SENARAI HARGA GRILL RUMAH MALAYSIA TERKINI 2022 (Besi Keluli Aluminium Tuang Tempa Tahan Karat)

SENARAI HARGA GRILL RUMAH MALAYSIA TERKINI 2022 (Besi Keluli Aluminium Tuang Tempa Tahan Karat)

HARGA GRILL RUMAH

Kepada anda yang ingin membeli grill rumah, semestinya ingin mengetahui kadar harga mengikut jenis bahan yang digunakan. Disini kami akan kongsikan kadar harga grill rumah terkini mengikut jenis dan harga terkini berdasarkan pasaran Malaysia, semoga membantu.

 

PANDUAN PEMASANGAN GRILL RUMAH

Berikut adalah merupakan garis panduan pemasangan grill jeriji di rumah anda iaitu:

  • Pemasangan jeriji mestilah ada tatacara membuka tanpa kunci yang mudah dibuka dari dalam premis ketika kecemasan.
  • Mempunyai kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak membebankan.
  • Perlu merujuk dan mendapat nasihat dari pegawai jabatan.
  • Jika pemasangan dengan kunci diperlukan, tatacara pembukaannya mestilah mudah dilakukan oleh semua golongan lapisan masyarakat.

 

JENIS BAHAN GRILL RUMAH

Berikut adalah beberapa jenis design grill rumah yang perlu anda ketahui, iaitu:

  • Keluli Tahan Karat/Stainless Steel
  • Besi Biasa/ Mild Steel
  • Logam Tempa/ Wrought Iron
  • Aluminium

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENGIKUT JENIS GRILL

Berikut adalah merupakan kelebihan dan kekurangan jenis grill:

CIRI-CIRI

 

KELULI TAHAN KARAT

(STAINLESS STEEL)

 

BESI BIASA

(MILD STEEL)

 

LOGAM TEMPA

(WROUGHT IRON)

 

ALUMINIUM

 

KekuatanTinggiSederhanaSederhana-rendahRendah
Ketahanan

 

Tahan lama dan tak mudah rosakPerlukan serbuk salutan atau cat untuk elakkan karatPerlukan serbuk salutan atau cat untuk elakkan karatRendah
Kos PenyelenggaraanRendahPerlu cat dalam masa 2-3 tahunPerlu cat dalam masa 2-3 tahunRendah
BeratPaling beratSederhanaSederhanaPaling ringan
Reka Bentuk

 

Warna perak Sahaja

 

Reka bentuk terhad dan boleh dicat dengan pelbagai warna

 

Reka bentuk pelbagai dan boleh dicat dengan pelbagai warnaReka bentuk terhad dan boleh dicat dengan pelbagai warna

 

FAKTOR PEMILIHAN JENIS GRILL RUMAH

Untuk pemilihan jenis grill yang sesuai bagi rumah anda adalah berdasarkan faktor berikut:

  • Jenis Besi Grill Rumah
  • Reka Bentuk Grill
  • Akses Kecemasan
  • Warna & Kekemasan
  • Harga Grill Rumah

 

KADAR HARGA GRILL RUMAH

Kadar harag grill rumah aalah fleksibel bergantung pada sebab-sebab berikut:

  • Jenis bahan (rujuk pada jenis grill)
  • Jenis kemasan (seperti cat dan serbuk lapisan pelindung)
  • Ukuran pemasangan (Bergantung pada ukuran tingkap dan pintu sliding door)
  • Kerumitan reka bentuk
  • Kerumitan pemasangan (Mengikut jenis tingkap dan tahap pemasangan)
  • Ciri-ciri tambahan (Akses keselamatan seperti panel keluar dan sistem penguncian)

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan kadar harga perkaki bagi setiap jenis bahan grill:

Jenis BahanHarga Grill Rumah
Keluli Tahan KaratDari RM30 kaki persegi
Besi TempaDari RM21 kaki persegi
AluminiumDari RM19 kaki persegi
Baja RinganDari RM11 kaki persegi

 

ARTIKEL LAIN

HARGA PRINTER TERKINI 2022 (Mesin Pencetak)

Leave a Comment