HARGA UJIAN JANTUNG ECG DI KLINIK SWASTA (Check Pakej Heart Screening)

HARGA UJIAN JANTUNG ECG DI KLINIK SWASTA (Check Pakej Heart Screening)

HARGA UJIAN JANTUNG ECG

Kepada anda yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan jantung, semestinya ingin mengetahui akdar harga ujian jantung ECG bagi klinik swasta. Disini kami akan kongsi, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN JANTUNG ECG

ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram (atau elektrokardiogram). Ia merupakan satu prosedur bukan invasif (tidak berbahaya atau menyakitkan) untuk mengukur aktiviti elektrik jantung. Melalui penggunaan mesin ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh dipreskripsikan mengikut keperluan.

 

JENIS UJIAN JANTUNG ECG

Berikut adalah merupakan antara jenis ECG yang kebiasaan akan digunakan dalam perubatan:

  1. Ujian stres
    • Ada penyakit jantung yang hanya menunjukkan simptom semasa anda sedang bersenam. Dalam hal ini.
    • Penggunaan mesin dengan kelengkapan ECG untuk mengesan degupan jantung tidak normal semasa bersenam boleh mengesahkan diagnosis.
    • Lazimnya, kelengkapan ini menggunakan basikal tidak bergerak atau larian di atas treadmil.
  2. Mesin pemantau Holter
    • Turut dikenali sebagai mesin pemantau berjalan, pemantau Holter berupaya untuk merekodkan aktiviti jantung anda selama 24 hingga 48 jam mengikut keperluan.
    • Ia boleh digunakan semasa anda sedang menjalani aktiviti harian. Elektrod yang terpasang pada dada boleh merekodkan maklumat pada mesin pemantau kecil yang boleh dibawa di dalam poket.
  3. Mesin perakam peristiwa
    • Mesin perakam peristiwa akan digunakan sekiranya terdapat simptom hanya berlaku sekali-sekala.
    • Ia menggunakan konsep yang sama dengan mesin pemantau Holter namun ia hanya akan terpasang secara automatik atau ditekan secara manual semasa simptom sedang berlaku.
    • Maklumat terkumpul boleh dihantar kepada doktor melalui talian komunikasi.

 

PROSUDER UJIAN JANTUNG ECG

Berikut adalah merupakan prosuder melaksanakan ujian ECG ini:

  • Jika anda diuji dengan alatan ini secara elektif (atas pilihan), setelah anda menukar pakaian hospital, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda.
  • Bagi mereka yang mempunyai bulu dada, sebahagian daripadanya akan dicukur untuk memudahkan elektrod melekat pada kulit.
  • Setiap elektrod mempunyai saiz sebesar duit syiling (besar sedikit daripada duit 50 sen) dan ia dihubungkan dengan wayar yang bersambung pada mesin EKG.
  • Anda akan diarahkan untuk baring di atas katil sementara degupan jantung tidak normal atau normal direkodkan oleh mesin ECG.
  • Maklumat tersebut akan dicetak pada kertas khas ECG. Tahap ketepatan graf bergantung kepada beberapa faktor.
  • Anda dinasihatkan untuk bernafas secara normal dan tidak bergerak atau bercakap. Setelah ujian tamat, kesemua elektrod akan dicabut. Lazimnya, ia tidak mengambil begitu banyak masa (hanya sekitar 10 minit).

 

MASALAH JANTUNG YANG DAPAT DIPERIKSA MELALUI UJIAN ECG

Sekiranya melaksanakan ujian ECG ini dapat mengesan masalah berkaitan dengan:

  • Degupan jantung terlalu laju, terlalu perlahan atau tidak normal.
  • Anda mengalami serangan jantung.
  • Anda mempunyai masalah jantung tidak normal seperti jantung besar, kurang aliran darah atau kecacatan kongenital.
  • Anda mempunyai masalah berkait dengan injap jantung.
  • Anda mengalami penyakit arteri koronari.

 

HARGA UJIAN JANTUNG ECG KLINIK SWASTA

Harga Ujian ECG x-ray klinik swasta mungkin akan berbeza bergantung pada lokasi kawasan dan juga klinik yang anda kunjungi. Walaubagaimana pun, berikut adalah merupakan anggaran harga bagi pemeriksaan x-ray:

  • Harga pakej pemriksaan ujian ECG brmula dari RM50.00 hingga RM300.00

 

HARGA UJIAN JANTUNG ECG KLINIK KERAJAAN

Harga pemeriksaan ujian ECG x-ray yang dikenakan di klinik kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: CAJ RAWATAN

 

ARTIKEL LAIN

HARGA PEMERIKSAAN X-RAY TERKINI (Klinik Kerajaan & Swasta)

2 thoughts on “HARGA UJIAN JANTUNG ECG DI KLINIK SWASTA (Check Pakej Heart Screening)”

Leave a Comment