HARGA CONFINEMENT LADY SELANGOR JOHOR KL (Melayu Cina India)

HARGA CONFINEMENT LADY SELANGOR JOHOR KL (Melayu Cina India)

HARGA CONFINEMENT LADY

Kepada anda yang memerlukan perkhidmatan penjaga pantang selepas bersalin nanti, seharusnya anda membuat servey pilihan harga Confinement Lady terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU CONFINEMENT LADY

Confinement lady ni adalah wanita yang akan bantu kita ketika berpantang selepas bersalin. Tugasan mereka bergantung kepada pakej yang anda pilih mengikut syarikat atau individu yang menentukannya.

 

KENAPA PERLU CONFINEMENT LADY

Antara peranan utamanya adalah membantu menjaga bayi yang baharu dilahirkan semasa ibu masih lagi berada dalam fasa pemulihan. Ketika berpantang adalah sangat penting untuk anda pulih dengan cepat dan baik serta mempunyai sokongan daripada pelbagai sudut untuk menjayakannya.

Disebabkan itu, wanita yang berpantang akan mengupah Confinement Lady atau penjaga pantang ini sebagai sokongan untuk membantu dalam banyak hal sepanjang mereka dalam proses berpantang.

 

TUGAS CONFINEMENT LADY

Berikut adalah merupakan antara tugas Confinement Lady iaitu:

  • Masak makanan yang berkhasiat tinggi dan juga ubat herba
  • Penjagaan rutin penyusuan dan waktu tidur bayi yang fleksibel
  • Memudahkan urusan ibu dan menangani masalah kemurungan selepas bersalin
  • Membantu ibu menyusu dan memastikan bayi melekap dengan sempurna ketika menyusu
  • Melakukan kerja-kerja rumah am
  • Memberi panduan dan nasihat berkaitan dengan penjagaan dan penyusuan bayi
  • Menjadualkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk ibu dan bayi
  • Menyediakan mandian herba untuk ibu yang sedang berpantang. Mandian herba ini berfungsi untuk membantu menghilangkan angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan meredakan sakit bersalin

 

PAKEJ TERSEDIA CONFINEMENT LADY

Berikut adalah merupakan antara pakej tersedia oleh kebanyakkan Confinement Lady dalam memberi rawatan kepada ibu bersalin iaitu:

  • Mandi Herba
  • Minuman Herba
  • Urutan Badan (termasuk urut susu)
  • Urutan Kepala
  • Bertungku
  • Bertangkas
  • Pakaikan Bengkung
  • Pakaikan param dan pilis
  • Lulur Badan
  • Mandian Bayi
  • Tuam
  • Urutan Bayi
  • Cuci Pusat

 

HARGA CONFINEMENT LADY

Berikut adalah merupakan anggaran harga Confinement Lady mengikut tempoh hari berserta pakej tersedia iaitu:

BILANGAN HARIHARGA
3 HariRM360
5 HariRM750
7HariRM840
10 HariRM1800
15 HariRM2500
21 HariRM3450
33 HariRM3890
44 HariRM6540

NOTA: Harga ini merupakan harga anggaran, kadar ahrga mungkin berbeza mengikut lokasi, keadaan semasa serta perkhidmatan Confinement Lady yang anda gunakan

 

TIPS PEMILIHAN CONFINEMENT LADY

Berikut adalah merupakan antara tips bagi anda membuat pemilihan Confinement Lady iaitu:

  • Confinement Lady yang berpengetahuan luas, berpengalaman dan terlatih serta profesional. Hal ini adalah kerana bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini terjadi ke atas anda dan juga bayi sepanjang tempoh berpantang. Pemilihan penjaga pantang yang terlatih juga penting agar mereka mampu untuk mengendalikan sebarang situasi luar jangka jika ia terjadi.
  • Confinement Lady dari agensi yang berdaftar dan mempunyai lesen. Lihat semua testimoni para pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat di pusat agensi tersebut bagi memastikan kualiti kerja mereka setaraf dengan bayaran dan perkhidmatan yang diberikan serta untuk mengelakkan sebarang salah laku atau penipuan terutama mengenai kemahiran dan pengalaman diri.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA STROLLER TRAVEL TERBAIK (Ringan & Berkualiti)

Leave a Comment