KOS RAWATAN JANTUNG IJN SEMAK KELAYAKAN WAD(Angiogram Bypass)

KOS RAWATAN JANTUNG IJN SEMAK KELAYAKAN WAD(Angiogram Bypass)

KOS RAWATAN IJN

Sekiranya anda perlu mendapatkan rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), semestinya anda ingin mengetahui Kos Rawatan yang terlibat di IJN. Disini kami akan kongsikan kepada anda kos terlibat dan semakan kelayakan wad, semoga membantu.

 

APA ITU IJN

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, terletak di sebelah kiri Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta. Ia diuruskan oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan (99.9 %).

Tujuan IJN ditubuhkan bagi merawat pesakit jantung yang memerlukan pembedahan koronari, kardiologi dan kes pediatrik. Semua pesakit jantung yang serius dari seluruh negara dirujuk ke IJN bagi mendapat rawatan lanjut dan jika perlu, pembedahan koronari akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah diagnostik, terapeutik, pembedahan jantung untuk jantung terbuka, jantung tertutup, toracic, pemindahan dan lain-lain.

 

PERKHHIDMATAN & KEMUDAHAN DI IJN

Barikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia di IJN iaitu:

 

NO TELEFON PERKHIDMATAN IJN

Berikut adalah merupakan talian perkhdimatan di IJN iaitu:

  • Pusat Serangan Jantung 24 Jam: 1300885111 (dalam Lembah Klang)
  • Talian Umum: +603 2617 8200
  • Temujanji: +603 2617 8844
  • Perkhidmatan Pesakit: +603 2600 6355 / +603 2617 8627
  • Kaunter Temujanji (Pesakit Luar): +603 2600 6341 /6342 /6343 /6344 /6345
  • Pejabat Kemasukan (Pesakit Dalam) +603 2600 6323 / 6324 / 6325 / 6326
  • Pengebilan Pesakit Luar: +603 2617 8424
  • Pengebilan Pesakit Dalam: +603 2617 8418
  • e-mel: [email protected]

 

KOS RAWATAN JANTUNG DI IJN

Berikut adalah merupakan kos rawatan IJN mengikut prosedur rawatan iaitu:

 

JENIS MAKANAN/HERBA RAWATAN KESIHATAN JANTUNG

Anda juga boleh mengamalkan pemakanan atau herba untuk kesihatan jantung anda seperti:

  • Herba Taxus baccata L.
  • Bijirin seperti oat, gandum penuh dan gandum kuda.
  • Kekacang seperti kacang kuda, badam, hazelnut dan pistasio.
  • Minyak seperti minyak zaitun dan minyak walnut.
  • Herba dan perasa seperti lemon, daun ketumbar, parsli, biji pelaga, daun selasih dan taim.
  • Air rendaman za’faran, lavender, chamomile dan pudina.

 

KOS RAWATAN IJN PENJAWAT AWAM

Kemudahan rawatan perubatan bagi penyakit jantung disediakan percuma di Institut
Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) dengan syarat pesakit diperiksa dan dirujuk oleh
Pakar Perubatan mana-mana hospital Kerajaan yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Kelayakan IJN Penjawat Awam

  • Anggota Perkhidmatan Awam, Suami/ Isteri;
  • Pesara yang menerima Pencen, Suami/ Isteri;
  • Anak-anak anggota/ pesara :-
    • di bawah 18 tahun jika ditanggung sepenuhnya
    • di bawah 21 tahun jika masih belajar
    • tiada had umur bagi anak yang daif
  •  2.4 Ibu bapa yang sah kepada anggota yang memilih SSB dan masih berkhidmat

Cara Permohonan Rawatan Percuma IJN Penjawat Awam

  • Pesakit perlu mendaftar di hospital Kerajaan
  • Pesakit perlu diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan mana-mana hospital Kerajaan
  • Pesakit yang datang terus ke IJNSB tanpa rujukan Pakar Perubatan hospital Kerajaan
    atau dirujuk terus oleh pengamal klinik/ hospital swasta tidak akan diberi rawatan
    percuma walaupun mengemukakan surat pengesahan ketua jabatan, melainkan dalam
    keadaan kecemasan di mana tuntutan balik perbelanjaan yang dikenakan boleh dipohon
    untuk pertimbangan Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad IJN Penjawat Awam

  • Caj wad di IJN ditanggung oleh Kerajaan.
  • Pesakit hanya akan dikenakan bayaran wad mengikut kadar kelayakan sepertimana yang ditetapkan di hospital Kerajaan.
  • Kelayakan dan kadar bayaran wad adalah seperti berikut :-
    • Kelas 1 bilik satu katil: RM10
    • Kelas 1 bilik dua katil: RM8
    • Kelas 2 bilik dua katil: RM6
    • Kelas 2 bilik lima katil: RM3
  • Bagi kes ibu menemani anak di wad, akan dikenakan setengah daripada caj wad yang
    berkenaan di samping caj wad bagi anak berkenaan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kos rawatan di ijn, anda boleh melayari portal rasmi Institut Jantung Negara

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment