HARGA CLOUD STORAGE (Google One iCloud+ OneDrive)

HARGA CLOUD STORAGE (Google One iCloud+ OneDrive)

HARGA CLOUD STORAGE

Pada masa kini, semakin banyak data/maklumat yang anda ada semestinya akan memerlukan banyak ruang penyimpanan diperlukan. Kebanyakkannya akan disimpan data/maklumat tersebut di hard drives, CD atau flash disk, thumb drive, external drive atau server hosting yang disewa.

Tetapi dengan kemajuan teknologi kini, anda boleh menyimpan file di Cloud Storage. Terdapat banyak sistem penyimpanan dan Ini memberi pengguna pelbagai pilihan. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga Cloud Storage mengikut sistem, semoga membantu.

 

APA ITU CLOUD STORAGE

Cloud storage adalah media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan data/maklumat di server virtual (pelayan maya) yang tersedia. Dengan adanya cloud storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal.

 

KELEBIHAN CLOUD STORAGE

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan Cloud Storage ini:

  • Dapat menyimpan data/maklumat dan mengambil data/maklumat bila-bila masa diperlukan selagi ada talian internet.
  • Dokumen, Foto dan Video Selamat disimpan
  • Tidak perlu membawa storan fizikal seperti external hard disk, thumb drive dan sebagainya.
  • Dapat berkongsi data/maklumat dengan pengguna lain dengan mudah.

 

JENIS CLOUD STORAGE

Berikut adalah merupakan jenis Cloud Storage yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda iaitu:

  • Public cloud storage
    • Storan berasaskan dalam talian yang kandungannya boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Beberapa penyedia storan awan awam yang terkenal ialah Dewacloud, Storan Awan Amazon AWS, Storan Awan Microsoft Azure dan Storan Awan Google.
  • Private cloud storage
    • Storan berasaskan dalam talian yang sulit. Hanya beberapa orang (organisasi atau syarikat) boleh mengaksesnya.
    • Storan jenis ini biasanya digunakan untuk memudahkan syarikat mengurus fail dalam talian tetapi masih selamat. Ini bermakna hanya orang dalam organisasi atau syarikat boleh mengambil bahagian dalam mengurusnya.
  • Hybrid cloud storage
    • Storan awan hibrid ialah gabungan storan awan awam dan persendirian. Ini supaya organisasi atau syarikat boleh lebih fleksibel dalam menentukan storan. Biasanya, data sensitif akan disimpan dalam storan awan peribadi. Sementara itu, data yang kurang sensitif akan disimpan dalam storan awan awam.

 

HARGA CLOUD STORAGE

Berikut adalah merupakan kadar harga Cloud Storage mengikut jenama sistem yang tersedia iaitu:

  • Google One (15GB percuma)
    • Pelan 100GB (Basic): RM8.49 sebulan
    • Pelan 200GB (Standard): RM11.99 sebulan
    • Pelan 2TB (Premium): RM42.99 sebulan
  • Apple iCloud+
    • Pelan 50GB: RM3.90 sebulan
    • Pelan 200GB: RM11.90 sebulan
    • Pelan 2TB: RM39.90 sebulan.
  • Microsoft OneDrive
    • Pelan 100GB: RM9/bulan @ RM90/tahun
    • Pelan 1TB: RM22 sebulan
    • Pelan 6TB: RM29 sebulan

 

ARTIKEL LAIN

HARGA KERUSI GAMING (PC Platform Rocker Gaming Chair)

Leave a Comment