HARGA SEWA KIOSK MALL (Aeon Mydin Econsave Tapak Niaga)

HARGA SEWA KIOSK MALL (Aeon Mydin Econsave Tapak Niaga)

HARGA SEWA KIOSK MALL

Kepada anda yang mempunyai perancangan untuk menyewa kiosk bagi melaksanakan perniagaan anda, semestinya anda ingin mengetahui kadar harga sewa Kiosk di Mall atau tapak niaga. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU KIOSK

Kiosk merujuk kepada gerai kecil, sementara, berdiri sendiri yang sering digunakan di kawasan trafik yang tinggi untuk tujuan pemasaran.  Kiosk boleh dikendalikan oleh manusia atau elektronik. Kiosk merupakan alternatif kos rendah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda.

 

JENIS KIOSK

Kiosk boleh terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

  • Kiosk Runcit (Mainan, produk kecantikan, kesihatan dan lain-lain)
  • Kiosk Makanan
  • Kiosk Penjagaan Makanan
  • Produk Perkhidmatan – Kad kredit atau Insurans.

 

PANDUAN SEBELUM MEMBUKA KIOSK

Untuk rujukan anda sebelum membuka kiosk, pastikan anda mempunyai perancangan seperti panduan berikut:

  1. Modal
    • Masalah yang sering dihadapi bagi mereka yang mahu berniaga adalah modal. Jangan sangka modal besar itu adalah bagus, itu semua belum pasti lagi.
  2. Lokasi
    • Lokasi perniagaan anda akan menentukan kejayaannya . Oleh itu, anda mungkin ingin menyelidik lokasi yang sesuai seperti di dalam shopping mall, medan selera, di pusat rekreasi, kawasan pejabat , hospital, kilang atau kampus adalah lokasi perniagaan yang strategik.
  3. Kehendak pasaran
    • Amat penting bagi anda untuk membuat kajian kehendak pasaran tentang produk yang hendak dijual terlebih dahulu untuk mengetahui market demand
  4. Konsep
    • Setelah dah tahu bisnes dan produk apa yang mahu dijual, tentukan konsep kiosk anda sebelum anda melancarkannya.
  5. Lesen perniagaan
    • Untuk membuka kiosk, mahupun apa apa jenis perniagaan sekalipun, lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap peniaga yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia.

 

SYARAT SEWA KIOSK

Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan. Oleh itu perniagaan restoran, kedai makanan, cafe, kiosk dan sewaktu dengannya adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjamin kesihatan pengguna yang membeli produk yang dijual di premis tersebut.

 

HARGA SEWA KIOSK MALL

Kadar harga bagi sewa kiosk di Mall adalah fleksibel kerana ianya bergantung kepada pengusaha premis dan lokasi pasaran setempat. Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan anggaran kadar sewaan kiosk iaitu:

  • Harga Sewa kiosk: Bermula RM500 sehinggan RM3,500
  • Deposit: 2+1 (2 bulan deposit + sewa bulan pertama)

 

HARGA SEWA KIOSK TAPAK NIAGA

Kadar harga bagi sewa kiosk di Mall adalah fleksibel kerana ianya bergantung kepada pengusaha premis dan lokasi pasaran setempat serta begantung kepada Majlis di setiap Daerah dan Negeri. Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan anggaran kadar sewaan kiosk iaitu:

  • Harga Sewa kiosk: Bermula RM100 sehingga RM500

 

CARA UNTUK SEWA KIOSK MALL

Kepada anda yang ingin menyewa kiosk, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Pergi ke Office di Mall tersebut untuk berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab berkenaan sewa kiosk
  2. Anda boleh berunding dengan pegawai tersebut berkenaan harga sewa serta syarat-syarat berkaitan.
  3. Setelah bersetuju, anda boleh menyewa kiosk tersebut

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment