HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA IMPLAN PERANCANG

Kepada pasangan yang ingin merancang dan mengawal kehamilan, sudah semestinya pelbagai kaedah yang akan digunakan, antaranya ialan Implan perancangan. Tetapi berapa kosnya> Disini kami akan kongsikan kadar harga bagi klinik swasta dan kerajaan, semoga membantu.

 

APA ITU IMPLAN PERANCANG

Implan adalah kaedah kontraseptif berbentuk rod kecil yang dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia merupakan kaedah hormon yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan. Pada keadaan biasa, wanita yang menggunakan implan akan kembali subur serta merta selepas alat tersebut di keluarkan. Implan juga tidak mengganggu hubungan seks

 

ADAKAH IMPLAN PERANCANG BERKESAN?

Keberkesanan implan melebihi 99% jika ia dipasang dengan betul.

 

CARA IMPLAN PERANCANG BERFUNGSI

  • Ia akan melepaskan sejenis hormon perlahan-lahan yang berfungsi untuk:
    • Mencegah pelepasan sel telur
    • Membuat lendir serviks menjadi lebih kental, sehingga menghalang sperma bersenyawa dengan sel telur.
    • Menipiskan lapisan dinding rahim, sehingga mengurangkan kemungkinan implantasi telur yang disenyawakan.
  • Sekiranya implan dipasang pada hari pertama hingga hari kelima haid anda, ia akan memberi kesan kontraseptif atau perlindungan serta merta.
  • Sekiranya dipasang pada hari lain dalam kitaran haid anda, implan mungkin tidak berfungsi serta merta, dan anda disyorkan untuk menggunakan kaedah kontraseptif tambahan seperti kondom selama 7 hari pertama.

 

CARA PEMASANGAN IMPLAN PERANCANG

  • Caranya adalah dengan menyuntik anestetik (ubat bius) pada kulit di bahagian lengan atas pada tangan yang tidak dominan. Kemudian, alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implan di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit.
  • Jika ia dimasukkan pada waktu yang sesuai mengikut kitaran kesuburan wanita, kesan kontraseptif dapat berfungsi dengan segera. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mempastikan ia dimasukkan dengan betul dan dapat berfungsi dengan baik serta mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian yang dimasukkan.
  • Pemilihan kaedah bergantung kepada keadaan individu. Ia mengambilkira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan ibu, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain.Dapatkan nasihat mengenai kaedah kontraseptif yang paling sesuai daripada doktor atau petugas kesihatan.

 

KELEBIHAN IMPLAN PERANCANG

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan kaedah ini:

  • Keberkesanan yang sangat tinggi iaitu melebihi 99%.
  • Tidak mengganggu penghasilan susu ibu
  • Boleh bertahan hingga 3 tahun bagi sekali pemasangan. Tidak perlu membuat suntikan 3 bulan sekali atau makan pil perancang setiap hari
  • Dapat kembali subur dengan cepat berbanding suntikan yang mengambil masa untuk mengembalikan hormon ke paras normal.
  • Boleh menjadi pilihan jika anda tidak dapat menggunakan alat kontraseptif yang mengandungi estrogen.
  • Implan boleh dicabut pada bila-bila masa sekiranya anda mengalami kesan sampingan. Kesuburan anda akan kembali dengan cepat.

 

KESAN SAMPINGAN IMPLAN PERANCANG

Berikut adalah merupakan kesan sampingan yang biasa dihadapi setelah menggunakan kaedah ini:

  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Haid yang terlalu sedikit / banyak
  • Kenaikan / penurunan berat badan
  • Mood swing (perubahan emosi)
  • Jerawat
  • Sakit perut / loya
  • Sakit kepala
  • Sakit Payudara

Nota:  Kebiasaannya gejala ini akan hilang dan bertambah baik selepas beberapa bulan terawal.

 

ADAKAH SEMUA SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN IMPLAN PERANCANG?

Kaedah implan ini mungkin tidak sesuai jika anda mahu kitaran haid anda teratur, mempunyai risiko osteoporosis, atau sedang/pernah mempunyai kondisi kesihatan tertentu seperti:

  • Penyakit Arteri
  • Penyakit Jantung
  • Darah beku dalam salur darah
  • Penyakit hati
  • Migrain
  • Kanser payudara
  • Diabetes dengan komplikasi

Nota: Sila berbincang dengan pegawai kesihatan anda dan penting untuk maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda mengenai sebarang penyakit atau operasi yang pernah atau sedang anda alami, atau sebarang ubat-ubatan yang sedang anda ambil.

 

KADAR HARGA IMPLAN PERANCANG KLINIK SWASTA

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga Implan Perancang bagi klinik swasta

  • Bermula dari RM600 sehinggan RM1500

Nota: Kadar harga mungkin berbeza mengikut lokasi klinik yang anda kunjungi.

 

KADAR HARGA IMPLAN PERANCANG KLINIK KERAJAAN

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga bagi klinik Kerajaan:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Implan Perancnag ini, sila layari portal rasmi MyHealth KKM.

5 thoughts on “HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)”

Leave a Comment