SENARAI HARGA UPAH WIRING RUMAH TERKINI 2022 (Cara Kira & Tips)

SENARAI HARGA UPAH WIRING RUMAH TERKINI 2022 (Cara Kira & Tips)

HARGA UPAH WIRING

Kepada anda yang baru siap membina rumah atau ingin membuat wiring baru di rumah anda, semestinya ingin mengetahui senarai harga upah wiring terkini. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar upah mengikut pasaran semasa, semoga membantu.

 

APA ITU WIRING

Wiring atau Pendawaian Elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.

 

SPESIFIKASI BEKALAN ELEKTRIK

Menurut Piawaian MS IEC 60364, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).

 

JENIS WIRING RUMAH

Berikut adalah merupakan antara jenis wiring yang sering digunakan:

  1. Wiring Tersembunyi
    • Selalunya dilakukan semasa pembinaan rumah dan sesalur kabel elektrik dibuat siap-siap pada dinding.
    • Cara wiring tersembunyi ini lebih kemas, kerana wayar dan kabel tertanam di dalam dinding.
  2. Wiring Terdedah
    • Wiring terdedah digunakan selepas dah ada struktur pembinaan seperti dinding atau kerangka bumbung.
    • Untuk cara terdedah, wiring akan ditutup menggunakan casing pvc atau paip pvc bergantung kepada kesesuaian dan lokasi wayar.

 

KELENGKAPAN WIRING RUMAH

Pastikan rumah anda mempunyai kotak fius (DB) yang mempunyai tiga bentuk perlindungan, iaitu:

Suis Utama
  • Melindungi bekalan elektrik jika ada arus berlebihan
Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) Atau,
Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCOB)
  • Putuskan litar, jika berlaku kebocoran elektrik ke bumi
  • Untuk lindungi pengguna dan peralatan elektrik
Pemutus Litar (MCB)
  • Putuskan bekalan elektrik, jika arus lebih kapasiti MCB
  • Ia disambung pada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu serta kipas
  • kapasiti MCB yang selalu digunakan, iaitu:
    • 6A: Pendawaian Lampu atau Kipas
    • 20A: Pendawaian Soket Plug
    • 32A: Pendawaian Soket Plug

 

KADAR HARGA UPAH WIRING TERKINI

Berikut adalah merupakan kadar harga upah mengikut pasaran semasa:

  1. Harga Upah Pasang Lampu dan Kipas
    • Pasang Lampu Downlight – RM25.00
    • Pasang Lampu Hias – RM50.00
    • Pasang Kipas 3 Bilah Biasa – RM45.00
    • Pasang Kipas Hiasan – RM60.00
  2. Harga Upah Wiring Terdedah Dinding atau Lantai Rumah
    • Harga Pendawaian Lampu – RM80.00
    • Harga Pendawaian Kipas – RM80.00
    • Harga Pendawaian Soket Plug – RM100.00
    • Harga Pendawaian Aircond & Water Heater – RM170.00
  3. Harga Upah Wiring Sembunyi Dinding atau Lantai Rumah
    • Pendawaian Lampu – RM100.00
    • Pendawaian Kipas – RM100.00
    • Pendawaian Soket Plug – RM120.00
    • Pendawaian Aircond & Water Heater – RM190.00

Nota: Harga yang dinyatakan mungkin akan berubah mengikut harga pasaran. Pastikan anda berhubunga dengan tukang mengenai tawaran harga sebelum kerja dimulakan. Kemungkinan akan terdapat kos upah tambahan disebabkan faktor berikut:

  • Kesukarang di dalam kerja kerja pemasangan dan pendawaian.
  • Penggunaan cable yang terlalu panjang dari point ke fius/MCB.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KIPAS DINDING (Exhaust Fan Industrial Wall)

1 thought on “SENARAI HARGA UPAH WIRING RUMAH TERKINI 2022 (Cara Kira & Tips)”

Leave a Comment