HARGA MI SEGERA GARDENIA (NuMee Instant Noodles)

HARGA MI SEGERA GARDENIA (NuMee Instant Noodles)

HARGA NUMEE

Terkini Gardenia Bakeries (KL) menggembirakan rakyat Malaysia dengan usaha terbaharunya dalam bidang mi segera. Produk makanan tersebut telah memperoleh pensijilan halal JAKIM untuk tiga mi segera di bawah jenama NuMee. Disini kami akan kongsikan kadar harganya, semoga membantu.

 

APA ITU MI SEGERA GARDENIA

NuMee ialah mi kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia. Berikutan kejayaan pelancaran NuMee, Gardenia telah mengembangkan jenama NuMee menjadi mi segera, yang digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia sebagai snek mampu milik atau sebagai hidangan. Menurut Persatuan Mi Segera Sedunia (WINA), Malaysia merupakan pasaran mi segera ke-14 terbesar di dunia.

 

PERASA MI SEGERA GARDENIA

Pada masa kini, terdapat 3 perasa Mi segera Gardenia NuMee iaitu:

  • Mi goreng segera
  • Mi segera kari
  • Mi segera ayam.

 

HARGA MI SEGERA NUMEE GARDENIA

Harga sebungkus besar mi segera berkenaan berharga RM4.80 dan harga pengenalan (promosi) berharga RM3.99.

 

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN MI SEGERA GARDENIA?

Menurut orang ramai, stor paling senang untuk dapatkan mi segera NuMee Gardenia ini adalah di kedai 7Eleven yang berdekatan, Supermarket, Shopee dan Lazada.

 

ANTARA REVIEW TENTANG MI SEGERA GARDENIA (Harga )

  • Salah seorang berkongsi tentang Mi Segera baru keluaran NuMee Gardenia Perisa Ayam. Sedap dan mi tak kembang. Siapa yang nak try produk muslim kita boleh dapatkan di supermarket. Kot ada yang nak tukar selera selain Jenama Saji, Faiza, Masye mee, Iman, Agromas dan lain-lain
  • Selain itu, terdapat netizen yang juga memberi percubaan terhadap mi segera keluaran Gardenia NuMee perisa mi goreng. Dia juga turut memaparkan gambar mi goreng yang dimasaknya bersama telur mata sebelum ini.

 

NUMEE GARDENIA MEE KUNING( Harga )

NuMee Gardenia adalah mee kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia.

Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning ini. Penyelidikan intensif selama lebih 2 tahun adalah petanda komitmen Gardenia untuk memberikan yang terbaik untuk para ibu dan penggemar mee kuning di seluruh tanahair.

NuMee Gardenia lebih baik kerana:

  • NuMee Gardenia telah melalui proses pempasteuran bagi menghapuskan bakteria/pathogen menjadikan ianya bersih, selamat dan sedia dimasak. Dengan proses ini, NuMee tidak perlu di simpan di peti sejuk dan boleh bertahan di suhu bilik.
  • Semua bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi – tepung gandum, garam, minyak sayuran dan air alkali (gred makanan) bagi memastikan kualiti terbaik dan rasa enak kepada semua.
  • NuMee Gardenia tiada pewarna tambahan – Warna kuning yang terhasil terbit dari reaksi tindakbalas tepung berserta air garam dan air alkali (gred makanan).
  • Kurang Berminyak.
  • Kualiti bungkusan yang lebih baik – NuMee Gardenia dibungkus dengan bahan yang lebih baik bagi mencegah kebocoran dan pencemaran.

Harga Numee Gardenia Mi Kuning:

  • NuMee 450g: RM1.90
  • NuMee Keluarga 900g: RM2.80
  • NuMee Keluarga 380g: RM1.30

 

MAKLUMAT LANJUT HARGA NUMEE

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk mi keluaran Gaedenia, dila layari website rasmi Gardenia Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN

HARGA AIR PURIFIER DI MALAYSIA (Rumah & Pejabat)

Leave a Comment