HARGA CERMIN MATA POWER 100 300 400 500 600 & 1000 (Rabun Jauh Dekat Silau)

HARGA CERMIN MATA POWER 100 300 400 500 600 & 1000 (Rabun Jauh Dekat Silau)

HARGA CERMIN MATA POWER

Kepada anda yang mempunyai masalah mata, semestinya akan menggunakan cermin mata. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga cermin mata mengikut power anda, semoga membantu.

 

TIPS PEMILIHAN CERMIN MATA

Berikut adalah merupakan tips pemilihan cermin mata mengikut bentuk muka:

  1. Bentuk Muka Segi Empat
    • Sebaiknya pilih bingkai cermin mata yang berbentuk bulat. Kalau tidak mahu bingkai bulat, anda juga sesuai dengan bingkai bentuk bujur atau mata kucing (cat eye).
  2. Bentuk Muka Bulat
    • Sebaiknya pilih bingkai cermin mata bersegi. Kalau boleh, jangan pilih bingkai bulat kerana akan menyerlahkan lagi bentuk muka anda. Apabila anda memilih bingkai cermin mata bersegi, ia akan seimbangkan bentuk muka dan memberikan kesan lembut pada bentuk muka anda.
  3. Bentuk Muka Hati
    • Bentuk muka hati atau ‘love shape’ nampak lebih sempurna jika memakai cermin mata tanpa bingkai. Anda akan nampak lebih relax dan sederhana. Bentuk muka ‘love shape’ biasanya memiliki dahi luas dan dagu runcing, jadi pilihan cermin mata yang tepat adalah mata kucing (cat eye).
  4. Bentuk Muka Bujur Sirih
    • Bentuk muka bujur sirih sangat beruntung kerana tiada masalah untuk memakai apa-apa bentuk bingkai cermin mata. Hari-hari boleh tukar cermin mata sebab hampir semua bentuk bingkai cermin mata sesuai dengan bentuk muka ini. Cari sahaja bingkai yang sama lebar dengan muka anda, ia akan nampak kemas dan selesa.

 

TAHAP RABUN MATA(HARGA CERMIN MATA POWER)

Berikut adalah merupakan tahap bagi ukuran rabun:

TAHAPRABUN JAUHRABUN DEKAT
Rendah<3.00D<2.25D
Sederhana3.00D – 6.00D2.25D – 5.00D
Tinggi>6.00D>5.00D

 

KADAR HARGA CERMIN MATA

Berikut adalah merupakan kadar harga cermin mata.

POWERRABUN JAUHRABUN DEKATSILAU
100RM70RM70RM120
200RM70RM70RM120
300RM100RM100RM150
400RM120RM120RM180
500RM120RM120RM180
600RM250RM250RM500
1000RM500RM500RM800

NOTA: Kadar harga ini adalah merupakan kadar harga anggaran. Walaubagaimanapun ianya adalah bergantuk kepada keupayaan mata anda, bingkai yang digunakan dan kedai yang anda kunjungi. Sebaiknya anda menetukan pemilihan yang anda kehendaki terlebih dahulu.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA ALAT PENDENGARAN (Cara Pilih Yang Bagus)

1 thought on “HARGA CERMIN MATA POWER 100 300 400 500 600 & 1000 (Rabun Jauh Dekat Silau)”

Leave a Comment