HARGA BARANG KITAR SEMULA (Barang Lusuh Besi Botol Tin Surat Khabar Plastik Kotak)

HARGA BARANG KITAR SEMULA (Barang Lusuh Besi Botol Tin Surat Khabar Plastik Kotak)

HARGA BARANG KITAR SEMULA

Sekiranya anda ingin menjual barangan milik anda yang boleh dikitar semula, semestinya anda ingin mengetehaui kadar harga barang kita semula mengikut jenis. Disini kami akan kongsikan senarai harga terkini mengikut pasaran semasa, semoga membantu

 

APA MAKSUD KITAR SEMULA

Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baharu. Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada pada keadaan asli atau asal. Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah “konvensional” yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan pelepasan gas rumah hijau. Kitar semula dapat mencegah pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, sehingga mengurangkan: penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tempat pembuangan sampah).


KENAPA PERLU JUAL BARANG KITAR SEMULA (Harga)

  • Ini kerana sekiranya anda memiliki barangan yang boleh kita semula, daripada anda buang lebih baik anda jual di tempat-tempat yang disediakan untuk mendapatkan hasil.
  • Sebenarnya mungkin kita tak perasan sebenarnya banyak sahaja sampah yang berada di rumah kita sebenarnya boleh ditukarkan kepada wang ringgit melalui jualan barang kitar semula. Jadi daripada anda buang di tong sampah, apa kata anda kumpul dan pergi jual.
  • Tetapi di pusat kitar semula yang menerima barangan tersebut, anda hendaklahmengikut kemahuan pusat tersebut berlandaskan barangan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh, keras, surat khabar, kotak, tin, besi, plastik, minyak masak terpakai pun boleh dijual dan dikitar semula.

 

KATAGORI BARANG KITAR SEMULA

Berikut adalah merupakan katagori bahan yang boleh kitar semula:

  • Kertas
    • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama,buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kaca
    • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT
  • Plastik
    • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Logam
    • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA

 

 JENIS DAN HARGA BARANG KITAR SEMULA

Berikut adalah merupakan harga bagi setiap jenis barangan kitar semula iaitu:

JENIS BARANGHARGA (RM)
Surat KhabarRM0.40/KG
Kertas Hitam PutihRM0.30/KG
KotakRM0.50/KG
MajalahRM0.30/KG
Kertas CampurRM0.25/KG
TetrapakRM0.25/KG
TinRM0.30/KG
AluminiumRM2.00/KG
PlastikRM0.45/KG
Minyak Masak TerpakaiRM2.80/KG
Lain-LainRM0.20/KG
CPU / Mesin FotostatRM5.00/UNIT
MonitorRM4.00/UNIT
Komputer RibaRM4.00/UNIT
ServerRM15.00/UNIT
Pengimbas / Faks / KameraRM1.00/UNIT
TelevisyenRM4.00/UNIT
ScannerRM1.00/UNIT
Mesin FaksRM1.00/UNIT
Peti SejukRM4.00/UNIT
Mikrowave / VacuumRM1.00/UNIT
Wayar Campur / CD-Rom UPSRM0.40/KG
Bateri KeretaRM1.00/KG
Mesin BasuhRM4.00/UNIT
Smart / Normal PhoneRM5.00/KG
Penghawa DinginRM15.00/UNIT

NOTA: Harga belian tertakluk kepada harga semasa

 

ARTIKEL LAIN

HARGA GAJI DI SINGAPURA (Mengikut Kategori Pekerjaan)

 

1 thought on “HARGA BARANG KITAR SEMULA (Barang Lusuh Besi Botol Tin Surat Khabar Plastik Kotak)”

Leave a Comment