HARGA BORING AIR KELANTAN KEDAH (Berapa Upah Membuat Telaga Tiub)

HARGA BORING AIR KELANTAN KEDAH (Berapa Upah Membuat Telaga Tiub)

HARGA BORING AIR

Sekiranya anda sentiasa mengalami masalah tiada bekalan air paip atau bekalan air kotor atau sebagainya, kini anda boleh menggunakan kaedah boring ar. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar harga boring air, semuga membantu.

 

APA ITU AIR BORING

Air Boring didefinisikan sebagai Air Telaga Tiub. SISTEM TELAGA TIUB (Tube Well) merupakan satu cara atau sistem yang digunakan untuk mendapatkan air dari dalam tanah (mata air) dengan menggunakan paip PVC yang ditanam ke dalam tanah dan juga merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari kedalaman tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil dari lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut dari dalam tanah. Air yang diekstrak dipercaya lebih berkualiti kalau dibandingkan dengan air dari permukaan sungai dan kolam. Air boring (telaga tiub) telah menjadi bekalan air yang banyak digunakan di Negeri Kelantan sebagai bekalan harian.

 

KELEBIHAN AIR BORING

Sumber air tanah yang kaya dengan bahan mineral boleh terus digunakan sebagai air minuman, tetapi perlu terlebih dulu diuji kesesuaiannya sebelum digunakan orang ramai. Walaubagaimanapun, bukan semua air tanah mempunyai rasa yang sama kerana ia bergantung kepada jenis batuan di mana air itu dikeluarkan.

Rawatan untuk air tanah adalah pada kadar yang minimum berbanding air permukaan. Di samping itu, enap cemar yang terhasil daripada rawatan air tanah adalah jauh lebih sedikit berbanding yang terhasil daripada rawatan air permukaan kerana kejernihan air tanah.

 

KOS HARGA BAHAN AIR BORING

Untuk memudahkan anda membuat persiapan awal untuk gunakan air boring ini, pastikan anda mengatahui barang asas yang diperlukan disediakan iaitu:

  1. Mesin Pump air: (bergantung pada jenis kekuatan dan jenama mesin– boleh dapatkan syor dengan tukang)
  2. Batang paip:
    • Diameter 4 inchi panjang 20 kaki: RM60 Sebatang
    • Diameter 6 inchi 20 kaki: RM100 Sebatang

Nota: Untuk kapasiti batang paip bergantung pada kedalaman boring lubang air (boleh dapatkan nasihat pada tukang papip)

 

KADAR UPAH BORING AIR

Berikut adalah merupakan kadar upah tukang paip untuk boring air mengikut pasaran semasa iaitu:

  1. Kadar upah bagi paip Diameter 4 inchi: RM13/kaki
  2. Kadar upah bagi paip Diameter 6 inchi: RM18/kaki

Nota: Kadar harga upah boring air ini adalah fleksible, ianya juga bergantung kepada kemahiran tukang paip dan alatan yang digunakan

 

CARA PERLAKSANAAN BORING AIR DAN KOS TERLIBAT

Berikut adalah merupakan kaedah pelaksanaan untuk boring air di rumah anda iaitu:

  1. Cari tukang paip yang melaksanakan kerja boring air
  2. Tukang tesebut akan hadir di rumah anda untuk melihat kawaan dan bagi cadangan tempat bersesuaian untuk dibuat lubang air boring beserta kedalaman yang diperlukan
  3. Sebaiknya lubang air boring berhampiran dengan rumah bagi memudahkan untuk mendapatkan bekalan kuasa untuk mesin pump air.
  4. Setelah bersetuju dengan harga, tukang paip akan melaksanakan kerja boring air tersebut hingga selesai

 

CONTOH KIRA KOS HARGA BORING AIR

Berikut adalah merupakan contoh pengiraan kos boring air bagi kedalaman lubang air boring adalah 60 kaki iaitu:

  • 3 Batang paip diameter 6 inchi: RM100 X 3 = RM300
  • 2 soket Penyambung batang paip: RM9 X2 = RM18
  • Upah Tukang Paip: RM18 X 60 Kaki = RMRM1,080
  • Mesin punp air: RM1,000

Jumalah kesuruhan kos terlibat bagi air boring adalah:

  • RM300 + RM18 + RM1,080 + RM1,000 = RM2,398

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment