HARGA TIKET TAMAN AIR SPLASHMANIA (Waktu Operasi)

HARGA TIKET TAMAN AIR SPLASHMANIA (Waktu Operasi)

HARGA TIKET SPLASHMANIA

Sebut sahaja Taman Tema Air, di dalam kepala masing-masing pasti automatik akan terfikir beberapa taman tema yang popular. Bagi penduduk di kawasan Lembah Klang, kini terdapat satu taman tema air baharu yang bakal dibuka oleh Gamuda Land iaitu SplashMania Waterpark. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga tiket dan juga promosi terkini, semoga membantu.

 

APA ITU TAMAN AIR SPLASHMANIA

Gamuda Land memperkenalkan SplashMania Waterpark bersama maskot rasminya kepada media, pihak berkuasa dan rakan kongsi utama baru-baru ini. Taman tema air seluas 18 ekar di perbandaran Gamuda Cove disasarkan untuk dibuka kepada orang ramai pada bulan Januari 2023.

SplashMania Waterpark menampilkan 24 gelongsor air yang mengujakan dan 15 tarikan utama, dengan beberapa pengalaman gelongsor air yang pertama seumpamanya di Malaysia – termasuk gelongsor air Realiti Maya.

 

AKTIVITI MENARIK DI TAMAN AIR SPLASHMANIA

Berikut adalah merupakan antara aktiviti menarik yang terdapat pada taman air ini iaitu:

  • Nature Meets Fun
    • Dengan mengambil kira persekitaran semula jadi taman air dan kawasan tanah lembap di sekitarnya, kami memastikan bahawa kami mendedikasikan 70% taman air ini bagi kawasan hijau.
  • Shaka Waka
    • Gelongsor Air Multimedia & Audio Di Malaysia Sepanjang 78 Meter yang dilengkapi pelbagai kesan cahaya LED yang diberi nama ‘Shaka Waka’.
    • Pengunjung juga akan turut disediakan dengan Atlantis VR iaitu pengalaman dengan penutup kepala VR yang dapat memberikan bayangan seolah-olah anda berada di dunia yang sama sekali berbeza semasa mereka memulakan perjalanan maya 250 meter melalui Lost City of Atlantis.
  • Maskot SplashMania Waterpark
    • Terdapat empat karakter maskot di taman tema air berkenaan yang dikenali sebagai Max, Swaggy B, Omba’ king, dan Zoomi.
  • Aplikasi GL Play
    • Diperkenalkan Untuk Memudahkan Pelanggan Membeli Tiket, Menavigasi Peta dan Membeli Makanan Tanpa Perlu Beratur
  • Gamuda Cove: Smart City
    • Tarikan semula jadi seperti Paya Indah Discovery Wetlands, pengembaraan luar seperti Goosebumps Rope Course dan Cove Aerobar di Discovery Park.

 

LOKASI TAMAN AIR SPLASHMANIA

Lokasi Gamuda Cove adalah begitu strategik iaitu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Ia sekaligus menjadikan tempat ini sebagai lokasi yang mudah untuk diakses oleh para pelancong tempatan, mahupun luar negara. Gamuda Cove juga terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands yang subur dan Hutan Simpan Kuala Langat.

 

WAKTU OPERASI TAMAN AIR SPLASHMANIA

Splashmania bakal dibuka di perbandaran Gamuda Cove pada minggu kedua bulan Januari 2023.. Waktu operasi akan dikemaskini sewaktu pembukaan taman air ini yang dijangkan pada Januari 2023

 

HARGA TIKET TAMAN AIR SPLASHMANIA

Harga tiket akan dikemaskini sewaktu pembukaan taman air ini yang dijangkan pada Januari 2023

 

PROMOSI TAMAN AIR SPLASHMANIA

Untuk melihat promosi semasa, anda boleh melayari facebook rasmi SplashMania

 

ARTIKEL LAIN

HARGA TIKET AQUARIA KLCC (Dewasa & Kanak-Kanak)

1 thought on “HARGA TIKET TAMAN AIR SPLASHMANIA (Waktu Operasi)”

Leave a Comment