HARGA CUSTOM MADE BAJU PENGANTIN (Baju Nikah Lelaki & Perempuan)

HARGA CUSTOM MADE BAJU PENGANTIN (Baju Nikah Lelaki & Perempuan)

HARGA BAJU PENGANTIN

Kepada pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tanggan, semestinya akan mengadakan majlis perkahwinan. Banyak perkara yang perlu di ambil kira antaranya ialah baju pengantin. Untuk bagi keselesaan semestinya anda memilih baju pengantin custom made.  Disini kami akan kongsikan kadar harga baju pengantin custom made, semoga membantu anda.

 

TIPS MENEMPAH BAJU PENGANTIN CUSTOM MADE

Berikut adalah merupakan antara tips bagi anda sekiranya ingin menempah baju pengantin:

  1. Pilih rekaan yang klasik atau timeless.
    • Kebanyakkan ramai pengantin wanita hari ini memilih fesyen baju kurung moden untuk menampakkan sedikit cutting badan.
    • Elakkan memilih rekaan funky, hipster seperti yang menjadi trend sekarang.
  2. Survey harga khidmat tailor atau butik pengantin.
    • Perlu ingat harga yang ditawarkan tidak sama kerana ia bergantung kepada fesyen, material, kemahiran dan material.
  3. Tetapkan rekaan yang diingini,berdasarkan material yang bersesuaian.
    • Kebanyakan pengantin memilih material satin, lace dan chiffon untuk baju nikah dan sanding.
  4. Masa diperlukan untuk tempahan baju
    • Sebaiknya dicadangkan untuk menenempah antara tempoh tiga hingga empat bulan sebelum majlis. Pastikan baju kahwin anda ada basi di tepinya supaya boleh dikecil atau dibesarkan.
  5. Kasut yang akan dipakai
    • Maklumkan kepada tailor tinggi kasut yang akan dipakai bersama baju yang ditempah itu. Berbanding baju nikah, baju sanding biasanya dibuat meleret-leret.
    • Masa fitting nanti bawa kasut yang akan dipakai pada majlis itu nanti supaya senang untuk tailor ukur.

 

JENIS BAJU PENGANTIN

Terkini pelbagai jenis reka bentuk baju pengantin. Antaranya ialah:

  1. Pakaian Pengantin Simple
    • Anda boleh sahaja memilih baju simple berona putih yang tanpa banyak perincian berat untuk hari penting ini.
    • Anda pasti tampil elegan walaupun dengan pilihan baju simple seperti ini.
  2. Busana Muslimah Patuh Syariah
    • Sekarang sudah menjadi satu trend untuk bakal pengantin memakai baju muslimah yang bukan nampak sopan malah anda kelihatan sangat menawan dalam persalinan baju muslimah ini.
  3. Pakaian Tradisi
    • Dalam teruja memilih baju perkahwinan yang pelbagai rekaan, jangan dilupakan juga baju tradisi kita. Anda juga boleh tampil anggun dan menyerlah dengan pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan baju songket.
  4. Baju Tradisi Jawa
    • Nampak anggun dengan pemilihan jenis fabrik yang sesuai, penggunaan drapes yang tidak melarat, perincian yang teliti dan pemilihan warna yang menarik.
  5. Baju Dengan Fabrik Songket
    • Baju songket masih menjadi pilihan kerana ianya masih mengekalkan imej kemelayuan di samping penggunaan fabrik ini mampu menonjolkan kemewahan si pemakainya.
  6. Tuxedo Dan Dress
    • Dengan padanan rekaan tuxedo untuk pengantin lelaki, anda akan nampak eksklusif untuk tema perkahwinan yang moden. Tambahkan sekali dengan tie, bow tie atau boutonniere, gaya anda sudah cukup lengkap.
    • Bagi pengantin perempuan pula, pilihan dress moden sudah cukup buat anda nampak lebih sofiskated. Pilihan konsep minimalis dan timeless pasti menyerlahkan kejelitaan anda.

 

HARGA BAJU PENGANTIN CUSTOM MADE

Berikut adalah merupakan anggaran harga baju pengantin custom made:

JENIS BAJU PENGANTINHARGA (RM)
Pakaian Pengantin SimpleLelakiBermula RM100
PerempuanBermula RM150
Busana Muslimah Patuh SyariahLelakiBermula RM100
PerempuanBermula RM150
Pakaian TradisiLelakiBermula RM100
PerempuanBermula RM150
Baju Tradisi JawaLelakiBermula RM100
PerempuanBermula RM150
Baju Dengan Fabrik Songket

 

LelakiBermula RM200
PerempuanBermula RM250
Tuxedo Dan DressLelakiBermula RM100
PerempuanBermula RM150

 

ARTIKEL LAIN

HARGA PRINTER TERKINI 2022 (Mesin Pencetak)

Leave a Comment