HARGA TONG GAS 10 12 14 KG (Baru & Kosong)

HARGA TONG GAS 10 12 14 KG (Baru & Kosong)

HARGA TONG GAS

Kepada anda yang ingin mencari tong gas atau menukar tong yang kosong, semestinya akan servey dahulu harga pasaran semasa. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga gas terkini bagi 10kg, 12kg dan 14kg, semoga membantu.

 

HARGA PASARAN GAS TERKINI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP berkata harga LPG atau gas memasak ditetapkan secara bulanan berdasarkan Harga Kontrak Saudi Aramco.

Harga runcit LPG/gas memasak adalah RM1.90 sekilogram (kg). Harga runcit LPG ini ditetapkan kerajaan dan diwartakan melalui Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatuan 2019

 

SENARAI KADAR HARGA TUKAR GAS

Berikut adalah merupakan kadar harga pasaran semasa sekiranya anda menukar tong kosong mengikut berat iaitu:

BERAT TONG GASHARGA PASARANHARGA HANTAR KE RUMAH
10 KgRM19.00Maksimum sehingga RM27
12 KgRM22.80Maksimum sehingga RM31
14 KgRM26.60Maksimum sehingga RM35

NOTA: Harga yang disenaraikan boleh berbeza-beza bergantung pada kawasan tetapi senarai itu boleh menjadi rujukan sebelum anda membeli.

  • Dengan panduan harga ini, pembeli kena ambil perhatian di mana harga jualan bagi tong 12kg adalah RM22.80 dengan syarat pengguna ambil sendiri di kedai. Sekiranya perlu dihantar ke rumah pengguna, ianya akan ditambah dengan caj pengangkutan.
  • Jika dihantar ke rumah pembeli dan ada caj pengangkutan atau penghantaran, penjual perlu menyatakan dengan jelas harga jualan runcit LPG dan caj penghantaran sama ada di premis perniagaan atau dalam resit jualan. Tanpa penjelasan, tindakan boleh diambil.

 

HARGA TONG GAS BARU (Kosong/Berisi)

Sekiranya anda ingin membeli tong yang baharu, berikut adalah merupakan kadar harga mengikut pasaran semasa:

BERAT TONG GASHARGA TONG GAS KOSONGHARGA TONG GAS BERISI
3 KgRM50 + RM19.00
12 KgRM75 + RM22.80
14 KgRM90 + RM26.60

NOTA: Harga yang disenaraikan boleh berbeza-beza bergantung pada kawasan tetapi senarai itu boleh menjadi rujukan sebelum anda membeli.

 

CARA BUAT ADUAN HARGA TONG GAS TERLALU MAHAL

Sebarang aduan boleh dibuat melalui telefon Call Center 1-800- 886-800 atau melalui Sistem eAduan yang boleh dicapai dari pautan ini (e-aduan.kpdnhep.gov.my). Selain dari itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA (Negeri Selangor KL Johor Melaka Sabah)

 

Leave a Comment