HARGA WASIAT ASAS & KOMPREHENSIF AMANAH RAYA BHD (AmanahRaya)

HARGA WASIAT ASAS & KOMPREHENSIF AMANAH RAYA BHD (AmanahRaya)

HARGA WASIAT

AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka turut berperanan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dapat diutamakan khususnya melalui Perancangan Pewarisan. Masyarakat sedar mengenai kepentingan melaksanakan Wasiat dan Amanah di peringkat awal. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga bagi wasiat asas dan komprehensif di Amanah Raya, semoga membantu.

 

APA ITU WASIAT

Surat wasiat ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan esetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh mengasaskan amanah wasiat yang hanya menjadi laku selepas kematian pewasiat.

 

KELEBIHAN WASIAT DI AMANAH RAYA

AmanahRaya adalah syarikat milik penuh Kerajaan dan mempunyai pengalaman dan kepakaran selama lebih 90 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dalam hal penulisan, penyimpanan wasiat dan pelaksanaan wasiat.

 

LOKASI AMANAH RAYA

Pada masa kini AmanahRaya mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia. Sila rujuk lokasi di bawah untuk maklumat cawangan yang berhampiran.

 

CARA BUAT WASIAT DI AMANAHRAYA(HARGA WASIAT)

Kepada anda yang ingin membuat wasiat di Amanah Raya, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun Borang Wasiat Amanah Raya
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang tersebut
  3. Serahkan borang tersebut beserta bayaran perkhidmatan yang dikenakan di cawangan Amanah raya yang berhampiran dengan anda.

 

JENIS HARTA YANG BOLEH WASIATKAN

Semua jenis harta yang dimiliki oleh individu boleh diwasiatkan samada harta alih atau harta tidak alih.

  • Harta alih adalah seperti akaun bank, saham, kenderaan, emas, insuran, saham perniagaan dan lain-lain.
  • Harta tidak alih seperti tanah, rumah dan bangunan.

 

KADAR HARGA WASIAT AMANAH RAYA

Berikut adalah merupakan kadar harga yang telah ditetapkan mengikut jenis wasiat iaitu:

  • Wasiat Asas adalah sebanyak RM500
  • Wasiat Komprehensif adalah sebanyak RM1,200

Nota:  Fi termasuk penulisan dan penyimpanan wasiat tanpa mengambil kira jumlah aset di dalam wasiat.

 

TEMPOH PROMOSI WASIAT AMANAH RAYA(HARGA WASIAT)

Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) menawarkan promosi sempena Kempen Merdeka Wasiat dengan tawaran bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2022 iaitu:

  • Wasiat Asas pada harga serendah RM350
  • Wasiat Komprehensif pada RM950

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai wasiat Amanah Raya, anda boleh merujuk website rasmi Amanah Raya atau kunjungi cawangan yang berhampiran.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KABINET DAPUR (Jenis Jenama & Cara Kira Per Kaki)

 

1 thought on “HARGA WASIAT ASAS & KOMPREHENSIF AMANAH RAYA BHD (AmanahRaya)”

Leave a Comment