HARGA TIKET AQUARIA KLCC (Dewasa & Kanak-Kanak)

HARGA TIKET AQUARIA KLCC (Dewasa & Kanak-Kanak)

HARGA TIKET AQUARIA KLCC

Sekiranya anda ada perancangan ingin berjalan ke Aquaria KLCC, semestinya anda ingin mengetahui senarai harga tiket terkini. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga tiket Aquaria KLCC bagi dewasa dan kank-kanak, semoga membantu.

 

APA ITU AQUARIA KLCC

Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC. Meliputi kawasan 60,000 sq ft dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara.

Pengunjung bakal berpeluang untuk merasai pengalaman berjalan di terowong bawah tanah untuk melihat kehidupan di bawah laut.

 

LOKASI AQUARIA KLCC

  • Aquaria KLCC, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

 

WAKTU OPERASI AQUARIA KLCC

  • Isnin hingga Ahad, 10.00 pagi hingga 7.00 malam

 

PETA LOKASI AQUARIA KLCC

Anda boleh muat turun peta lokasi Aquaria KLCC di bawah:

 

AKTIVITI MENARIK DI AQUARIA KLCC(HARGA TIKET AQUARIA KLCC)

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang tersedia di aquaria KLCC selain daripada pameran hidupan laut iaitu:

  • Aktiviti Cage Rage
    • Pengunjung boleh merasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut seperti ikan jerung, ikan pari dan hidupan marin yang lain.
    • Aktiviti ini sesuai untuk pengunjung yang tidak mempunyai lessen menyelam tetapi ingin merasai pengalaman tersebut.
    • Pengunjung akan dipandu oleh penyelam yang professional dan mempunyai lesen dalam bidang ini.
  • Aktiviti Dive with Sharks
    • Merupakan aktiviti di mana pengunjung berpeluang menyelam bersama sekumpulan ikan jerung.
    • Aktiviti ini hanya tertakluk kepada pengunjung yang mempunyai lesen menyelam sahaja kerana risikonya yang tinggi.
    • Terdapat 5 spesis ikan jerung yang terdapat di sana.
  • Aktiviti Feeding Session
    • Aktiviti yang membolehkan pengunjung memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan laut yang lain.
    • Feeding Session ini dibuka untuk pengunjung untuk merasai pengalaman berharga ini mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan sahaja.

 

WAKTU FEEDING SESSION AQUARIA KLCC

Sekiranya anda ingin merasa aktiviti bersama hidupan laut di Aquaria KLCC, pastikan anda mengetahui waktu feeding session yang telah ditetapkan iaitu:

MASAAKTIVITI
10.45 pagiPool Touch bagi semua spesis yang terdapat di Aquaria KLCC seperti menyentuh tapak sulaiman.
11.15 Pagi dan 4.30 PetangMemberi makan kepada Otter.
12.00 Tengah hari, 3.00 Petang dan 6.30 PetangFeeding time di Aquatheatre bagi kehidupan marin.
12.15 Tengah hari dan 3.15 PetangFeeding time di Station Aquarius bagi Jellyfish dan Kuda Laut.
12.30 Tengah hari dan 3.30 PetangFeeding time di Living Ocean bagi spesis marin.
4 petangFeeding time Red Bellied Piranha di Evolution Zone.
5.45 petangFeeding time bagi The Coastal.

NOTA: Bagi hari Isnin, Rabu dan Sabtu, feeding special pada jam 11 pagi untuk belut elektrik, jam 2.30 petang untuk Arapaima dan jam 3 petang bagi Jerung Sand Tiger.

