MESIN RVM LOKASI KL SELANGOR(Berapa Kadar Harga Tin Botol Plastik Kotak)

MESIN RVM LOKASI KL SELANGOR(Berapa Kadar Harga Tin Botol Plastik Kotak)

MESIN RVM

Terkini, salah satu usaha yang diperkenalkan sebagai usaha untuk memberi kesedaran dan kemudahan kepada orang awam melupuskan barangan kitar semula dan menjadikan kawasan bersih dan bebas daripada sampah, pihak berkuasa tempatan telah memperkenalkan satu mesin RVM yang boleh ditukarkan barangan kitar semula kepada wang. Disini kami akan kongsikan kepada anda lokasi mesin tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU MESIN RVM

Mesin layan diri terbalik (Reverse vending machine – RVM) ialah mesin yang membenarkan seseorang memasuki botol terpakai atau kosong, botol plastik atau tin aluminium sebagai pertukaran untuk wang. Ia merupakan mesin pelupusan barangan kitar semula yang mesra pengguna dimana setiap barangan kita semula dimasukkan ke dalam mesin ini dan pembayaran terus akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

 

BARANGAN KITAR SEMULA BOLEH DIGUNAKAN DI MESIN RVM

Berikut adalah merupakan antaran barang kita semula yang boleh dilupuskan menerusi mesin ini iiatu:

  • Botol plastic
  • Tin minuman
  • Kotak minuman
  • Tin aluminium

 

LOKASI MESIN RVM

Berikut adalah merupakan lokasi Reverse vending machine yang tersedia kini mengikut negeri iaitu:

NEGERILOKASI
WP Kuala Lumpur
  • Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur
  • KL Convention Centre – Tingkat Bawah, Kuala Lumpur
  • Ridge Residence, KL East Gallery, Kuala Lumpur
  • Residensi Kuchaimas, Kuala Lumpur
  • Hentian bas berdepan Menara DBKL 2
  • Dataran Merdeka
  • Pintasan Saloma.
Selangor
  • BHPetrol Taman LTAT, Bukit Jalil
  • Lumi Tropicana, Petaling Jaya
  • Petron Bandar Utama, Bandar Utama
  • Aurora Residence @Lake Side City, Puchong,
  • Ruang legar Aras 1 menara MPAJ

 

CARA GUNA MESIN RVM

Berikut adalah merupakan cara untuk anda kitar semula barangan melalui Reverse vending machine iaitu:

  1. Pergi ke masin RVM berhampiran anda
  2. Imbas kod QR di barangan kitar semula (botol plastik, tin minuman, kotak minuman)
  3. Masuk ke dalam masin RRVM selepas disahkan oleh sistem mesin. (kosongkan air di dalam tin, botol plastik dan kotak minuman.
  4. Tebus ganjaran menggunakan aplikasi bank mengikut kadar harga semasa barangan. Contoh: satu botol plastik ganjaran tebus lima sen.
  5. Duit tebusan barangan kitar semula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima selepas disahkan oleh mesin RRVM

 

KADAR HARGA KITAR SEMULA MESIN RVM

Setiap barangan kitar semula yang dimasukkan ke dalam RRVM akan memperoleh ganjaran sebanyak RM0.05 (5sen) bagi setiap barang kitar semula.

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “MESIN RVM LOKASI KL SELANGOR(Berapa Kadar Harga Tin Botol Plastik Kotak)”

Leave a Comment