HARGA CHECK UP MENGANDUNG KLINIK SWASTA (Cepat & Servis Terbaik)

HARGA CHECK UP MENGANDUNG KLINIK SWASTA (Cepat & Servis Terbaik)

HARGA CHECK UP MENGANDUNG

Kepada  ibu yang disahkan hamil, pastinya tidak sabar untuk menanti ketibaan cahaya mata tersebut. Walaubagaimanapun, anda seharusnya dikehendaki untuk membuat Check up mengandung. Semestinya anda ingin mengetahui kadar harganya. Disini kami akan kongsikan kadar harga check up mengandung bagi klinik swasta, semoga membantu.

 

KENAPA JADUAL CHECK UP PERLU DIPATUHI

Kehadiran ke klinik mengikut jadual adalah penting untuk menilai tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak iaitu samada berat, tinggi, tahap perkembangan motor kasar, halus, pendengaran dan penglihatan serta psikososial adalah bersesuaian dengan umur.

 

PROSEDUR CHECK UP MENGANDUNG

Berikut adalah merupakan antara prosedur yang akan dilakukan semasa check up:

  1. Timbang berat badan
    • Ini bagi memastikan berat badan anda terkawal dan berada dalam skala normal iaitu pertambahan antara 10 hingga 20kg sepanjang kehamilan.
  2. Ukuran tinggi
    • Ketinggian anda hanya diukur sekali sahaja iaitu ketika pertama kali membuka buku merah. Ia di ambil bagi mendapatkan gambaran awal mengenai saiz awal pelviks anda.
  3. Pemeriksaan tekanan darah
    • Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/70. Jika tekanan darah melebihi 140/90 doktor akan memberi perhatian khusus kepada kehamilan anda supaya tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.
  4. Ujian air kencing
    • Ini bertujuan untuk mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi seperti gula, protein, nanah, darah dan sebagainya.
  5. Ujian darah
    • Kali pertama ia diambil bagi mengetahui kumpulan darah, rhesus darah dan kekebalan tubuh anda terhadap rubella. Antara lain, ujian darah juga dapat mengenalpasti sebarang risiko terhadap penyakit lain seperti siflis, hepatitis B dan HIV.
  6. Ujian imbasan
    • Ujian ini penting bagi membolehkan doktor mengetahui berapa saiz rahim anda, menjangka usia dan saiz kandungan, meneliti perkembangan bayi serta mnengenal pasti sebarang kecacatan yang mungkin ada pada bayi dalam kandungan.
  7. Pemeriksaan pergelangan kaki
    • Bengkak di kaki atau kaki sembab menjadi petanda tekanan darah tinggi dan kencing berprotein.

 

KEKERAPAN CHECK UP MENGANDUNG

Berikut adalah merupakan kebiasaan kekerapan untuk membuat check up:

  • Setiap bulan : selepas disahkan hamil sehingga kandungan berusia 7 bulan.
  • 2 minggu sekali : pada bulan ke 8 kehamilan
  • Setiap minggu : pada usia kandungan 9 bulan dan ke atas.

 

KADAR HARGA CHECK UP MENGANDUNG KLINIK SWASTA

Berikut adalah merupakan anggaran harga check up bagi klinik swasta:

CHECK UP BULANANHARGA (RM)
ConsultationRM 30.00
UrineRM 15.00
Ujian Air Gula (MGTT) *Jika PerluRM 45.00
Air Glucose Berperisa (1 Botol)RM 20.00
Ultrasound Scan 2D * Jika PerluRM 50.00
Cek Darah Merah (HB) *Jika PerluRM 45.00

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Klinik swasta yang anda kunjungi  beserta pakej yang ditawarkan

 

HARGA CHECK UP MENGANDUNG KLINIK KERAJAAN

Harga check up yang dikenakan di klinik kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: CAJ RAWATAN

 

ARTIKEL LAIN

HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)

 

1 thought on “HARGA CHECK UP MENGANDUNG KLINIK SWASTA (Cepat & Servis Terbaik)”

Leave a Comment