 

HARGA TIKET AQUARIA KLCC

Berikut adalah merupakan harga tiket mengikut katagori

WARGANEGARABUKAN WARGANEGARA
DewasaKanak-KanakWarga EmasDewasaKanak-KanakWarga Emas
HARI BIASARM52.00RM42.00RM42.00RM75.00RM65.00RM65.00
HARI MINGGU & CUTI AMRM55.00RM45.00RM45.00RM79.00RM69.00RM69.00

 

 CARA BELI TIKET AQUARIA KLCC ONLINE

Terkini anda boleh membuat tempahan atau membeli tiket secara online, ini dapat menjimatkan masa daripada perlu beratur panjang di kaunter tiket terutamanya pada cuti umum dan cuti hari minggu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://tickets.aquariaklcc.com/
  2. Kemudian pilih sama ada:
    • Aquaria KLCC MyKad Holders (Warganegara)
    • Aquaria KLCC General Admission (Bukan Warganegara)
  3. Pilih tarikh yang anda ingin pergi ke Aquaria KLCC tersebut
  4. Masukkan bilangan ahli yang ingin kunjungi sama ada:
    • Dewasa
    • Kanak-kanak
    • Warga emas
  5. Pilih anggara waktu yang anda ingin memasuki aquaria tersebut
  6. Setelah lengkap klik pada Book Now
  7. Kemudian lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik Confirm Booking
  8. Seterusnya ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
  9. Setelah selesai membuat bayaran, anda akan mendapat tiket elektronik secara email dari yang mana perlu ditunjuk kepada penjaga tiket di sana

 

PROMOSI TIKET AQUARIA KLCC

Anda boleh mendapatkan tiket Promosi melalui platform-platform perlancongan yang berdaftar antaranya melalui aplikasi KLOOK, Trip.com, Lazada, Shopee dan Pelago.

Rata-rata platform ini menawarkan harga promosi sehingga 30% dari harga sebenar tiket masuk ke sana

Pengunjung boleh mendapatkan harga promosi serendah RM35 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak, di mana ianya lebih murah dan berpatutan untuk merasai pengalaman melihat habitat air.

 

PANDUAN PARKING KE AQUARIA KLCC

Semestinya sekiranya anda membawa kereta sendiri dan ingin parking di KLCC , harga parkingnya adalah agak tinggi iaitu RM10 untuk setiap jam.

Bagi anda yang ingin menjimatkan kos aprking, anda boleh parking di mana-mana stesen kereta api yang terdekat seperti Stesen LRT Kampung Baru sebagai contoh dan turun di Stesen LRT KLCC.  Ia terletak 800meter dari Concourse KLCC yang mana pengunjung perlu berjalan kaki ke sana. Terdapat papan tanda menunjukkan perjalanan ke klcc aquarium, dimana ia akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke pintu utama klcc aquarium.

 

KELEBIHAN MENGUNJUNGI AQUARIA KLCC(HARGA TIKET AQUARIA KLCC)

Sekiranya anda berkunjung ke sana merupakan pengalaman yang begitu menakjubkan. Pengunjung akan dijanjikan dengan pengalaman berjalan di Lorong Underwater yang paling panjang di Malaysia iaitu sepanjang 90 meter.

Di Lorong Underwater ini, pengunjung akan merasai suasana kehidupan bawah laut di mana terdapat lebih 2,000 spesis yang dapat dilihat sepanjang lorong tersebut.  Selain itu, sepanjang di sana, pengunjung akan dipandu oleh pemandu pelancong yang berpengalaman dan berpengetahuan luas berkaitan hidupan laut dan habitat darat. Mereka akan memberi penerangan yang jelas berkenan dengan spesis yang terdapat di sana.

Pengunjung bukan sahaja dapat merasai suasana yang menarik, tetapi juga dapat mengetahui maklumat dan fakta-fakta yang menarik mengenai hidupan di Aquaria KL ini. Pengunjung juga akan dibekalkan dengan satu peta perjalanan seperti pada Rajah di bawah ini untuk memudahkan para pengunjung merasai semua aktiviti di Aquaria KL.

Selain itu, akuarium klcc merupakan satu-satunya Aquarium di Malaysia yang mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Dengan adanya peta perjalanan, pengunjung boleh merancang masa dan perjalanan supaya dapat merasai setiap sudut dan aktiviti yang terdapat di sana.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA KADAR BAYARAN YURAN PENGASUH TASKA 2022

1 thought on “HARGA TIKET AQUARIA KLCC (Dewasa & Kanak-Kanak)”

Leave a Comment