CARA AMBIL LESEN GDL RIDER P-HAILING  (Berapa Harga & Prosedur)

CARA AMBIL LESEN GDL RIDER P-HAILING  (Berapa Harga & Prosedur)

LESEN GDL RIDER P-HAILING

Terkini kepada Penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan (p-hailing), bakal diwajibkan untuk  memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) dalam pindaan tiga akta pengangkutan. Pindaan tersebut adalah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334]
  • Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]

Pindaan ini bertujuan pengawalseliaan serta penetapan peraturan, dan ia akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Disini kami akan kongsikan cara untuk memohon lesen GDL dan juga kadar harga, semoga membantu.

 

APA ITU LESEN GDL RIDER P-HAILING

Lesen Memandu Vokasional atau Good Driving License (GDL) adalah lesen kenderaan barangan. Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi.

 

SYARAT KELAYAKAN LESEN GDL P-HAILING

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan lesen GDL:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
  3. Berumur 18 tahun ke atas bagi lesen vokasional
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  5. Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
  6. Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  7. Lulus dalam ujian teori

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  4. Borang JPJL8A.
  5. Borang JPJL12.
  6. Sijil JPJL2C
  7. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  8. Bayaran RM20.00
  9. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)

 

KADAR HARGA LESEN GDL RIDER P-HAILING

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi permohonan lesen memandu GDL:

BILLESEN MEMANDU VOKASIONAL (GDL)KADAR BAYARAN WARGANEGARA

(RM)

TEMPOH
1 Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON20.001 tahun
2Permit Memandu Antarabangsa (IDP)150.001 tahun
3Salinan Lesen Memandu20.00
4Cabutan Maklumat Lesen Memandu10.00
5Pindaan Maklumat Lesen Memandu10.00
6Tambah Kelas Lesen Memandu5.00

 

CARA PERMOHONAN LESEN GDL RIDER P-HAILING

Sekiranya anda tmemenuhi kelaykayan, berikut adlaah emrupakan cara untuk membuat perhonan lesen GDL:

  1. Sila Muat turun:
  2. Anda perlu membuat saringan kesihatan (medical check up) di hospital atau klinik yang diiktiraf
  3. Pastikan borang y dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas dan simpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran
  4. Hubungi atau hadirkan diri ke institut memandu yang terdekat untuk mendaftar dan membuat pembayaran
  5. Seterusnya anda perlu menghadiri ceramah teori selama 7 jam. 5 jam adalah kursus daripada pihak institut memandu dan 2 jam untuk kursus teori JPJ
  6. Anda akan menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus dan markah lulus adalah 42 daripada 50 soalan
  7. Bawa dokumen lulus ujian untuk proses membuat lesen GDL (goods driving license) di institut memandu yang anda pilih

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara ambil lesen GDL, anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/

ARTIKEL LAIN

HARGA UJIAN JANTUNG ECG DI KLINIK SWASTA (Check Pakej Heart Screening)

 

Leave a Comment