HARGA KOS RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS (Hospital Kerajaan & Swasta)

HARGA KOS RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS (Hospital Kerajaan & Swasta)

HARGA RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS

Sekiranya anda memerulukan untuk melakukan rawatan dialisis, semestinya anda akan memnbvuat survey berkenaan harga kos rawatan dialisis. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga bagi hospital kerajaan dan swasta, smeoga membantu.

 

APA ITU RAWATAN DIALISIS

Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang. Anda mungkin memerlukan dialisis apabila mendapat kegagalan buah pinggang di peringkat akhir (end stage renal failure). Rawatan ini berkemungkinan untuk seumur hidup kecuali anda mendapat pemindahan buah pingggang.

 

JENIS RAWATAN DIALISIS

Berikut adalah merupakan jenis-jenis rawatan dialisis:

  1. Peritoneal Dialisis (PD)
    • Continous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD)
    • Continuos Cycling Peritoneal Dialisis (CCPD)
  2. Hemodialisis (HD)

 

FUNGSI RAWATAN DIALISIS

  • Haemodialysis
    • Buah pinggang tiruan (haemodialyzer) disambung dengan mesin penapis yang berfungsi membuang sisa-sisa kotoran dan cecair yang berlebihan dari badan. Prosedur ini dijalankan di unit khas (unit hemodialisis) di hospital dan memakan masa empat jam setiap sesii untuk 3 sesi seminggu . Anak anda akan memerlukan fistula supaya darah dari badan dapat mengalir ke buah pinggang tiruan. Pakar bedah akan membuat fistula ini dengan menyambungkan salur darah arteri dengan vena sehingga menjadi salur darah yang lebih besar.
  • Peritoneal dialysis
    • CAPD melibatkan empat pertukaran (exchanges) sehari di rumah, tanpa menggunakan mesin. Proses ini boleh dilakukan oleh ibubapa atau kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia sudah cukup matang. Pertukaran (exchanges) adalah satu proses di mana air dialisis yang steril dimasukkan ke dalam abdomen dan apabila dikeluarkan ia turut membawa bahan kumuh dan lebihan air dari badan.
    • CCPD dilakukan di rumah menggunakan mesin yang dipanggil cycler. Cycler boleh membuat pertukaran selama lapan hingga sepuluh jam lamanya, biasanya di waktu malam semasa anak sedang tidur.

 

HARGA KOS RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS HOSPITAL SWASTA

Berikut adalah merupakan kadar harga anggaran kos rawatan bagi swasta:

ITEMCAJ (RM)
PendaftaranBergantung Pada Klinik/Hospital
HemodialisisRM 200 – RM 320
ErythropoietinRM 18 – RM 120 (1 Suntikan)

Nota: Kadar harga mungkin akan berbeza mengikut klinik yang anda kunjungi.

 

HARGA KOS RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS HOSPITAL KERAJAAN

Berikut adalah merupakan kadar harga kos rawatan bagi kerajaan:

ITEMCAJ (RM)
PendaftaranRM 3
HemodialisisRM 10

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai caj yang dikenakan oleh klinik kerajaan anda boleh merujuk pada Caj Rawatan

 

CARA PEMULIHAN RAWATAN DIALISIS HEMODIALISIS

  • Mengawal pengambilan air minuman sepertimana yang dicadangkan oleh doktor anda.
  • Jangan beri anak anda makanan yang mengandungi fosfat yang tinggi.
  • Berikan makanan kurang garam sekiranya dinasihatkan oleh doktor anda.
  • Galakkan senaman untuk membantu menguatkan tulang dan menggalakkan badan berpeluh, tetapi ingat jangan benarkan anak anda minum terlalu banyak selepas itu.
  • Pastikan anak anda dapat menghadiri sekolah.
  • Galakkan membuat kerja-kerja sekolah, melukis, membuat kraftangan atau membaca semasa sesi hemodialisis sebagai satu cara untuk mengisi masa terluang.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KOS INJECTION GEL LUTUT (Klinik Kerajaan & Swasta)

Leave a Comment