HARGA INSURANS CERMIN KERETA (Cara Beli & Buat Tuntutan)

HARGA INSURANS CERMIN KERETA (Cara Beli & Buat Tuntutan)

HARGA INSURANS CERMIN KERETA

Kejadian yang tidak diingini seperti cermin kereta retak atau pecah memang tak boleh dijangkakan. Masa anda tengah elok memandu, boleh jadi tiba-tiba cermin terkena lontaran batu sehingga retak.

Untuk membuat tuntutan claim insurans cermin kereta ini, anda seharusnya sudah tambah insurans cermin kereta. Semasa membuat pembaharuan insurans kenderaan anda. Bagaimana cara untuk membuat tuntutan insurans? Disini kami kongsikan caranya dan juga harga insurans cermin kereta, semoga membantu.

 

PUNCA CERMIN PECAH/RETAK

Berikut adalah antara yang menyebabkan cermin kenderaan anda pecah/retak:

  1. Cermin kereta pecah kena percikan batu atau sebagai
  2. Cermin kereta retak sendiri

 

KENAPA PERLU AMBIL INSURANS CERMIN KERETA

Sekiranya cermin kereta pecah, insurans tak serta merta membayar ganti cermin baru. Insuran cermin kereta ialah perlindungan tambahan untuk melindungi semua bagian cermin pada kereta anda termasuk cermin belakang, hadapan, dan cermin pintu. Pampasan yang diberikan meliputi kos pembaikan dan gantian cermin retak.

Insurans cermin kereta sangat penting untuk anda apabila kereta terdedah kepada risiko kerosakan cermin. Misalnya anda selalu lalu jalan berhampiran kawasan pembinaan, lombong, atau kawasan dengan batu-batu kecil yang mungkin terpercik ke kenderaan anda.

 

TIPS PENTING MENGAMBIL INSURANS CERMIN KERETA

Pastikan anda memahami perkara penting yang berkaitan insurans cermin kereta ini:

  • Over-insurance dan under-insurance
    • Over insurans bermakna insuran anda telah terlebih.
    • Under insurans iaitu meletakkan jumlah bayaran di bawah harga insurans yang seharusnya anda bayar.
  • Masa Tamat Perlindungan
    • Polisi tambahan akan tamat sekiranya tuntutan penuh dibuat, tidak seperti polisi insurans kereta yang tamat setelah satu tahun.

 

CARA BELI INSURANS CERMIN KERETA

Untuk membuat tuntutan cermin pecah/retak, anda seharusnya mempunyai tambahan insurans cermin semasa memperbaharui insuran kenderaan anda. Berikut adalah caranya:

  1. Bawa kereta ke cawangan insurans yang anda langgan.
  2. Pihak insurans akan melihat sendiri kondisi atau keadaan keseluruhan cermin kereta yang hendak di tambah insurans cermin kereta (wajib bawa kereta tersebut)
  3. Penambahan akan dibuat selepas branch insurans berpuas hati dengan keadaan kereta (cermin lengkap tidak retak atau pecah)
  4. Pembayaran dibuat.
  5. Anda akan diberi surat daftar tambah insuran cermin kereta.
  6. Selesai

 

HARGA INSURANS CERMIN KERETA

Berikut adalah merupakan anggaran purata harga insurans cermin kenderaan bergantung pada jenis kenderaan dan insurans anda:

  • Perodua Myvi
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM95 sahaja
  • Proton Wira:
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  • Toyota vios
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM159 sahaja
  • Perodua Kancil
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM79 sahaja.
  • Proton Waja
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  • Proton Iswara
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  • Perodua Kelisa
    • Bayarab pada insurans adalah bermula sebanyak rm79 sahaja.
  • Honda civic fd
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM238 sahaja
  • Perodua Axia
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM79 sahaja.
  • Perodua Bezza
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM111 sahaja.
  • Honda City
    • Bayaran pada insurans adalah bermula sebanyak RM159 sahaja.

 

HARGA BAYARAN TAMBAHAN INSURANS CERMIN KERETA

Harga insuran tambahan untuk perlindungan cermin kereta kebiasaannya tidak terlalu mahal.

  • Bayaran dikenakan sebesar 15% dari harga cermin kereta anda ditambah kos kerja.
  • Contohnya, bayaran yang harus dibayar ialah RM300 apabila kos gantian cermin RM 2,000.

 

DOKUMEN UNTUK TUNTUTAN INSURANS CERMIN KERETA

Sediakan dokumen ini untuk anda claim insurans cermin kereta. Dokumen ini adalah untuk keperluan kedai buat cermin kereta yang anda ingin baiki tersebut seperti:

  • Kad pengenalan pemilik (salinan pun boleh)
  • Salinan geran kereta
  • Salinan polisi insurans yang masih valid.
  • Laporan polis berkaitan kejadian cermin kenderaan anda pecah (sekiranya diminta oleh pihak agen)

 

CARA BUAT TUNTUTAN INSURANS CERMIN KERETA

Sekiranya anda telah sediakan dokumen seperti di atas, Caranya adalah seperti berikut:

  1. Aanda hanya perlu membawa kenderaan anda ke kedai cermin kereta yang berdaftar sebagai contohnya panel cermin takaful malaysia, etiqa atau sebagainya yang berkaitan dengan polisi insurans anda langgan. Elakkan menghantar ke bengkel bukan panel karena boleh menyebabkan kesukaran membuat tuntutan.
  2. Ambil gambar cermin kereta sebelum dan selepas dibaiki, kemudian bayar dahulu kos baik pulih menggunakan wang anda. Selepas itu, baru buat tuntutan dengan mengisi borang tuntutan dan ikuti prosedur pembayaran balik.
  3. Selanjutnya, maklumkan kepada pihak bengkel yang anda akan membuat tuntutan dari syarikat insuran anda. Lazimnya pihak bengkel akan menguruskan dokumen yang diperlukan dan terus menghubungi insurans anda.
  4. Cermin kereta akan diperbaiki tanpa perlu membayar kos pembaikan terlebih dahulu.
  5. Bawa cover note kemudian cek pada cover note anda, berapa yang insurans cermin kereta boleh cover. Apabila insuran boleh cover RM600, tetapi anda kena bayar RM700, maknanya anda hanya perlu tambah RM100 sahaja.

NOTA: Perlu anda ingat, bahwa nama yang tertera sahaja yang boleh buat tuntutan cermin kereta berkenaan.

 

KELEBIHAN TAMBAH INSURANS CERMIN KERETA

Anda hanya melindungi cermin kereta tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menggantikan yang baru. Malah, NCD (No Claim Discount) anda tidak akan diganggu atau tidak akan reset kepada 0% selepas claim insurans cermin dibuat.

ARTIKEL LAIN

HARGA SERVIS AIRCOND RUMAH DI MALAYSIA (Negeri Selangor KL Johor Melaka Sabah)

2 thoughts on “HARGA INSURANS CERMIN KERETA (Cara Beli & Buat Tuntutan)”

Leave a Comment