HARGA INSURANS KERETA 3RD PARTY PALING MURAH DI MALAYSIA

HARGA INSURANS KERETA 3RD PARTY PALING MURAH DI MALAYSIA

HARGA INSURANS 3RD PARTY

Kepada anda yang ingin membeli insurans kereta, semestinya ingin mengetahui kadar harga terkini. Sebagai pemakluman anda, penentuan kadar harga insuran kereta ini adalah bergnatung kepada beberapa faktor. Disini kami akan kongsikan kadar harga insurans kereta 3rd Party mengikut harga pasaran di Malaysia, semoga membantu.

 

APA ITU INSURANS 3RD PARTY

Insurans 3rd party ialah insurans yang hanya memberikan perlindungan kepada pihak ketiga iaitu orang lain yang terlibat kemalangan disebabkan kenderaan anda. Contohnya, apabila kereta anda melanggar seorang pejalan kaki, mangsa boleh buat claim body insuran dan naik mahkamah. Kos guaman dan tuntutan akan dibayar oleh insurans. Kes lainnya yang mungkin berlaku iaitu apabila anda terlanggar kereta lain sehingga rosak, insurans anda yang akan cover.

Insurans ini adalah insurans paling asas yang mesti dimiliki oleh kenderaan bermotor di Malaysia dan selalunya untuk kereta berumur 15 tahun dan ke atas atau kereta berharga murah.

 

KATAGORI INSURANS KERETA(HARGA INSURANS 3RD PARTY)

Berikut adalah merupakan katagori insurans kereta iaitu:

  • Insurans 1st party (komprehensif)
  • 3rd party
  • 3rd party kecurian dan kebakaran.

 

PENENTUAN KADAR HARGA INSURANS KERETA

Berikut adalah merupakan faktor penentuan kadar harga insuran kereta anda iaitu:

  1. Jumlah Perlindungan Kereta
  2. Tahun Pembuatan Kenderaan
  3. No Claim Discount (NCD)
  4. Jenis Kereta anda
  5. CC Kereta

 

PENGIRAAN KELAYAKAN NCD

Berikut adalah merupakan kadar kelayakan No Claim Discount (NCD) setiap tahun jika tiada sebarang tuntutan dibuat:

  • 12 bulan (1 Tahun): layak menerima 25% diskaun
  • 24 bulan (2 Tahun): layak menerima 30% diskaun
  • 36 bulan (3 Tahun): layak menerima 38.33% diskaun
  • 48 bulan (4 Tahun): layak menerima 45% diskaun
  • 60 bulan (5 Tahun): layak menerima 55% diskaun (Maksimum)

 

KADAR HARGA INSURAN KERETA 3RD PARTY

Harga insurans kereta 3rd party selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan insuran kereta yang lain. Tetapi, kereta lama biasanya lebih terdedah kepada kemalangan sehingga untuk jangka panjang harganya menjadi lebih mahal.

Pihak ketiga yang dilindungi dalam insurans ini iaitu pejalan kaki, kenderaan, pemandu lain, sehingga pemilik bangunan yang mungkin terlibat kemalangan diakibatkan kereta anda. Apabila terjadi kerosakan pada kenderaan anda, insurans tak akan cover.

Meskipun murah, membeli insurans 3rd party selalunya tak mudah. Syarikat insurans selalunya susah menilai kereta lama bagi menentukan harga premium yang harus dibayar. Apabila mempertimbangkan insurans 3rd party, anda akan menanggung kos premium load.

 

CARA SEMAK HARGA INSURANS KERETA 3RD PARTY ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat semakan kadar harga insuran kereta anda secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Bjak: https://bjak.my/
  2. Klik pada Insurans Kereta dan klik Minta Quete Percuma
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan:
    • No Pendaftaran Kereta
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Penuh pemilik kereta
    • Email
    • Nombor Whassap
    • Poskod anda berada
  4. Tick pada terma dan syarat dan klik Dapatkan Sebut Harga
  5. Anda akan terima email untuk menyemakan tentang quatation harga Insurans.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA INSURANS CERMIN KERETA (Cara Beli & Buat Tuntutan)

Leave a Comment