HARGA KAWALAN BERAS 5KG 10KG MALAYSIA CHECK WARNA KAMPIT(Cara Buat Aduan Kenaikan Terkini)
Pada masa kini isu beras semakin menular di Malaysia dengan kadar kenaikkan harganya. Semestinya jika ada peniaga yang menaikkan ahrga sesuka hai seharusnya anda membuat aduan. Disini kami akan kongsikan kepada anda harga kawalan beras dan juga jenis beras dalam pasaran Malaysia, semoga membantu.
JENIS BERAS DI PASARAN MALAYSIA
Berikut adalah merupakan jenis-jenis beras yang terdapat dalam pasaran Malaysia iaitu::
- Beras Putih Tempatan – label ungu
- Beras Putih Import – label biru muda
- Beras Wangi – label pink
- Beras Istimewa (basmathi dan sebagainya) – label oren
NJOTA: Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.
HARGA KAWALAN BERAS PUTIH TEMPATAN
Beras Putih Tempatan adalah beras yang dikawal harganya oleh kerajaan iaitu RM26.00 untuk 10 kilogram (kg).
Satu pemantauan khas herga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas baras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).
CARA BUAT ADUAN KENAIKAN HARGA BERAS TERKINI
Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan talian hotline bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka di talian berikut:
- 03-8870 1751 / 1748 / 1183
CARA LAPOR KENAIKAN HARGA BERAS ONLINE
Anda boleh membuat laporan secara online Seperti berikut:
- Menerusi portal Ez Adu
- Portal aduan Kementerian Kawalselia Padi dan Beras
- Whatsapp: 019-2794317 / 019-8488000
AKTA KAWALAN HARGA BERAS DI MALAYSIA
- Herga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan_Padi dan_Beras 1994 (Akta 522). Walaubagaimanapun, herga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta in.
CARA SEMAK HARGA BERAS TERKINI BERAS
Berikut adalah merupakan antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan herga beras terkini adalah Iprice
PENJELASAN ISU KENAIKAN HARGA BERAS
Berikut adalah merupakan antara penjelasan yang perlu anda ketahui iaitu:
Tahukah anda ada 2 jenis beras yang dijual di pasaran? | ![]() |
Kenapa harga baras import naik begitu tinggi? | ![]() |
Apa kesan kenaikan herga beras import kepada baras tempatan? | ![]() |
Apakah risiko jika perbezaan herga beres import semakin tinggi berbanding beras tempatan? | ![]() |
Apa langkah kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan beras tempatan? | ![]() |
ARTIKEL LAIN: