HARGA KOS SARINGAN MAMMOGRAM (Hospital Kerajaan KPJ Swasta)

HARGA KOS SARINGAN MAMMOGRAM (Hospital Kerajaan KPJ Swasta)

KOS UJIAN MAMMOGRAM

Kepada para wanita yang ingin membuat ujian kanser payu dara, disyorkan untuk membuat ujian Mammogram. Ini kerana Mammogram merupakan cara terbaik mengesan kanser payu dara sebelum ia dapat dikesan dengan ujian klinikal ataupun ujian sendiri.  Disini kami akan kongsikan kepada anda kos membuat ujian Mammogram, semoga membantu.

 

APA ITU MAMMOGRAM

Mammogram adalah ujian x-ray payudara yang perlu dijalani oleh wanita bagi mengenalpasti perubahan pada tisu payu dara. Imej payudara akan dihasilkan pada filem. Melalui ujian Mammogram, cadangan ujian seterusnya akan diberikan sekiranya imej Mammogram tersebut mencurigakan.

 

SIAPA YANG PERLU MENJALANI UJIAN MAMMOGRAM?

  • Wanita berumur 50 hingga 74 tahun perlu menjalani ujian ini sekali dalam 2 tahun.
  • Wanita yang berisiko tinggi seperti mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payu dara atau pernah menghidapi kanser payu dara.

Nota: Jika doktor anda mengesan ketumbuhan pada payu dara, anda perlu menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala.

 

FUNGSI UJIAN MAMMOGRAM

Fungsi Mammogram adalah untuk tujuan berikut:

  • Mammogram boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman.
  • Mammogram juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara
  • Mammogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan ujian fizikal, Mammogram telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak menunjukkan sebarang gejala kanser payudara.

 

PROSEDUR UJIAN MAMMOGRAM

Berikut adalah merupakan antara prosedur melakukan ujian ini:

  • Anda akan menanggalkan pakaian daripada paras pinggang ke atas. Ini adalah untuk membolehkan ujian kepada bahagian payudara anda.
  • Prosedur ini kebiasaannya akan diambil dari 2 sudut bagi setiap satu payudara. Kedua arah imbasan yang akan dilakukan ialah dari bahagian atas dan sisi. Seterusnya anda akan diposisikan oleh juru x-ray pada kedudukan yang sesuai serta selesa untuk menjalani imbasan tersebut.
  • Kemudiannya bahagian payudara akan ditekan untuk memperolehi kemampatan dan untuk meratakan tisu payudara. Ini adalah untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti sebarang tisu tidak normal dengan tahap pancaran radiasi yang rendah.
  • Sewaktu melaksanakan prosedur ini, juru x-ray akan melakukannya dengan cermat serta berhati-hati. Mereka akan berusaha untuk memastikan anda tidak mengalami rasa sakit dan tidak selesa sewaktu menjalani proses saringan mamogram ini.

 

HARGA KOS UJIAN MAMMOGRAM HOSPITAL SWASTA

Berikut adalah merupakan anggaran kos bagki hospital swasta:

  • Terhad maksimum RM150.00 seorang setelah mengambilkira kenaikan harga pasaran semasa
  • Peserta yang perlu kepada pemeriksaan susulan melalui ultrasound atas nasihat doktor yang membuat saringan mammogram tersebut, kos pemeriksaan ultrasound turut diperuntukkan dengan had maksima berjumlah RM100.00 kepada peserta mammogram ini.

Nota:. Walaubagaimanapun, kadar harga ini mungkin berbeza menngikut keadaaan semasa dan hospital yang anda kunjungi. Untuk mendapatkan harga semasa anda boleh merujuk pada webiste Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara 

 

HARGA KOS UJIAN MAMMOGRAM HOSPITAL KERAJAAN

Harga ujian Mammogram yang dikenakan di klinik kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: CAJ RAWATAN

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KOS RAWATAN KESUBURAN LPPKN (Senarai Lokasi Klinik Temujanji)

1 thought on “HARGA KOS SARINGAN MAMMOGRAM (Hospital Kerajaan KPJ Swasta)”

Leave a Comment