HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA (Negeri Selangor KL Johor Melaka Sabah)

HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA (Negeri Selangor KL Johor Melaka Sabah)

HARGA SERVIS AIRCOND

Adakah rumah anda menggunakan aircond? Untuk pengetahuan anda, sudah semestinya setelah sampai waktu anda dikehendaki untuk servis aircond anda tersebut. Disini kami akan kongsikan kadar harga servis aircond mengikut pasaran terkini di seluruh Malaysia, semoga membantu.

 

KENAPA  PERLU SERVIS AIRCOND

Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit air condition membiak kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud bahawa kita sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar yang berpotensi membawa kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan kita, terutama kepada kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan. Tambahan pula, apabila air cond mengeluarkan haba, air yang dihasilkan adalah sebagai bahan buangan.

Kelembapan yang dikumpul dalam gegelung kipas unit air condition semasa proses penyejukan menggalakkan pembentukan kulat, mikrob, dan sebagainya, dimana ianya mengeluarkan bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Air dalam gegelung kipas akan mengewap dan disalur keluar melalui paip saliran. Jika terdapat kotoran yang tersekat dalam paip tersebut, air akan terperangkap dan melimpah sehingga menyebabkan aircond bocor.

 

HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai harga bagi servis penyaman udara mengikut jenis perkhidmatan:

JENIS SERVISKETERANGANHARGA SERVIS
1.0 HP1.5HP2.0HP2.5HP3.0HP
Normal Service

 

Mencuci bahagian pemeluwap/condenser (outdoor unit) menggunakan pencuci kimiaMenambah serta melaras tekanan gas.Mencuci/membersih penapis udara.Pemeriksaan pada unit dalam.Pemeriksaan pada arus larian pemampat (compressor)RM100RM100RM150RM180RM200
Chemical Service

 

Mencuci bahagian pemeluwap/condenser (outdoor unit) menggunakan pencuci kimia.Mencuci/membersih bahagian penyejat/evaporator dan kipas/blower fan (indoor unit) menggunakan pencuci kimia.Mencuci Air filterMenambah / melaras tekanan gasRM150RM150RM250RM280RM300
Mengisi gas (refill gas)

 

Mengisi gas bermaksud tangki gas yang kosong disebabkan ada gas bocor (leaking) yang perlu diisi pada tahap yang ditetapkan.Rm100

hingga

Rm 180

Rm120

hingga

Rm 180

Rm150

hingga

Rm200

Rm180

hingga

Rm250

Rm200

hingga

Rm280

Menambah gas (Top Up) – 10psi

 

Menambah gas bermaksud mengisi / melaraskan kembali tekanan gas yang kurang kepada paras yang ditetapkan.Penting bagi memastikan kompressor tahan lama dan penjimatan tenaga elektrik.Rm30

hingga

Rm50

Rm30

hingga

Rm50

Rm30

hingga

Rm50

Rm30

hingga

Rm50

Rm30

hingga

Rm50

NOTA: Harga yang dinyatakan adalah merupakan harga anggaran asas bagi setiap negeri. Walaubagaimanapun harga sebenar tertakluk kepada perkhidmatan servis aircond yang anda gunakan dan bergantung pada harga pasaran semasa kawasan anda.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA APPLE IPHONE 14 PRO & 14 PRO MAX DI MALAYSIA

 

3 thoughts on “HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA (Negeri Selangor KL Johor Melaka Sabah)”

Leave a Comment