MAYBANK EZYWASIAT(Permohonan & Semakan Wasiat & Harga)

MAYBANK EZYWASIAT(Permohonan & Semakan Wasiat & Harga)

MAYBANK EZYWASIAT

Terkini Maybank telah memperkenalkan EzyWasiat sebagai pelengkap instrumen Perancangan Harta Pusaka Islam kepada Faraid. Ia memastikan bahawa harta pusaka dan aset anda diagihkan kepada orang yang dimaksudkan secepat dan seefisien mungkin – mengelakkan kemungkinan penghakisan nilai harta pusaka anda, komplikasi atau kelewatan dalam pemindahan aset pada masa yang diperlukan. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan harga, semoga membantu.

 

APA ITU MAYBANK EZYWASIAT

EzyWasiat ialah wasiat digital yang dicipta melalui platform dalam talian, dilengkapi dengan perisian automatik yang mengira aset anda mengikut undang-undang Faraid untuk memudahkan proses pengagihan kekayaan untuk penerima yang anda inginkan.

Maybank Islamic Berhad (“MIB” atau “Bank”) dengan kerjasama penyedia wasiat digital pihak ketiga, Createwills Sdn Bhd (“Createwills”) menawarkan wasiat yang dipanggil EzyWesiat kepada pelanggan Bank. Melalui kerjasama itu, Bank bertindak sebagai ejen untuk Createwills Sdn Bhd

 

MANFAAT MAYBANK EZYWASIAT

Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperoleh iaitu:

  • Kalkulator aset automatik yang membolehkan anda memahami proses pengagihan di kalangan penerima dengan pecahan aset selaras dengan Faraid
  • Proses pengagihan aset yang dipermudahkan untuk mengelakkan halangan undang-undang yang panjang yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan tanpa wasiat
  • Wasiat digital boleh dicetak, disimpan dengan selamat atau dikemas kini dan dipinda pada bila-bila masa untuk memenuhi keperluan keluarga anda

 

SYARAT KELAYAKAN MAYBANK EZYWASIAT

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi Mana-mana orang Islam yang:

  • Akal sehat dan mampu memahami sifat & tujuan wasiat
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas (untuk penduduk di Semenanjung Malaysia dan Sarawak)
  • Berumur 21 tahun ke atas (untuk penduduk di Sabah)

 

KADAR BAYARAN MAYBANK EZYWASIAT

Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM600

 

CARA PERMOHONAN MAYBANK EZYWASIAT

Sekiranya anda berminat, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:

  • Sila e-melkan permohonan anda ke [email protected]. Pastikan sertakan dengan nama penuh & nombor telefon anda
  • Penasihat Kewangan Peribadi (PFA) atau Pengurus Perhubungan (RM) akan menghubungi anda
  • PFA/RM akan membantu dengan sebarang soalan yang anda ada, dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan daripada anda untuk melengkapkan wasiat anda!

 

TEMPOH PROSES MAYBANK EZYWASIAT

Perkhidmatan Maybenk EzyWasiat ini membolehkan wasiat dihasilkan dalam masa 30 minit

 

CARA SEMAKAN STATUS WASIAT MAYBANK EZYWASIAT

Kepada anda ingin membuat semakan atau memerlukan bantuan, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

  • Hadir ke cawangan Myabank yang berhampiran;
  • Emali ke: [email protected];
  • Hubungi Pengurus Perhubungan atau Penasihat Kewangan Peribadi anda jika anda adalah pelanggan Maybank!

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Maybank EzyWesiat, anda boleh emlayari portal rasmi MayBank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment