan bahan bakar fosil.Teknologi memerlukan penyelenggaraan, walaupun ia mungkin dimasukkan dalam perjanjian pemasangan yang teliti.
Potensi pulangan pelaburan sepantas lima tahun.Jadual pulangan pelaburan tak dijamin, dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan kembali perbelanjaan awal anda.
Insentif dan pembiayaan dapat mengurangkan atau menghapuskan bayaran pendahuluan.Anda hanya dapat menjana wang daripada menjual lebihan elektrik, bukan daripada semua elektrik yang dihasilkan.
Ada kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan selepas kos pelaburan habis dibayar.Bukan untuk semua benda elektrik yang boleh digunakan
Membantu dalam menyumbang ke arah sasaran penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

 

HARGA KOS PASANG SOLAR MALAYSIA

Untuk makluman anda, tiada kadar tetap bagi kos pemasanagan solar ini kerana ianya meliputi kawasan, baranag digunakan ketinggian bangunan, ukuran pemasangan, kualiti panel solar yang digunakan, dan juga skim atau syarikat yang anda pilih. Berikut adalah merupakan kadar harga anggaran pemasangan iaitu:

  • Pemasangan untuk kediaman standard berbeza dari 4kW hingga 12kW, dengan kos antara RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem asas 3kW.
  • Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.

 

PAKEJ PASANG SOLAR NEM

Terdapaty program pemasangan solar tersedia oleh Net Energy Metering (NEM) menerusi Program NEM3.0. berikut adalah merupakan maklumat lanjut mengenai pakje solar NEM iaitu:

Tarikh Program NEM3.0

  • Program NEM3.0 ni akan berakhir hujung tahun 2023. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sebelum 31 Disember.

Syarat Kelayakan Program NEM3.0

  • Pengguna yang berdaftar atau sedang memohon untuk berdaftar dengan TNB di Semenanjung Malaysia;
  • Pengguna/ pemohon yang tiada pepasangan sistem fotovolta suria di bawah mana – mana program suria fotovolta sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah pengguna domestik yang menghuni premis persendirian, bukan untuk tujuan hotel, asrama, atau untuk n segala bentuk perniagaan, perdagangan, kegiatan profesional atau perkhidmatan.

Cara Permohonan Program NEM3.0

  1. Cari kontraktor/ penyedia perkhidmatan berdaftar anda (RC/ SP)
  2. (RC/ SP) anda akan memohon Penilaian Teknikal dengan TNB (jika berkenaan)
  3. (RC/ SP) anda akan mendapat kelulusan / kuota dari SEDA
  4. (RC/ SP) anda akan memasang Sistem PV solar
  5. (RC/ SP) anda akan mengemukakan permohonan meter ke TNB
  6. Tandatangani kontrak NEM anda dengan TNB

Perlu Bateri Mantaninance Dibawah Program NEM 3.0?

  • Tiada bateri maintenance diperlukan jika menggunakan sistem on-grid dengan TNB.
  • Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g.
  • Jika TNB caj Rm0.516 setiap kWh, boleh dijual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516.

Maklumat Lanjut

 

PAKEJ PASANG SOLAR GSPARX

GSPARX Sdn Bhd untuk menyediakan pembiayaan pemasangan sistem panel solar fotovolta (PV) kepada pemilik rumah di negara ini. Berikut adalah merupakan maklumat pakej ini iaitu:

Kadar Pembiayaan Bank Islam GSPARX

  • Tawaran pembiayaan hingga 100 peratus untuk pembelian pakej solar PV GSPARX atau sehingga RM300,000 dengan kadar terapung serendah 4.67 peratus atau kadar tetap 4.5 peratus selama tiga tahun

Cara Fungi Solar GSPARX

  • Pemasangan sistem PV solar di atas bumbung anda. tenaga yang dijana oleh solar akan digunakan oleh rumah anda untuk menghidupkan semua peralatan elektrik. Ini bermakna anda membeli lebih sedikit daripada TNB setiap kali matahari bersinar.
  • Sekiranya terdapat lebihan atau keseimbangan tenaga, ia secara automatik akan mengalir ke grid TNB. Dan jika pakej pemasangan anda dengan NEM, anda akan mendapat kredit untuk tenaga yang berlebihan untuk mengurangkan lagi bil anda. Kadar jualan kepada TNB adalah sama dengan kadar belian.

Cara Permohonan Solar GSPARX

Untuk pelanggan Kediaman, kami menawarkan pakej standard sistem 3,5,6,8,10,12 dan 15 kWp. Namun begitu, kami memenuhi keperluan pemasangan saiz yang lebih besar selepas penilaian tapak dibuat. Terdapat 3 pilihan pembayaran yang tersedia:

  • Belian Tunai- bayar amaun sekaligus
  • Kad Kredit- Kami mempunyai pelan ansuran khas dengan Maybank selama 12,24 dan 36 bulan. Untuk bank lain, hanya leret sekali sahaja tersedia
  • Pinjaman Peribadi- Membiayai sistem PV melalui pinjaman peribadi. Pilih bank pilihan anda. Kadar istimewa oleh Bank Islam untuk kakitangan GLC.

Maklumat Lanjut

 

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment