HARGA TIKET ZOO TERUNTUM KUANTAN (Dewasa & Kanak-Kanak)

HARGA TIKET ZOO TERUNTUM KUANTAN (Dewasa & Kanak-Kanak)

HARGA TIKET ZOO TERUNTUM

 

Kepada ibu bapa yang ingin membawa anak-anak melihat haiwan prasejarah iaitu dinasaur, anda boleh kunjungi mini Zoo Teruntum. Tetapi untuk memasukinya semestinya membeli tiket terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kadar harga tiket zoo Teruntum Kuantan mengikut katagori, semoga membantu.

 

APA ITU MINI ZOO TERUNTUM

Mini Zoo Taman Teruntum telah lama ditubuhkan dan menjadi salah satu tempat menarik di Pahang dan sering dikunjungi pengunjung terutamanya warga Kuantan, Pahang. Walaupun mini zoo ini tidaklah sebesar zoo-zoo yang lain, tetapi ia mampu memberi keseronokan dan kepuasan kepada anak-anak untuk mengenal haiwan disamping mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Bagi menarik kunjungan orang ramai, Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia bahkan didakwa turut menjadi yang pertama di dunia. Konsep yang menarik telah diterapkan yang mana menggabungkan haiwan hidup dengan haiwan animatronik prasejarah khususnya dinosaur yang pasti menarik minat para pengunjung terutamanya kanak-kanak.

Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30% daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan.

 

LOKASI MINI ZOO TERUNTUM

Terletak di Kuantan, Mini Zoo Taman Teruntum bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.

  • Alamat : Mini Zoo Taman Teruntum, Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia

 

WAKTU OPERASI MINI ZOO TERUNTUM

Waktu opereas adalah seperti berikut:

  • 9 am – 6 pm (Setiap Hari)

 

TARIKAN MENARIK MINI ZOO TERUNTUM

Antara tarikan menarik yang terdapat di zoo ini adalah:

  • Terdapat haiwan hidup di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti Seladang, Ular, Arnab, Buaya, Kuda Padi, Burung Enggang, Rusa, Burung Unta, Burung Merak dan banyak lagi. Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk menunggang kuda padi dan memberi makan kepada haiwan-haiwan disini.
  • Di bahagian Dinosaur Encounter pula ia dimulakan dengan aktiviti tayangan tiga dimensi dinosaur, disusuli dengan cabaran permainan dinosaur dan pembelajaran mengenai haiwan prasejarah itu. Para pengunjung pasti merasa teruja apabila menelusuri dunia dinosaur yang seakan-akan hidup dan berpeluang untuk sesi fotografi sepuasnya bersama puluhan ‘makhluk’ prasejarah itu . Buat masa sekarang, sebanyak 32 dinosaur animatronik ditempatkan di Mini Zoo Taman Teruntum ini.

 

KADAR HARGA TIKET MINI ZOO TERUNTUM

Berikut adalah merupakan kadar harga tiket terkini:

KATAGORIHARGA TIKET
Warganegara Malaysia
DewasaRM25
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)RM22
OKURM22
Warga Emas (60 tahun dan keatas)RM22
Warganegara Asing
DewasaRM50
Kanak-KanakRM45

 

CARA BELI TIKET MINI ZOO TERUNTUM

  • Anda boleh membeli secara walk-in di kaunter Mini Zoo Teruntum.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA TIKET WATER THEME PARK (Legoland Sunway Lagoon Lost World Of Tambun)

1 thought on “HARGA TIKET ZOO TERUNTUM KUANTAN (Dewasa & Kanak-Kanak)”

Leave a Comment