HARGA POKOK HIASAN DI MALAYSIA (Hias Rumah Bagi Naik Seri)

HARGA POKOK HIASAN DI MALAYSIA (Hias Rumah Bagi Naik Seri)

HARGA POKOK HIASAN

Pada masa kini, tanaman pokok hiasan amat menggalakan kerana ianya akan menyejukkan pandangan, sama ada di luar atau di dalam rumah.  Dengan adanya pokok hiasan ini akan menaik seri kawasan rumah anda. Disini kami kongsikan kepada anda harga pokok hiasan mengikut jenis yang popular di Malaysia, semoga membantu.

 

MANFAAT POKOK HIASAN

Pokok hiasan ini bukan sahaja menyerikan kawasan rumah anda, tetapi ia boleh beri banyak manfaat lain seperti:

  • Mengurangkan kemurungan
  • Membantu peredaran udara dalam rumah
  • Membantu memori dan kesihatan mental
  • Mengurangkan kesan cuaca panas

 

PANDUAN TANAM POKOK HIASAN

Untuk pastikan halaman rumah sentiasa ceria dan bersih, anda boleh cuba merujuk panduan ini:

  • Tanam pokok haisan yang berwarna-warni untuk menarik perhatian serangga untuk galakkan pollination.
  • Pastikan lokasi sesuai untuk tanaman anda. Ada pokok-pokok atau sayur-sayuran yang boleh ditanam bersama-sama atau berhampiran.
  • Pastikan rumput tidak bertumbuh liar, potong rumput apabila panjang atau jika tak suka, letak rumput artificial.
  • Gunakan pasu yang menarik. Boleh guna gelas kaca, seramik, terracotta, tin, plastik, atau boleh eco-friendly dan jimat sikit guna semula cawan plastik minuman. Pastikan pasu yang diguna sesuai untuk tanaman dan mempunyai lubang untuk aliran air.
  • Bahagikan landskap laman anda supaya kelihatan seimbang dan cantik.

 

TIPS JAGA POKOK HIASAN

Berikut adalah merupakan tips untuk menjaga pokok hiasan anda:

  • Pastikan aliran air pokok terjaga
  • Tukar pasu bila perlu
  • Siram air dengan secukup rasa
  • Kemaskan daun dan tanah

 

HARGA POKOK HIASAN (Yang Popular Di Malaysia)

Berikut adalah merupakan pokok hiasan yang popular dan digemari oleh orang ramai antaranya:

JENIS POKOK HIASAN

MAKLUMAT

HARGA

Snake Plant (Lidah Jin)

Tak perlu banyak cahaya.

Boleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama.

Menyedut karbon dioksida dan melepaskan oxigen pada waktu malam. Sesuai untuk bilik tidur!

Sesuai juga untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah.

AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai ‘Saponin’, yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja (Pusat Racun Negara).

RM15.00

Spider Plant

 

Sesuai dalam suhu dingin dan suhu bilik, suka tanah kering dan cahaya matahari.

Boleh ditanam secara tergantung.

Ketika daun panjang dan kelihatan serabut, potong dan kemaskan sekali-sekala.

RM4.90

Peace Lily

 

Boleh hidup dalam keadaan redup, tahan suhu rendah dan kawasan kering.

Pokok kecil yang berbunga, sesuai diletak atas meja atau rak buku!

Apabila daun mula layu, itu tandanya masa untuk siram pokok.

RM10.00

Fiddle Leaf Fig

 

Pokok dengan daun yang besar dan lebat, batang pokok boleh tumbuh dengan tinggi.

Sesuai mengisi ruang rumah supaya nampak ‘penuh’.

Sesuai juga untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah.

Memerlukan cahaya yang secukupnya.

Daun pokok boleh dilap kalau berhabuk.

Siram apabila tanah mula kering lebih kurang 1 inci dari permukaan.

RM12.00

Aloe Vera (Lidah Buaya)

 

Senang dijaga, letak dekat cahaya matahari dan kerap siram.

Boleh diletak dalam bilik air atau dapur.

Potong daun untuk mengekstrak gel aloe vera untuk menolong kulit sembuh dan melegakan kulit yang sunburn.

RM10.00

Golden Pothos

 

Daun yang berwarna-warni dan senang dijaga.

Sesuai diletak secara tergantung di tempat tumpuan dalam rumah (ruang tamu, dapur).

RM12.00

Lucky Bamboo

 

Memerlukan cahaya matahari yang sederhana atau indirect sunlight.

Penuhi pasu dengan air bersih sampai akarnya sahaja, dan tukar air setiap 7-10 hari.

Sesuai diletak dalam office atau di meja kopi ruang tamu.

 

RM15.00

Pothos

 

Senang ditanam, pastikan pokok ada sekurang-kurangnya 3 noda and 2 daun.

Memerlukan indirect sunlight dan air yang bersih (tukar setiap minggu).

RM8.00

Wandering Jew

 

Memerlukan cahaya matahari yang cerah sehingga sederhana.

Letak dalam gelas kaca berisi air dan pastikan noda yang paling bawah ditenggelam air.

RM5.00

Bunga Kertas (Bougainvillea)

 

Daun yang lebat tetapi bunga yang berbagai warna!

Batang pokok keras, berduri, dan bercabang.

Memerlukan cahaya matahari yang cerah.

Elakkan persekitaran yang lembap.

 

RM15.00

Bunga Siantan (Ixora)

 

Gugusan bunga kecil antara 2-9cm.

Boleh tumbuh sampai saiz sederhana, sesuai sebagai tanaman pagaran atau untuk memisah sempadan.

Pelbagai warna berbeza.

RM10.00

Bunga Raya (Hibiscus)

 

Biasanya berwarna merah, merah jambu, pic, atau jingga.

Boleh tumbuh agak tinggi (2-3m) dan amat tahan lasak.

RM12.00

Lily

 

Keharuman unik dan kelopak besar.

Perlu kerap sirap air dan letak di tempat yang menerima indirect sunlight.

RM15.00

Bunga Allamanda Kuning

 

Senang tumbuh dengan air dan cahaya matahari yang mencukupi.

AWAS: Getah pokok bunga ni yang berwarna putih beracun, jadi tolong pakai gloves bila tangkas!

RM10.00

 

NOTA: Kadar harga mungkin berubah mengikut saiz ketinggian dan kesuburan pokok dan juga kedai bunga hiasan yang anda kunjungi

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KABINET DAPUR (Jenis Jenama & Cara Kira Per Kaki)

Leave a Comment