HARGA TIKET FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2022 (Senarai Aktiviti Tarikh Waktu Operasi)
Kepaa anda pecinta dan peminat bunga, kini anda boleh mengunjungi Floria Diraja Putrajaya. Disini kami akan kongsikan kadar harga tiket dan aktiviti yang di adakan, semoga membantu.
APA ITU FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Putrajaya Floria atau Floria Diraja Putrajaya 2022 ialah festival bunga dan taman tahunan yang terkemuka di Malaysia. Ini adalah pertunjukan bunga tahunan ke-13 dan kembali semula selepas dua tahun pembatalan dibuat kepada Covid 19.
Nampaknya orkid akan menjadi bintang persembahan tahun ini bersama-sama dengan kegemaran terdahulu seperti Bonsai, Bromeliad, Bunga Raya, Heliconia, Rose, Bougainvillea, Begonia, Lily dan Chrysanthemum.
TARIKH FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Festival ini akan berlangsung lagi tahun ini selama 7 hari dari 29 Ogos – 4 September 2022
SENARAI AKTIVITI DI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang acara Royal Floria Putrajaya 2022 antaranya ialah:
- Bengkel Doodle Art
- Bengkel Gubahan Bunga
- Bengkel Mencanting Batik
- Bengkel Hiasan Cup Cake
- Bengkel Terrarium
- Bengkel Ukiran Daun
- Demo Masakan Bersama Selebriti
- Persembahan Fire Eater
- Persembahan Silap Mata
- Stilt Walker
- Face Painting
- Superhero Costume Cosplay
- Tarian Tradisional
- Persembahan serta konsert daripada artis terkenal
WAKTU OPERASI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Festival ini akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam selama 7 hari
LOKASI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Festival ini diadakan di Anjung Floria, Preient 4, putrajaya
KADAR HARGA TIKET FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Berikut adalah merupakan kadar harga tiket mengikut katagori:
KATAGORI | KETERANGAN | HARGA |
MYKAD
| TIKET 1 HARI MALAYSIAN | DEWASA | MYR15.00 |
MYKID/SC
| TIKET 1 HARI MALAYSIAN | KANAK-KANAK (7-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS) | MYR5.00 |
ISTIMEWA
| TIKET 1 HARI MALAYSIAN | OKU ATAU KANAK-KANAK (BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH) | PERCUMA |
PASSPORT
| TIKET 1 HARI BUKAN MALAYSIA | DEWASA | MYR100.00 |
PASSPORT
| TIKET 1 HARI BUKAN MALAYSIA | KANAK-KANAK (7-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS) | MYR50.00 |
TIDAK KHAS
| TIKET 1 HARI BUKAN MALAYSIA | OKU ATAU KANAK-KANAK (BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH) | MYR30.00 |
CARA BELI TIKET FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA ONLINE
Berikut adalah merupakan cara untuk membeli tiket secara online:
- Layari pautan Floria Diraja Putrajaya: https://floria.putrajaya.my/
- Masukkan bilangan orang mengikut katagori, kemudian tekan next
- Bahagian Order Detail: menunjukkan jumlah bayaran akan dikenakan
- Bahagian Personal Details: lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Bahagian Payment Methods: jenis pembayaran online yang anda inginkan
- klik Continue Payment untuk membuat pembayaran. ikuti proses pembayaran sehingga selesai
- Anda akan menerima tiket melalui email anda. Tunjukkan semasa ingin mendaftar masuk nanti
PETA LOKASI FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA
Bagi memudahkan anda untuk mengunjungi festival ini, sebaiknya anda memuat turun dahulu pelan lokasi festival ini di bawah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai festival Floria Diraja Putrajaya, anda boleh layari pautan rasmi https://floria.putrajaya.my/
ARTIKEL LAIN
HARGA TIKET FERI LANGKAWI TERKINI (Dewasa & Kanak-Kanak)