HARGA KOS INJECTION GEL LUTUT (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA KOS INJECTION GEL LUTUT (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA INJECTION GEL LUTUT

Sekiranya anda mengalami maslaah lutut dan ingin membuat injection gel lutut (Gel HA) semestinya anda ingin mengetahui kadar harga terkini. Disini kami akan kongsikan harga kos terkini suntukan Gel HA ini, semoga membantu.

 

APA ITU SUNTIKAN GEL LUTUT (Gel HA)

Suntikan tambah gel HA (hyaluronic acid)  untuk sendi lutut osteoartritis berkesan mengurangkan sakit dan menangguhkan pembedahan tukar lutut (Total Knee Replacement) yang mengerikan. Suntikan tambah gel melindungi sendi lutut daripada terus rosak.

Dalam sesetengah keadaan, doktor menganggap suntikan HA terlebih dahulu jika anda tidak mempunyai tanda-tanda keradangan yang jelas. HA juga adalah pilihan yang lebih baik jika anda menghidap diabetes, kerana kortikosteroid dapat meningkatkan paras gula darah.

 

JENIS SUNTIKAN GEL LUTUT

Kini terdapat banyak jenama suntikan gel lutut dipasaran. Ada jenama import daripada US, Itali, Jerman dan Swiss. Semuanya mempunyai ‘unique selling point’ masing-masing. Namun tidak ada kajian yang boleh menetapkan mana yang terbaik. Berikut adalah merupakan jenis Gel HA mengikut kepekatan:

  • Gel HA yang berkepekatan rendah perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut.
  • Gel HA yang berkepekatan tinggi hanya perlu disuntik sekali sahaja untuk setiap 9-12 bulan berbanding gel HA yang lebih cair pelu diulang setiap 6-12 bulan.

 

TEMPOH KETAHANAN SUNTIKAN GEL LUTUT

  • Kebanyakan pesakit melaporkan kelegaan selama enam bulan, dan suntikan boleh diulang setiap enam bulan atau berdasarkan pertimbangan doktor. Biasanya mereka perlukan suntikan tambah gel setiap 6 bulan sekali untuk kelegaan berterusan.
  • Namun, tidak semua ulangan memberikan kesan kelegaan yang sama. Ini kerana proses pereputan osteoartritis sebenar tidaklah langsung terhenti dengan rawatan tambah gel lutut ini. Ia cuma melambatkan sahaja. Seperti ‘tambah minyak gris’ ke lutut bagi licin.
  • Lagipun kesan maksima kelegaan selepas suntik gel bukanlah serta-merta. Ia akan ambil masa lebih kurang 1-2 bulan selepas suntikan. Jika gel HA disuntik bersama steroid kesan kelegaan jadi cepat tetapi tidak sesuai digunakan lebih 2 kali dalam setahun.

 

HARGA INJECTION GEL LUTUT

Secara umumnya harga untuk suntik gel kedalam lutut bergantung kepada jenama dan kualiti gel HA yang terkandung di dalamnya. Ada gel yang cair, pertengahan pekat dan sangat pekat bergantung keperluan. Berikut adalah merupakan anggaran harga kos injection gel lutut:

  • Klinik Swasta: RM 1500 – RM 3 000
  • Klinik Kerajaan: Boleh merujuk CAJ RAWATAN 

 

KESAN SUNTIK GEL LUTUT

Rawatan suntik gel biasanya berisiko rendah, tetapi beberapa kesan sampingan mungkin berlaku. Kesan sampingan biasa termasuk:

  • Rasa sakit
  • Bengkak
  • Panas
  • Kemerahan di sekitar lutut.

Nota: Rehat dan ais selepas itu dapat membantu mencegah kesan sampingan yang biasa.

ARTIKEL LAIN

HARGA UBAT CACING KANAK-KANAK & DEWASA (Waktu Sesuai Makan)

Leave a Comment