HARGA VAKSIN KUCING ANJING DI MALAYSIA (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA VAKSIN KUCING ANJING DI MALAYSIA (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA VAKSIN KUCING ANJING

 

Sekiranya anda memelihara binatang seperti kucing dan anjing, sebaiknya anda memberikan suntikan vaksin kepada binatang peliharaan tresebut. Ini kerana tidak kira sama ada binatang peliharaan anda tinggal di dalam atau luar rumah, mereka tetap terdedah kepada pelbagai risiko penyakit  kucing yang boleh membawa maut.

Disini kami akan kongsikan kadar harga vaksin bagi kucing dan anjing bagi klinik swasta dan kerajaan, semoga membantu.

 

APA ITU VAKSIN KUCING & ANJING

Vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan. Ia akan disuntik ke dalam badan binatang peliharaan ini bagi membantu badan dapat melawan serangan penyakit di masa akan datang. Sekiranya ianya terdedah kepada penyakit ini di masa akan datang, sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai antibodi badan yang mampu melawan jangkitan penyakit ini.

 

KELEBIHAN VAKSIN KUCING & ANJING

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda memberikan binatang peliharaan ini suntikan vaksin:

  • Menaikkan tahap imuniti badan kucing & anjing
  • Melindungi anda daripada kos rawatan yang tinggi sekiranya dijangkiti
  • Memberi perlindungan kepada pemilik kucing & anjing
  • Umur kucing & anjing vaksin

 

JENIS VAKSIN KUCING & ANJING

Berikut adalah merupakan antara jenis vaksin yang akan disuntik kepada binatang peliharaan tersebut:

VAKSIN KUCINGVAKSIN ANJING
Vaksin Feline Panleucopaenia (FPL)

Mencegah virus parvo

Vaksin DP (Distemper dan Parvovirus)

vaksin untuk anak anjing yang dapat membantu mencegah penyakit Distemper dan Parvovirus.

Vaksin Feline Calicivirus (FCV)

Mencegah penyakit yang mencegah saluran pernafasan kucing

Vaksin PiBr

Vaksin PiBr ini membantu meningkatkan daya tahan terhadap penyakit yang biasa menginfeksi saluran pernapasan seperti bordetella ataupun parainfluenza.

Vaksin Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)

Merupakan penyakit kucing yang sangat mudah berjangkit melalui air liur atau discaj daripada mata atau hidung

Vaksin DHLPI

Vaksin jenis ini mencakup perlindungan terhadap penyakit distemper, hepatitis, leptospirosis, dan parvovirus

Vaksin Rabies

Ia boleh tersebar dengan gigitan oleh kucing yang dijangkiti virus ini atau luka terbuka yang terkena air liur kucing yang dijangkiti virus ini

Vaksin DHLPII+R

Vaksin DHLPII+R memberikan pencegahan dari penyakit hepatitis, leptospirosis, dan rabies.

 

Vaksin Rabies

Rabies merupakan penyakit yang cukup sering kita dengar pada anjing, dikarenakan menyerang sistem saraf pusat maka gejala yang perlu PetLovers perhatikan yakni: menyebabkan sakit kepala, halusinasi, kecemasan, air liur berlebihan, takut akan air, hingga kematian.

.

SYARAT VAKSIN KUCING & ANJING

Terdapat beberapa syarat yang dikenakan bagi mengelakkan sebarang masalah dan komplikasi iaitu:

KUCINGANJING
Perlu berumur dua bulan ke atas

Sihat dan tidak demam sewaktu mengambil suntikan

Mempunyai berat badan yang mencukupi

Kesan sampingan vaksin kucing

Sihat fizikal, nampak meriah dan tidak stress.

Suhu badan normal ialah 38-39.3 darjah Celsius.

Tiada gangguan makan atau minum.

Tidak mengalami masalah kencing (kencing).

Tiada cirit birit.

Bukan dalam tempoh pemulihan selepas sakit atau pembedahan.

Vaksin yang sesuai dengan umur.

 

KESAN VAKSIN KEPADA KUCING & ANJING

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh binatang peliharaan tersebut setelah menerima vaksin:

  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Bengkak pada tempat suntikan
  • Demam

NOTA: Sekiranya tanda atau simptom ini semakin teruk, hubungi pihak veterinar anda bagi mendapatkan rawatan lanjut.

KADAR HARGA VAKSIN KUCING & ANJING KLINIK SWASTA

Harga vaksin kucing bagi klinik swasta bergantung kepada harga semasa.  Secara puratanya, bagi perkhidmatan klinik swasta anda mungkin akan dikenakan caj seperti berikut:

  • Sebanyak RM 40 – RM 80 bagi proses vaksinasi ini.

 

KADAR HARGA VAKSIN KUCING & ANJING KLINIK KERAJAAN

Harga vaksin bagi klinik kerajaan (veterinar) adalah sebanyak RM30. Anda boleh merujuk laman website rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dapatkan maklumat lanjut

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA TIKET WATER THEME PARK (Legoland Sunway Lagoon Lost World Of Tambun)

 

2 thoughts on “HARGA VAKSIN KUCING ANJING DI MALAYSIA (Klinik Kerajaan & Swasta)”

Leave a Comment