HARGA BENDERA MALAYSIA SAIZ KECIL BESAR (Kedai Jual Near Me)

HARGA BENDERA MALAYSIA SAIZ KECIL BESAR (Kedai Jual Near Me)

HARGA BENDERA

Tanggal 31 Ogos merupakan hari yang bersejarah kepada negera kita. Semestinya untuk meriahkan lagi kita akan kibarkan bendera malaysia. Semestinya anda ingin menegtahui kadar haraga nya, disini kami akan kongsikan harga bendera malaysia terkini, semoga membantu.

 

KENALI BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia‎ atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

 

MAKSUD JALUR PADA BENDERA MALAYSIA

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

MAKSUD WARNA PADA BENDERA MALAYSIA

  • Biru: Latarbelakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Kuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu.
  • Merah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta
  • Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum

 

CARA PASANG BENDERA MALAYSIA

  1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walaubagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (Flagline).
  2. Bendera saiz biasa tidak boleh digantung seperti gegantung.
  3. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti telah pudar warna dan koyak adalah satu kesalahan atau ketidakwajaran.
  4. Susunan bendera di gedung kedai / rumah hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya. Di deretan gudang / kedai pula, jika dua bendera dipasangkan iaitu bendera Malaysia dan bendera negeri, maka bendera Malaysia mestilah dikibarkan di sebelah kiri dan bendera negeri yang satu lagi di sebelah kanan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya.
  5. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.
  6. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.
  7. Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosi sambutan Bulan Kemerdekaan dibenarkan asalkan kreativiti tersebut tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.

 

KADAR HARGA BENDERA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan kadar harga bendera Malaysia di pasaran:

  • Bendera Malaysia saiz (60 x 120cm @ 2′ x 4″)
    • Kain Nylon
    • RM 32.00/set
  • Bendera Malaysia Saiz (90 x 180cm @ 3′ x 6′ )
    • Kain Nylon
    • RM 50.00/set
  • Bendera Malaysia Saiz Kecil – Untuk Kenderaan Bermotor
    • Kain Nylon
    • RM 12.50/set
  • Bendera Malaysia Saiz Kecil – Untuk Pegangan Tangan
    • Kain Nylon
    • RM 8.00/set
  • Bendera Malaysia Saiz Kecil – Bertapak Dan Gam (Untuk Kenderaan Bermotor)
    • Kain Nylon
    • RM 15.00/set
  • Bendera 14 Negeri Saiz Kecil Dan Bertali Dan Gantung
    • Kain Nylon
    • Saiz = 15 cm x 12 cm x Panjang Tali 5 m
    • RM 5.50/set
  •  Bendera Malaysia Saiz Kecil Dan Bertali Dan Gantung (Plastik)
    • Kain Nylon
    • Saiz = Panjang Tali 12 Kaki
    • RM 5.50/set
  • Bendera Malaysia Saiz Kecil Dan Bertali Dan Gantung (Plastik)
    • Kain Nylon
    • Saiz = 15 x 30 cm x Panjang Tali 5 m
    • RM 5.50/set
  • Bendera Malaysia Saiz Besar Bendera Pegangan Tangan
    • Kain Nylon
    • Saiz = 1 x 2 Kaki
    • RM 25/set
  • Bendera Malaysia saiz Bendera Tiang
    • Kain Nylon
    • Saiz Ukuran = 2 x 8 Kaki
    • RM 65/set

NOTA: Harga ni merupakan harga anggaran, harga sebenar bergantung kepada lokasi kawasan dan kedai yang anda kunjungi.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI HARGA YURAN TASKA TADIKA DI MALAYSIA 2022 (Pendaftaran & Bulanan)

1 thought on “HARGA BENDERA MALAYSIA SAIZ KECIL BESAR (Kedai Jual Near Me)”

Leave a Comment