HARGA PAGAR RUMAH IKUT CORAK & DESIGN (Mild Steel Wrought Iron Stainless)

HARGA PAGAR RUMAH IKUT CORAK & DESIGN (Mild Steel Wrought Iron Stainless)

HARGA PAGAR RUMAH

Kepada anda yang ingin membeli pagar rumah, semestinya ingin mengetahui kadar harga mengikut jenis pagar moden. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga pagar rumah terkini mengikut jenis dan harga terkini berdasarkan pasaran Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU PAGAR RUMAH MODEN

Pagar rumah moden adalah antara jenis pagar rumah yang paling popular sekarang. Terdahulu pagar rumah hanya berfungsi sebagai penghadang kawasan rumah, kini telah melalui evolusi moden yang menjadikan beberapa jenis pagar rumah moden yang sesuai dengan rumah anda.

 

JENIS BAHAN PAGAR RUMAH

Berikut adalah beberapa jenis bahan yang digunakan untuk buat pagar rumah yang perlu anda ketahui, iaitu:

  • Keluli Tahan Karat/Stainless Steel
  • Besi Biasa/ Mild Steel
  • Logam Tempa/ Wrought Iron

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENGIKUT JENIS BAHAN PAGAR RUMAH

Berikut adalah merupakan kelebihan dan kekurangan jenis bahan yang digunakan iaitu:

CIRI-CIRIKELULI TAHAN KARAT

(STAINLESS STEEL)

BESI BIASA

(MILD STEEL)

LOGAM TEMPA

(WROUGHT IRON)

KekuatanTinggiSederhanaSederhana-rendah
Ketahanan

 

Tahan lama dan tak mudah rosakPerlukan serbuk salutan atau cat untuk elakkan karatPerlukan serbuk salutan atau cat untuk elakkan karat
Kos PenyelenggaraanRendahPerlu cat dalam masa 2-3 tahunPerlu cat dalam masa 2-3 tahun
BeratPaling beratSederhanaSederhana
Reka Bentuk

 

Warna perak Sahaja

 

Reka bentuk terhad dan boleh dicat dengan pelbagai warna

 

Reka bentuk pelbagai dan boleh dicat dengan pelbagai warna

 

JENIS PAGAR RUMAH

Berikut adalah merupakan antara jenis pagar rumah yang moden terkini iaitu:

JENIS PAGARKELEBIHANGAMBAR
Pagar rumah simpleReka bentuk pagar yang indah biasanya menggunakan reka bentuk yang simpel tanpa banyak menggunakan motif, tetapi cantik dan kemas.
Pagar rumah modenPagar rumah moden berbentuk square dan tinggi mengikut ketinggian tembok rumah anda, dan boleh menggunakan warna pagar rumah terkini
Pagar rumah minimalisDesain pagar rumah yang sering digunakan adalah dalam bentuk bar atau jalur menegak. Dengan suanasa kayu di pagar, ia boleh menjadikan rumah kelihatan lebih semula jadi dan menarik

 

FAKTOR PEMILIHAN PAGAR RUMAH

Untuk pemilihan jenis grill yang sesuai bagi rumah anda adalah berdasarkan faktor berikut:

  • Jenis Bahan yang digunakan
  • Reka Bentuk Pagar
  • Akses Kecemasan
  • Warna & Kekemasan
  • Harga Pagar Rumah

 

SENARAI HARGA PAGAR RUMAH

Berikut adalah merupakan senarai harga pagar rumah mengikut jenis bahan yang digunakan berdasarkan harga pasaran semasa iaitu:

JENIS BAHANHARGA
Mild SteelRM7 ke EM18 sekaki
Wrought IronRM20 ke RM40 sekaki
Stainless SteelRM30 ke RM60 sekaki

Nota: Harga yang dinyatakan mungkin akan berubah mengikut harga pasaran dan juga bergantung reka bentuk yang di inginkan. Pastikan anda berhubunga dengan tukang mengenai harga sebelum pembelian dilakukan.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI HARGA UPAH WIRING RUMAH TERKINI 2022 (Cara Kira & Tips)

1 thought on “HARGA PAGAR RUMAH IKUT CORAK & DESIGN (Mild Steel Wrought Iron Stainless)”

Leave a Comment