HARGA CHECK KUNING JAUNDICE BABY KLINIK SWASTA (Cepat & Servis Mesra)

HARGA CHECK KUNING JAUNDICE BABY KLINIK SWASTA (Cepat & Servis Mesra)

HARGA CHECK KUNING JAUNDICE

Kepada ibu bapa yang baru menerima cahaya mata, semestinya ingin mengetahui kadar harga check kuning jaundice baby. Disini kami akan kongsikan kadar harga bagi klinik swasta, semoga membantu.

 

APA ITU JAUNDICE

Jaundice adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Ianya sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

 

JENIS JAUNDICE

Berikut adalah merupakan antara jenisnya:

  1. Fisiologi jaundice
    • Sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundice bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran.
    • Ia terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
  2. Patologi jaundice
    • Sering berlaku pada hari pertama kelahiran (kurang 24 jam).
    • Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
    • Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini.

 

PUNCA JAUNDICE BERPANJANGAN

Jaundice dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

  • Susu ibu (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.
  • Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism). Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

 

GOLONGAN BAYI BERISIKO MENDAPAT JAUNDICE TERUK

Berikut adalah berupakan antara golongan bayi yang berisiko:

  • Bayi lahir pra-matang
  • Berat bayi rendah
  • Jaundis dalam tempoh 24 jam kelahiran
  • Ibu kumpulan darah ‘O’ atau Rhesus negatif
  • G6PD deficiency
  • Cephal haematoma (benjolan darah beku di kulit kepala)
  • Bayi kepada ibu diabetes
  • Sejarah anak yang lalu jaundis teruk

 

JENIS RAWATAN RAUNDICE

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

  1. Rawatan foto – Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru
  2. Pertukaran darah

 

HARGA CHECK KUNING JAUNDICE KLINIK SWASTA

Harga check kuning jaundice klinik swasta mungkin akan berbeza bergantung pada lokasi kawasan dan juga klinik yang anda kunjungi. Walaubagaimana pun, berikut adalah merupakan anggaran harganya:

  • Harga check kuning jaundice brmula dari harga RM30.00

 

HARGA CHECK KUNING JAUNDICE KLINIK KERAJAAN

Harga check Jaundice yang dikenakan di klinik kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik terdekat atau merujuk website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: CAJ RAWATAN

 

ARTIKEL LAIN

HARGA IMPLAN PERANCANG KELUARGA (Klinik Kerajaan & Swasta)

Leave a Comment