HARGA PEMERIKSAAN X-RAY TERKINI (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA PEMERIKSAAN X-RAY TERKINI (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA PEMERIKSAAN X-RAY

Sekiranya anda dikehendaki untuk membuat pemeriksaan x-ray, sudah semestinya anda ingin  menegtahui harga pemeriksaan x-ray terkini. Disini kami akan kongsikan kadar harga terkini, semoga membantu.

 

APA ITU RADIOGRAFI AM (X-RAY BIASA)

Radiografi am atau x-ray biasa adalah yang paling asas dalam pengimejan perubatan. Ia adalah satu prosedur yang cepat dan tidak menyakitkan untuk menghasilkan imej-imej daripada struktur di dalam badan anda dan sangat membantu untuk menunjukkan tulang dan sendi.

 

BAHAGIAN PEMERIKSAAN X-RAY BIASA

Pemeriksaan X-ray biasa boleh digunakan untuk memeriksa kebanyakan bahagian badan seperti:

  • Spina (tulang belakang) –contoh: Spina servikal, spina lumbar
  • Anggota atas dan bawah – contoh: sendi lutut, sendi pergelangan tangan dan lengan
  • Tengkorak dan tulang muka – contoh: rangka kepala, sinus, dagu dan gusi
  • Toraks – contoh:Dada, klavikel, tulang rusuk
  • Abdomen dan pinggul – contoh: sendi pinggul, abdomen

 

PROSUDER PEMERIKSAAN X-RAY

Berikut adalah merupakan prosuder pemeriksaan:

  • Sebelum
    • Anda perlu serahkan borang permohonan x-ray di kaunter pendaftaran Jabatan Pengimejan Diagnostik yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan X-ray.
    • X-ray biasa boleh dilakukan pada bila-bila masa waktu bekerja kecuali x-ray buah pinggang, ureter dan pundi kencing (KUB). Anda boleh makan dan minum seperti biasa sebelum dan selepas peperiksaan.
    • KUB dijalankan dengan temujanji kerana memerlukan persediaan usus sebelum pemeriksaan.
    • Juru X-ray akan memanggil dan memeriksa identiti anda sebelum membawa anda masuk ke dalam bilik pemeriksaan.
    • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda hamil atau mungkin hamil.
    • Anda mungkin akan diminta untuk menukar kepada pakaian hospital. Barang kemas dan jam tangan mungkin perlu ditanggalkan jika ianya dipakai di bahagian yang hendak diperiksa.
  • Semasa
    • Juru X-ray akan menerangkan kepada anda prosedur pemeriksaan.
    • Beliau akan memposisikan bahagian badan anda untuk x-ray. Anda mungkin perlu duduk, berdiri atau berbaring bergantung kepada bahagian yang di x-ray. Anda mungkin tidak selesa di beberapa posisi tetapi beg pasir dan alat cegah gerak akan digunakan untuk mengekalkan setiap posisi.
    • Anda mungkin akan diminta supaya tidak bergerak dan menahan nafas ketika dedahan x-ray dilakukan kerana sebarang pergerakkan akan menyebabkan kekaburan imej. Kerjasama anda dapat membantu mengelakkan pemeriksaan ulangan.
    • Pelindung plumbum akan diberikan kepada anda selagi ianya tidak menggangu bahagian yang di x-ray.
    • Juru X-ray mungkin perlu melakukan lebih dari satu dedahan x-ray dari sudut yang berlainan untuk mendapatkan projeksi yang diperlukan untuk diagnosa.
  • Selepas
    • Juru X-ray akan meneliti imej yang dihasilkan. Jika mencukupi anda boleh menukar semula pakaian dan dibenarkan pulang. Sila pastikan anda tidak meninggalkan barang-barang anda di jabatan.
    • Tiada kesan sampingan apabila menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan anda boleh menjalankan aktiviti harian anda.

 

HARGA PEMERIKSAAN X-RAY KLINIK SWASTA

Harga x-ray klinik swasta mungkin akan berbeza bergantung pada lokasi kawasan dan juga klinik yang anda kunjungi. Walaubagaimana pun, berikut adalah merupakan anggaran harga bagi pemeriksaan x-ray:

  • Bermula dari RM60.00

 

HARGA PEMERIKSAAN X-RAY KLINIK KERAJAAN

Harga pemeriksaan x-ray yang dikenakan di klinik kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: CAJ RAWATAN 

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA TIKET WAYANG MBO TGV GSC CINEMA (Check Online Dewasa & Kanak-Kanak)

1 thought on “HARGA PEMERIKSAAN X-RAY TERKINI (Klinik Kerajaan & Swasta)”

Leave a Comment