BERAPA KOS BAYARAN PEGUAM KES JENAYAH DADAH & LAIN-LAIN(Senarai Peguam Terbaik)

BERAPA KOS BAYARAN PEGUAM KES JENAYAH DADAH & LAIN-LAIN(Senarai Peguam Terbaik)

KOS BAYARAN PEGUAM JENAYAH

Kepada anda yang memerlukan khidmat bantuan guaman atau law firm yang menyediakan wakil peguam jenayah, dadah atau lain-lain kes, sudah semestinya ingin survey khidmat guaman terbaik. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai khidmat peguam jenayah yang terbaik dan juga kadar kos bayaran peguam bagi kes jenayah, semoga membantu.

 

APA ITU PEGUAM

Peguam atau pengacara ialah orang yang mengamalkan undang-undang, sebagai peguam bela, peguam undang-undang, bar undang-undang, kanonis, peguam kanon, notari undang-undang sivil, peguam, kaunselor, peguam cara, eksekutif undang-undang, atau penjawat awam yang mempersiapkan, menafsirkan dan menerapkan undang-undang, tetapi tidak sebagai setiausaha eksekutif paralegal atau piagam.

Bekerja sebagai peguam melibatkan penerapan praktikal teori dan pengetahuan undang-undang abstrak untuk menyelesaikan masalah individu tertentu, atau untuk memajukan kepentingan mereka yang mengupah peguam untuk melakukan perkhidmatan undang-undang. Peranan peguam sangat berbeza di antara bidang kuasa undang-undang yang berbeza

 

SUMBER UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA

Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah:

  • Kanun Keseksaan (Penal Code) : memperuntukan mengenai jenis-jenis kesalahan dan hukuman-hukuman jenayah
  • Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) : berkenaan cara tangkapan dibuat atau dengan kata lain prosedur pengurusan kes.

 

JENIS BAYARAN PEGUAM KES JENAYAH

Untuk makluman anda, bayaran yang perlu dibuat kepada sesebuah firma guaman ataupun kepada seseorang peguam yang mengendalikan kes anda terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Yuran GuamanYuran Guaman ataupun “legal fees” adalah bayaran ataupun upah kepada peguam untuk menjalankan tindakan bagi pihak anak guam.

Ianya termasuklah upah untuk membuka fail, meneliti dokumen, memberikan nasihat undang-undang dan apa sahaja tindakan peguam yang memerlukan kepakaran dan kefahaman peguam berkenaan dengan undang-undang.

Yuran Penyelenggaraan/Belanja HangusYuran Penyelenggaraan ataupun belanja hangus adalah bayaran yang dikenakan keatas anak guam, selalunya, bagi menampung kos-kos pemfailan di Mahkamah termasuklah kos-kos yang perlu dikeluarkan oleh peguam samada kepada Mahkamah atau pihak ketiga (Jabatan Insolvensi atau Jabatan Pendaftaran Negara sebagai contoh) bagi maksud menguruskan kes-kes bagi pihak anak guam.

Yuran Penyelenggaraan adalah “out of pocket expenses” ataupun belanja hangus yang selalunya didahulukan oleh peguam bagi pihak anak guam mereka dan akan dibilkan kemudian.

Cukai PerkhidmatanCukai perkhidmatan yang dikenakan oleh Kerajaan. Cukai Perkhidmatan ini selalunya akan dikira berdasarkan jumlah Yuran Guaman yang dikenakan.

 

JUMLAH KOS BAYARAN PEGUAM KES JENAYAH

Untuk makluman anda, jumlah kos keseluran bagi peguam adalah fleksibal bergantung kepada kes anda dan juga tempoh penyelesaian kes. Walaubagaimanapun, anda boleh merujuk kadar harga asas yang telah ditentukan oleh Jabatan Bantuan Guaman Malaysia melalui pautan di bawah;

 

SENARAI PEGUAM TERBAIK DI MALAYSIA

Anda boleh dapatkan pencarian peguam bagi setiap negeri yang berdekatan dengan kawasan anda untuk memudahkan urusan anda di mahkamah.  Melalui pautan di bawah:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment