HARGA TIKET MENARA 188 KUANTAN (Senarai Aktiviti & Waktu Operasi)

HARGA TIKET MENARA 188 KUANTAN (Senarai Aktiviti & Waktu Operasi)

MENARA 188 KUANTAN

Kepada anda yang ingin membawa anak-anak berjalan ke Menara 188 Kuantan, semestinya anda ingin mengetahui ape yang menarik dan senarai aktivi yang ada. Disini kami akan kongsikan sedikit maklumat mengenai menara ini dan juga kadar harga, semoga membantu.

 

KENALI MENARA 188 KUANTAN

Kuantan 188 siap dibina pada 3 September 2019 adalah menara ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Kuantan 188 ini merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum di mana ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104.0 meter serta pemandangan panorama Sungai Kuantan.

Konsep reka bentuk Kuantan 188 yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.

 

APA YANG MENARIK DI MENARA 188

  • Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya.
  • 5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam.
  • Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan dimana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku.
    • Reka bentuk Mercu Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok teruntum putih.

 

AKTIVITI, MAJLIS & TARIKAN DI MENARA188 KUANTAN

Antara tarikan pengunjung yang terdapat di sini adalah:

  • Green Roof
    • Rakamkan gambar di Kuantan 188 berlatarbelakangkan tulisan KUANTAN dan Sungai Kuantan yang menjadi laluan bot nelayan.
  • Skyview
    • Saksikan pemandangan Bandar Kuantan dan keindahan alam semulajadi Sungai Kuantan serta Laut China Selatan di dek pemandangan terbuka.
  • Kedai Cenderamata di Lobi
    • Dapatkan cenderamata Kuantan 188 dan kraftangan negeri Pahang di aras Lobi.
  • Penganjuran Majlis
    • Tempahan pelbagai majlis di Laman Teruntum berkonsepkan dalam taman kini dibuka.

 

WAKTU OPERASI MENARA188 KUANTAN

Berikut adalah merupakan waktu operasi:

  • Waktu Operasi (Menara)
    • Isnin-Khamis (10:00AM – 10:00PM)
    • Jumaat-Ahad (10:00AM – 12:00AM)
  • Waktu Operasi (Laman Teruntum)
    • Isnin-Ahad (8:00AM – 12:00AM)

 

HARGA TIKET MENARA 188 KUANTAN

Berikut adalah merupakan kadar harga tiket yang telah ditetapkan:

Pakej / PackageWarganegara / CitizenAntarabangsa / International
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
Jumaat – Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah
Friday – Sunday / Public Holiday / School Holiday
Setiap hari
Everyday
Dewasa / AdultKanak-Kanak / ChildDewasa / AdultKanak-Kanak / ChildDewasa / AdultKanak-kanak / Child
Observation Deck Only8.005.0015.0010.0030.0015.00
Sykdeck Only22.0012.0028.0018.0048.0028.00
Combo (Observation & Skydeck)28.0015.0038.0024.0068.0038.00

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menara 188 ini, sila  layari website rasmi di pautan https://www.kuantan188.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET IOI CITY FARM (Waktu Operasi Mini Zoo IOI Mall)

 

 

Leave a Comment